Nufnang Ads

Wednesday, June 25, 2014

Cheese Cake Zura

Sudah lama plan dengan Ustazah Hazura nak buat cheese cake. UH memang pakar buat kek ini sampai dah boleh terima tempahan. Selalu plan asyik tak jadi je sebab masing2 ada komitmen dan tak boleh kumpul bersama. Alang2 nak ajar biarlah ramai sikit kan..

Akhirnya kemarin terlaksanalah plan yang dok tertangguh tu..Kami buat dalam bilik ERT, tapi semua barang2 dan keperluan dibawa oleh UH. bersungguh2 le belajar...harap2 lepas ni tak payah lagi oder dengan UH. Semua dah pandaiiii...

Bahan2:

250 g tepung kek sponge - beli kat kedai kek
250 g buttercup dibahagi 4 = 62.5 g (agak2)
5 biji telur ayam
50 g air

bahan2 kek

tepung kek sponge - beli je..
 boleh juga guna resepi sendiri..

Filing

125 g cream cheese (tartura milk)
1/4 tin susu pekat teapot

cara buat filing
pukul cream cheese dengan susu pekat hingga sebati - guna mixer

topping 
cheddar cheese - sagat

Cara:
1. Cairkan buttercup dlm pot - biarkan sejuk
2. Pukul telur dengan kelajuan tinggi - 3 minit
3. Masukkan tepung - pukul lagi
4. Masukkan air - pukul lagi hingga gebu dan agak pekat - lebih kurang 15 min
5. Masukkan mentega yang dicair tadi - putar sekejap sahaja dengan kelajuan slow, sekadar untuk sebati
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, masukkan ke dalam acuan 8x8" yg telah di alas kertas
7. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180 C api atas bawah.
8. Apabila masak biarkan sejuk dalam suhu bilik.
9. lapiskan filing, kemudian letakkan kek kedua di atas kek pertama.
10. sapukan filing lagi di atas kek, kemudian sagat cheddar cheese di atas kek dengan rata.
11. Siap!
12. Simpan dalam peti sejuk.

kek yang dah masak

sagat cheddar cheese kat atas kek
tarik guna lidi untuk meratakan cheese


sebahagian dari pelajar2 cemerlang...
ada 3 lelaki you...

No comments: