Alhamdulillah atas rezeki ini dari Yang Maha Esa..
Seperti yang sedia maklum dalam entri saya sebelum ini, my hero Adam Fahmi dapat offer menyambung pelajar ke US di bawah tajaan TNB. Lebih tepat lagi ini adalah biasiswa sepenuhnya (tertakluk kepada terma dan syarat jugak).
Namun begitu, sejak kecil, Adam sering memasang angan2 untuk belajar di Jerman. Apa sebabnya, kami sendiri tidak pasti...Dia telah memohon biasiswa JPA dan MARA untuk ke Jerman. Malangnya, JPA tak dapat ..tapi MARA yang offer ke Jerman, persediaan di GMI..
Sebagai ibu, saya sama sekali tidak memaksa, cuma meminta dia fikir semasak-masaknya dan mempertimbangkan segala kelebihan, kekurangan &kemungkinan.
Setelah berfikir dan mempertimbangkannya sedalam-dalamnya, Adam memilih untuk ke US dengan tajaan TNB. Antara rasionalnya,
- TNB adalah biasiswa, tidak perlu bayar balik setelah tamat belajar sbb kami bukanlah orang senang.
- TNB membuka peluang pekerjaan setelah habis, tak payah pening memikirkannya lagi..(tak semestinya tetapi berpeluang BESAR)
- MARA pula adalah pinjaman boleh ubah, jika mendapat gred purata 3.75 baru ditukar ke biasiswa
- Jika tidak, perlu membayar balik dengan kadar yang telah ditetapkan. (sikit je..)
- Perlu mencari kerja setelah tamat belajar, bukan senang nak dapat kerja zaman sekarang..( tapi rezeki ada di mana2)
Walaupun begitu, terima kasih MARA kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada Adam. Oleh kerana Adam diberi peluang untuk memilih, dia memilih yang terbaik untuk dirinya (pada pendapat dia la..). Jika tidak, kami berbesar hati untuk menerima tawaran MARA. Harap peluang ini dapat diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan.
Kepada anak2 dan adik2 yang akan menduduki SPM tahun ini, berlajar bersungguh2. Target untuk dapat straight A's kerana anda berpeluang untuk memohon pelbagai biasiswa yang ditawarkan. Sekarang banyak badan korporat dan syarikat swasta yang menawarkan biasiswa kepada pelajar2 cemerlang.
Berdasarkan pengalaman Adam, jangan takut untuk memohon kedua2 MARA dan JPA, kerana sebelum ini dimomokkan jika isi MARA,JPA dah tak boleh. Sebenarnya BOLEH, kedua2nya dipanggil interview, cumanya jika dapat MARA anda tidak akan dipanggil lagi untuk JPA. itu saja...
* Actually saya menulis hanya berdasarkan pengalaman kami anak beranak, tidak merujuk mana2 website atau badan2 tertentu. Jika maklumat tidak tepat, saya mohon maaf & saya tidak bertanggungjawab atas kesulitan atau masalah yang mungkin timbul...

No comments:
Post a Comment