Nufnang Ads

Wednesday, October 22, 2014

Selatan Thai

Sati lagi entri tertunggak, dah lebih sebulan yang lalu saya ke selatan Thailand. Mood untuk update blog ada pasang surutnya.. selalu surut je memanjang...

Apabila dibelek2 gambar dalam hp, macam best jer nak share lawatan setengah hari ni. 

Pelawaan dari rakan sekerja yang setiap minggu berkunjung ke sana buat saya teruja untuk ikut serta. Kawan saya ni dah macam rutin  ke Thailand setiap minggu untuk membeli keperluan dapur. Selalunya mereka akan pergi sekeluarga atau bersama teman2 untuk makan2 dan shopping atau sekadar ronda2. dekat je pung... tak sampai haadyai

Kami ke sana melalui Wang Klian. Selepas cop border pass singgah sebentar di nat Wang Klian untuk membeli ayam goreng dan minuman sebagai alas perut.

Perjalanan diteruskan ke Tesco Lotus, rasanya lebih kurang 30 minit je dari Wang Klian. Saja2 nak tengok Tesco diorang. Sama je dengan kita tetapi yang paling saya kagum mengenai food courtnya. Bersih sekali tak macam Tesco Mergong di Alor Setar  tu. Tiada pinggan mangkuk kotor atas meja, semuanya bersih dan kemas. Di sini kebanyakan penjual makanan adalah muslim kerana selatan Thai majoritinya penduduk Islam.

Kami order bihun sup dan kerabu mangga. Sedap sangat. mereka ni tak kedekut, satu paha ayam dalam bihun sup tu.. dan kerabunya sangatlah lazat.

Saya tercari2 tempat sudu, maklumlah semuanya ditulis siam. Rupa2nya tempat sudunya sangat special. Sudu, garfu dan chopstick diletak berasingan di tempat yang sangat bersih. Satu bekas air panas disediakan bersama peralatan tersebut. Tujuannya supaya kita boleh mencelup sudu dan garfu ke dalam air panas sekali lagi untuk memastikan kebersihannya.

Ada ker Tesco di Malaysia yang buat macam tu? saya tak pasti kerana tidak pernah menjelajah ke semua Tesco di Malaysia, yang pasti di Alor Setar dan Sg Petani tak ada ler..
Tandas pun tip top..bersih, wangi dan sentiasa kering. Selesa sangat..

Selepas menjamu selera kami pusing2 dalam Tesco, tak banyak beli sekadar menjamu mata..



Seterusnya kami ke Makro yang terletak di Chalung lebih kurang 15 minit dari Tesco. Ada lagi ke Makro kat Malaysia? Dulu2 tu ada kat Cheras kannn... Sama juga sekadar pusing2 dan shopping sikit2. Harga barangan di sini jauh lebih murah berbanding tempat kita.

Saya sempat membeli balang kaca untuk mengisi kerepek dengan harga tak sampai RM10 sedangkan sebelum itu saya sudah membeli di Yawata Jitra dengan harga RM21.90.

Sebelum balik kawan mengajak makan di sebuah kedai yang selalu dikunjunginya, katanya ayam panggangnya sedapppp namun hari tu tutup pulak. Tak ada rezeki...

Itu jer tempat yang kami pergi hari tu... 





350 baht = RM3.50 sepinggan

bersih, lantai berkilat..





tengok tu... ada sebekas air panas
habuan nak celup sudu & garfu











22 baht = RM2.20

nampak tu..tulis siam





















No comments: