Nufnang Ads

Showing posts with label amir. Show all posts
Showing posts with label amir. Show all posts

Monday, August 25, 2014

Happy Birthday Amir!

25 Ogos 2001 lahirlah seorang putera di Hospital Besar Kangar. Kami namakan dia Muhammad Amir Daniel, dengan lahirnya Amir lengkaplah kuota saya iaitu 2 puteri dan 2 orang putera. Alahamdulillah atas kurniaan ini.

Nama Amir dah lama saya simpan,  saya terkesan dengan satu peristiwa seorang kanak2 berusia setahun yang dilarikan pengasuhnya suatu ketika dahulu. Comel sangat wajah kanak2 itu, tapi alhamdulillah kanak2 malang itu dapat diselamatkan tak sampai 24 jam. Sejak itu saya berangan2 jika saya mendapat anak lelaki akan saya namakan sempena kanak2 comel itu. 

Semalam Amir saya genap 13 tahun. Selamat harijadi Amir, namun pada tahun ini saya tidak dapat memeluknya kerana Amir berada di asrama. Hanya doa saya titipkan buat sibongsu semoga sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan dipermudahkan semua urusan.

Mama juga doakan supaya Amir menjadi anak yang soleh, berguna kepada bangsa dan negara juga sentiasa menjadi anak yang bijak.

Tabahlah menghadapi segala situasi, kerana setiap dugaan akan menjadi Amir lebih matang.

Mama dan Ayah SAYANGGG AMIR..





Monday, July 7, 2014

Iftar @ Jenan

Sabtu lepas saya suami isteri berbuka puasa di SMSAH atau lebih famous orang sebut Jenan. Ibu bapa dijemput ke sekolah untuk berbuka puasa bersama anak-anak mereka. Ala2 berkelah gitu.. masing2 bawa makanan, bentang tikar di dataran ilmu dan berbuka puasa beramai2. Menurut pihak sekolah, aktiviti ini diadakan disetiap tahun bagi menggembirakan anak2 yang sepenuhnya tinggal di asrama.

Hari tu, saya masak awal2 lagi, Amir minta kari ikan dan sambal udang petai. Itulah makanan kegemarannya selain ayam.

Seawal 6.15 petang kami dah sampai di perkarangan sekolah. Amir yang beria2 suruh kami sampai awal sebab takut tak cukup tempat. Betullah... ramai ibubapa dah sampai, siap2 bentang tikar, hampir penuh dataran ilmu tu. Nampaknya ibubapa sekarang begitu mengambil berat hal anak2 sebab tu mereka sanggup datang walaupun ada yang tinggal jauh...

Saya dapat seorang anak angkat yang comel, Izwan. Ibubapanya tidak dapat hadir kerana tugas, jadi Amir ajak dia makan bersama2 kami. 

Dari makluman pihak sekolah seramai lebih 500 keluarga yang datang, hanya 100 lebih yang tidak dapat hadir. Pasti sedih anak2 tu kannn... tapi pihak sekolah telah menyediakan makan special untuk mereka...

Ini adalah pengalaman pertama kami, seronok sangattt tengok muka anak2 begitu ceria melihat ibubapa datang membawa makanan kegemaran mereka. Ada yang siap bawa dapur portable lagi...kelasss gitu






penuh...


semangat setiakawan..
Amir tak pandai pakai sampin, Izwan tolong...

Friday, March 7, 2014

PIBG SK ORAN & Datuk Dr Rozmey

Kenalkah anda dengan Datuk Dr. Rozmey? Personaliti bergelar jutawan ini merupakan pengasas Herb Prima Marketing berpengkalan di Bandar Darulaman, Jitra. Produk pelangsingan Jusmate 5 benar2 mempopularkan beliau.  Beliau juga telah menggemparkan dunia filem tanah air apabila mengeluarkan filem '2 Alam'  suatu ketika dahulu. Maklumat lanjut sila google..

Dr Rozmey telah diundang untuk merasmikan mesyuarat PIBG SK Oran. Kenapa beliau? Menurut guru besar mereka ingin mempelbagaikan info kepada ibu bapa, tahun lepas Datin  Normala Samsudin. Mungkin juga strategi untuk menariik lebih ramai ibu bapa hadir mesyuarat...bijak2

Dalam ucapannya, beliau menceritakan ranjau dan liku2 sebelum bergelar jutawan, bukan mudah yer.. yang saya ingat ialah selalulah bertahajud dan solat dhuha agar segala urusan kita dipermudahkan dan murah rezeki. Selain itu banyak2lah bersedekah, insyallah Allah melipatgandakan rezeki kita...

Sebenarnya saya dan suami hadir kerana sibongsu menerima hadiah UPSR 2013, kami bukan lagi ahli PIBG SK Oran.. apapun terima kasih seluruh warga SKO..




Bersama bekas guru...

Penerima anugerah

Dapat salam dgn Datuk Dr. Rozmey..

view dari tempat dufuk ibu bapa

tarian endang.. sweet

bersama rakan baik..

Tuesday, February 4, 2014

Pulang bermalam

First time sibongsu pulang bermalam sempena cuti CNY. Hampir sebulan dia tinggal di asrama. Nampaknya Amir cepat menyesuaikan diri dengan iklim kehidupan asrama. Mungkin juga disebabkan pengalamannya melihat kakak2 dan abangnya yang semuanya belajar di asrama penuh. 

Sebagai ibu, saya sangat risau mampukah Amir berdikari, menguruskan semua keperluannya sendiri. Maklumlah anak bongsu.... Alhamdulillah setakat hari ini, Amir sangat positif, sentiasa happy dan gemar bercerita tentang pengalamannya di asrama. Dari situ saya tahu, dia tiada masalah di sana.Saya harap situasi ini berkekalan dan Amir akan mampu mencipta kejayaan cemerlang di sini.

Nampaknya,  kami akan meneruskan aktiviti berkelah di tepi padang sekolah untuk 5 tahun lagi. Mama dan ayah akan melakukan apa saja demi anak2...kerana doa saya supaya kesemua anak2 saya belajar di asrama penuh telah dimakbulkan oleh Yang Maha Esa.

SM Sultan Abdul Halim, Jitra

@ JENAN

5 tahun lepas hantar abang..

kini giliran adik pula...

Wednesday, November 13, 2013

Sibongsu telah membuktikan..

Sudah lama tidak update blog ini, alasannya sibukk.. hujung2 tahun gini biasalah cikgu2 semua sibuk, marking paper, isi markah, PBS, SAPS, kemaskini fail dan entah mcm2 lagi..

Tapi hari ini, rasa lega yang teramat sangat, bahagianya seorang ibu apabila anak yang sangat dimanjakan telah membuktikan kebolehan dan keupayaannya. Amir telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kepadaMU yang Allah atas rezeki ini. 

Kejayaan yang dicipta ini bukan mudah, ia adalah hasil usaha gigih guru2, kerja keras para pelajar, doa ibu bapa serta mendapat keizinan daripadaNya. 

Terima kasih  tidak terhingga kepada guru2 SK Oran, terutama guru2 Tahun 6 yang berusaha tanpa mengenal erti penat bagi memastikan kejayaan pelajar2 mereka. Kelas tambahan diadakan petang, malam dan juga pada hari minggu, malahan cuti umum pun kelas tambahan tetap 'on'. Kagum sangat dengan komitmen yang ditunjukkan oleh guru2 SKO. Kadang kala terfikir, tak penat ka cikgu2 ni...

Tahniah dan syabas kepada Guru Besar SK Oran yang sentiasa turun padang bagi memastikan setiap aktiviti berjalan lancar.  Terima kasih cikgu!

Tahniah Amir!, walaupun anak bongsu dia tetap fokus untuk membuktikan dia juga cemerlang seperti kakak2 dan abangnya...Alhamdulillah. 

Tahniah juga kepada 7 pelajar lain yang mencipta kecemerlangan seterusnya menjadi kebanggaan SKO.

Kepada ibubapa dan para pelajar yang kurang berjaya, harap jangan berputus asa, teruskan usaha kerana ini hanya permulaan, bukan penamat kepada kejayaan.


kebanggaan SKO

jiran prihatin, dia tumpang gembira atas kejayaan Amir

menangis teresak2, mungkin dia tidak sangka..

bersama rakan yang juga 5A...

Wednesday, July 17, 2013

Calon2 nyer ialah.....

Macam2 yg dilakukan oleh pihak sekolah untuk memotivasikan pelajar. Cara SK Oran buat ni sangat menarik. Mereka telah memasang banner yang menunjukkan gambar calon2 yang ditarget untuk mendapat 5A dalam UPSR 2013. Gambar ini terpampang di pintu masuk ke sekolah, sudah tentu ia menjadi tatapan semua pelajar, guru-guru serta ibu bapa yang menghantar dan menjemput anak mereka. Secara tidak langsung ia juga akan menjadi pendorong kepada pelajar2 lain agar suatu hari nanti gambar mereka pula akan terpampang di situ. Ibu bapa yang gambar anak mereka ada dalam banner itu sudah pasti beribu2  kali berbangga  kannn...

Seramai 25 orang pelajar yang disasar dapat 5A dalam UPSR nanti. Sekolah ni pun kecik je. Selaku ibu bapa saya amat kagum dengan GB dan guru2 SK Oran yang berusaha bersungguh2, merancang pelbagai aktiviti agar sasaran mereka tercapai. Semoga usaha mereka dipermudahkan...

Kepada pelajar2 tahun 6 yang tiada dalam gambar, bukan bermakna anda tidak dapat mencapai kecemerlangan kerana semuanya belum pasti. Masih ada masa untuk terus melipatgandakan usaha agar 5A dalam genggaman anda!

Kepada anak2 yang ada dalam gambar, ini bukan bermakna anda sudah selesa atau semakin leka, kerana sebenarnya ia tidak menjanjikan apa2 sebaliknya teruskan usaha untuk membuktikan bahawa anda memang layak mendapat 5A. Jangan sekali-sekali menghampakan harapan guru2 serta ibu bapa anda ... Bersyukurlah kerana guru2 percaya akan kebolehan anak2..

BUKTIKAN!



cuba zoom.. kat mana Amir...

* saya amat bersyukur kerana sibongsu Amir Daniel ada dalam gambar. Semoga Amir betul2 dapat 5A nanti. Mama amat yakin Amir mampu menjadi seperti kakak2 dan abang...Teruskan usaha!

Saturday, April 27, 2013

Dam ular special...

Pernahkah  anda main dam ular? best kan... teringat zaman kanak2. kalau yang tak teror main dam biasa tu, selalunya dam ularlah jadi pilihan. Dah lama tinggalkan zaman tu...

Tapi, baru2 ni kami suami isteri terpaksa main semula dam ini, dek paksaan si bongsu. Amir dapat dam ular ini semasa menghadiri Minggu Saham Malaysia di dewan 2020. Dah dia tak ada kawan, kami terpaksa melayan... Ini gelagat siayah dan anak bongsunya. Nampaknya ayah yang terlebih excited...

Dam ini special, kerana dibuat berdasarkan 10 rahsia pelabur bijak. Sambil bermain dapatlah juga pengetahuan tentang pelaburan..






 o som dulu...

ayah  mula dulu 

Saturday, March 16, 2013

Sedondon

Kesibukan sepanjang minggu lepas amat memenatkan. Bertugas sebagai AJK statistik dalam kejohanan bolajaring MSSPs menuntut kesabaran yang tinggi. Setiap hari habis 7.00 petang. Ditambah pula hari ini adalah hari ganti persekolahan. Nasib baik hari ini pengetua membenarkan pulang lebih awal. Dapat la berehat sikit... rehat ke?

Tak rehat punnn, petang tadi kami berjalan2 ke Alor Setar. Ini addalah rutin biasa apabila ada kelapangan. Jalan2, makan2 dan window shopping, pastu balik.. dalam pada itu, beli la juga 2 pasang baju kat nagoya...

ambil duit dulu...
baru terperasan, anak & ayah sedondon hari ini..

Sunday, January 20, 2013

PIBG Sk Oran

Hari ini sekali lagi terpaksa menggantikan ayah  Amir untuk hadir ke mesyuarat PIBG SK ORAN. Amir beberapa kali mengingatkan saya supaya hadir ke mesyuarat ini. Mungkin cikgu dia telah warning supaya ramai ibubapa hadir. Saya faham benar taktik ini, sbb sy pun cikgu....

Kehadiran Yg Berbahagia Datin Seri Normala Shamsudin  (isteri ahli parlimen padang besar) menyuntik semangat ibubapa untuk memenuhi dewan. Sekarang trend telah berubah, kalau dulu2 hanya orang2 kenamaan atau wakil JPN saja dijemput untuk perasmian, tapi kini telah beralih arah. mungkin cara ini lebih berkesan untuk menarik minat ibubapa untuk hadir. Datuk Seri Azmi Khalid pun hadir, tapi sekadar menemani isteri tersayang. Ucapan perasmian oleh Datin Seri juga mantap, siap bagi contoh cara dia mendidik anak2 ketika bergelar ibu tunggal. Hadirin  begitu berminat sekali, ditambah pula dengan wajahnya yang cantik jelita.

Acara dimulakan dengan persembahan pelajar2. Mantap! tahniah kepada pelajar dan guru yeng melatih. bukan senang nak latih pelajar yang comel2 ni..





Datin seri Normala 

Datin Seri menjemput Datuk Seri untuk memberi respon kepada hal yang dibangkitkan oleh GB





penyampaian hadiah untuk pelajar 5A UPSR 2012

harap tahun depan Amir antara pelajar yang akan menerima ganjaran ini. Amin.

Sunday, August 26, 2012

Amir is 11

25 ogos adalah harijadi si bongsu, Amir Daniel. Cepatnya masa berlalu, Amir dah 11 tahun. Selamat hari lahir amir! Mama harapkan amir akan membesar menjadi anak yang bijak, hebat di dunia dan akhirat. kali ini hari lahir amir diraikan di secret recipe. Along belanja..

dah besar anak mama

budget cake


buat sendiri lagi sedap... lain kali tak payah order..

abang punye.. sedap

favourite amir

terima kasih along ...






Tuesday, November 8, 2011

BUKU TEKS

Musim persekolahan sesi 2011 akan berakhir kurang dari 2 minggu lagi. Semua pelajar dimestikan memulang semua buku yang dipinjam, jika hilang atau rosak mereka wajib menggantikannya bagi membolehkan pelajar lain pula meminjamnya pada tahun depan.

Begitu juga Amir, dia dikehendaki memulangkan buku esok. Ayahnya dah bising suruh dia mencari dan memastikan bilangan buku tersebut. seperti biasa anak ini tidak begitu kesah, bilangan buku pun dia tak pasti berapa. Namun dia masih mematuhi arahan supaya mengumpul semua buku teksnya. sekejap saja dah siap.

Ayah: Amir, dah cukup semua buku?
Amir : dah ayah.. (dengan yakin sekali)
Ayah : berapa semua?
Amir : ( hanya mengangkat bahu ) menandakan dia sendiri pun tak pasti..

Ayah pun mengikat kemas dan meletak di satu sudut bilik.

Pada sebelah petang, ketika amir sibuk membuat origami melalui youtube, ayahnya mengemas rak buku ( ayah amir sangat rajin berkemas, mungkin juga dia musykil dengan bilangan buku amir). Maka terjumpa lagi 3 buah buku teks yang amir sendiri tidak tahu akan kewujudannya...

inilah penangan anak bongsu yang tak makan saman...