Nufnang Ads

Monday, October 20, 2014

Mee udang sungai dua

Pagi-pagi ni cerita bab makan best jugak. Hari ni kisah mee udang Sungai Dua, Penang. Dah tiga kali saya ke sini.. Sedap dan harganya tak la mahal sangat.

Nama kedai ini Aziz Mee Udang Pak Ngah. Lokasinya di Kg Teluk, opposite dengan stesen minyak Petron. Kalau melalui highway dari Alor Setar exit Sungai Dua selepas tol, begitu juga jika dari KL, exit Sg Dua tapi sebelum tol. Dekat je dari highway..

Actually, saya tidak berapa pasti harga sepinggan mee, selalu bayar secara pukal kan.. kita juga boleh request udang sama ada udang pelihara, atau udang laut. Harganya pun berbeza mengikut jenis udang tu..

Selain mee udang, ada juga satay, nasi ayam, goreng2, macam2 lagi la.. saya selalu order mee udang dan satay jer.. sebabnya tokey satay tu ada bau2 bacang dengan saya. Kebetulan dia tegur saya, walaupun sebenarnya saya tak berapa cam dia..

Di buka dari 11.00 pagi hingga malam. Tutup pada Isnin

Cuba lah...

*  promosi free untuk tokey mee udang sungai dua..boleh dapat diskaun kut..


No comments: