Nufnang Ads

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, August 18, 2014

Reu SMDSA 7882

Tak habis lagi cerita raya..

Pada 4 Syawal yang lalu, ex-SMDSA 7882 telah set reu raya kata rumah saya. Kebanyakannya tidak pernah jumpa sejak lepas SPM tahun 1982. Kami dipertemukan  kembali dengan bantuan kecanggihan media sosial pada hari ini.  Pelbagai tajuk dibualkan termasuklah kenangan indah zaman persekolahan. Kebanyakan alumni telah berjaya dalam kerjaya masing2 dan bekerja di serata Malaysia termasuk di luar negara. 

Terima kasih alumni SMDSA 7882 dan famili yang sudi bertandang. Tak sangka ramai sangat yang datang. Rasa sangat terharu kerana ramai juga yang memandu dari JB, Muazam, Rembau dan KL semata2 untuk memeriahkan lagi reu kali ini. Maaflah andai ada kekurangan. Semoga ukhwah kita sentiasa berkekalan.

Terima kasih tidak terhingga buat anak2 dan suami yang menolong menyiapkan juadah dan melayan tetamu . Juga terima kasih kepada alumni yang membawa juadah istimewa terutama Sofiah dan suami yang membawa yee mee terbaikk untuk dijamu kepada kawan2.

Semoga jumpa lagi...



cerita apa tu?

baju merah, pegawai JPJ, 2 lagi guru, baju hitam kat Singapore

Tajul, Amiludin, Hanafi, Dr Mizah, paling kiri anak Tajul

dari Muazam , terima kasih Yati

33 tahun tak jumpa, Hanafi  isteri


Alumni & Famili

Alumni SMDSA 7882
actually ramai lagi, depa sampai lewat cameraman dah balik
paling kanan Midon (cameraman TV3)






Pn. Presiden, Dr. Mizah & Pn Sofiah

sumber gambar: 
Lensa kamera Hamidon Samsu Cameraman TV3
terima kasih Midon

Thursday, August 14, 2014

warna warni aidil fitri 2014

Belum terlambat kut nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin buat sanak saudara, rakan2, sahabat handai, jiran tetangga serta rakan sekerja dengan ucapan maaf zahir dan batin. Terima kasih tidak terhingga buat yang sudi berkunjung ke rumah, semoga ukhwah kita berkekalan.

Buat pertama kalinya, kami sekeluarga completely sedondon in mustard colour. Tak pernah dalam sejarah kami mampu memakai warna yang sama. Alhamdulillah. 

Tidak mampu untuk mencoret panjang2 kerana kesibukan tugasan harian, sebenarnya hari ini baru dapat tengok gambar raya ni, jadi saya upload mana yang sempat saja...



 bersama cucu2 sedara yang seawal pagi berkunjung untuk duit raya...

free style la kononn...



 outdoor shooting



 suka tengok gambar ni...



Sunday, August 3, 2014

Cheese cake..... First try

Aidil fitri 1435 dah seminggu berlalu..yang tinggal hanya kenangan. Juadah adalah perkara paling penting sepanjang syawal kerana tetamu yang datang mesti dijamu, takkan air bujang ja.. kalau hari2 lain masih boleh dimaafkan jika sekadar air bujang..

Jadi, kepada yang kurang skil memasak terpaksalah rujuk buku2 resepi atau google agar juadah yang dihidangkan tidaklah mengecewakan..

Syawal kali ini saya cuba cheese cake yang baru belajar dari ustazah Hazura. Alahmdulillah first try menjadi walaupun comot2.. ramai tetamu yang suka dan kata sedap.. kembang sekejap..

Syawal keempat saya buat lagi untuk rakan2 sekolah, kali ini lebih baik tapi tak ambil gambar la pulak. Ramai sangat tetamu sampai lupa...
terima kasih yang sudi berkunjung ke rumah..

Puding dragon fruit
setiap tahun mesti buat..
kebetulan musimnye....

first try... comot je

cheese cake
resepi kat sini

Monday, July 29, 2013

Mood raya telah mari...

Seperti kebiasaannya SMKDJH mengeluarkan sampul  raya versi sendiri. Bukan bank atau syarikat korporat je yang boleh buat, sekolah pun boleh tau... Cikgu NEZ yang rajin buat benda ni. Rasanya dah 4 tahun kami mempunyai sampul raya sendiri. Semua guru dan kakitangan akan mendapat 30 sampul secara percuma, kalu nak lebih kena beli la.. 10 sampul RM2, murah kann... Bukan senang nak buat, ada lencana lagi..

Kami juga dapat tambahan 20 sampul lagi sumbangan cikgu NEZ. Sampul pusat tusyen dia. Promo la tu... Tak kisah le asalkan percuma... Sekarang tengah fikir nak cari isi sampul pulak.. sabar menunggu  RM500 masuk, then boleh isi..




kartun raya..

tu dia lencana SMKDJH





sumbangan cikgu NEZ.. terima kasih

Thursday, August 16, 2012

SELAMAT HARI RAYA

Salam aidil fitri terutama untuk sanak saudara  di Melaka,  Negeri Sembilan, KL, PP, Kedah dan Perlis. Tidak dilupakan kwn2 yang mengenali kami sekeluarga. dengan rendah hati kami memhon ampun dan maaf andai ada tersilap kata tersalah bicara.

Jemputlah ke rumah kepada kwn2 di perantauan yang berkesempatan pulang ke kampung..