Nufnang Ads

Showing posts with label kebunku. Show all posts
Showing posts with label kebunku. Show all posts

Saturday, February 7, 2015

Berbudi pada tanah..

Pada masa kini, negeri2 di utara mengalami musim panas dan kering. 


Angin kering pula bertiup kencang pada sebelah petang manakala pagi pula sejuk menikam hingga tulang som som.

Orang utara menggelar musim ini adalam musim timuq atau winter wind. 
Pada musim nilah mempelam harum akan mula berbunga dan akan mengeluarkan hasil sekitar April..

Berbalik kepada entri saya hari ini, byk tanaman dan bunga2 mati dek kekeringan melampau...

Namun begitu, masih ada yg terus mengeluarkan hasil...
hati saya akan berbunga riang tatkala melihat semua ini..


Tak rugi berbudi pada tanah

l
lemon yang boleh dipetik...




ada yang sanggup landing kat tanah....




belimbing buluh yang tak pernah jemu
berbuah lebat..

sesiapa yang nak sila pm saya....
percuma jer...
kita kongsi rezeki dari yang Maha Esa

rezeki dikongsi bersama dgn makhluk  Allah yg lain....
Alhamdulillah

Monday, October 27, 2014

UPDATE KEBUN

Kebun sekangkang kera di belakang rumah.

 Berkebun adalah salah satu hobi yang paling saya suka dan sentiasa bersemangat untuk melakukannya. Dah banyak juga hasil yang saya dapat. Ada serai, daun pandan, limau nipis, limau kasturi, lemon, daun kari, kunyit, cili padi, ubi kayu dan banyak lagiiiii...


Bestnyer apabila melihat pokok2 berbuah lebat..hilang penat, rasa tenang dan puas sekali..

Jom tengok sebahagian pokok2 saya...

 
Gajus
pemberian rakan lama..terima kasih Jariah
Ubi  kayu

Manggis

Pisang awak...nanti boleh buat pisang goreng
pisang goreng  @ goreng pisang?

Tersembul dah....



Nangka madu
baru belajar berbuah..

Diam2 ubi berisi..
sapa2 nak mai ambik...

Kedondong

Rendah jer pokoknya

Lemon...


Belimbing buluh
masak lemak cili padi
Sodap...

Wednesday, October 22, 2014

Beribu2 lemon

Sabar menunggu, akhirnya dia muncul juga. Rasa teruja seolah2 menunggu anak sulung. Pokoknya sangat subur merimbun, tapi yang ditunggu2 tak muncul2. Sehinggalah hari ini, baru saya sedar sudah ada yang besar, comel sangattt.... ada pulak beberapa adik beradiknya yang masih kecil. Harap2 dia membesar dengan sihatnya.

Al kisahnya, saya membelinya di Cameron Highland lebih 3 tahun yang lalu. Ramai yang melarang kononnya dia tak sesuai dengan kehidupan di bawah. Tapi saya tetap degil, belum cuba belum tahu bro....

Saya sentiasa menjaga dan membelainya dengan penuh kasih sayang, selalu bercakap dan bertanya khabar....akhirnya dia membuahkan hasil seperti yang saya harapkan...

Alhamdulillah, semoga terus subur dan menghasilkan beribu2 lemon...

Berbunga light purple..

Kembang setaman...

Berputik.....


Cantiknyer posing...

Nin dia pokoknyer....



Monday, September 30, 2013

Belimbing buluh... puas hati

Setelah sekian lama, akhirnya pokok belimbing buluh ini telah lebat berbuah. Itu pun setelah puas bercakap dan memujuk, barulah ia mula berbuah...buah sulong dulu hanya beberapa biji, tapi sekarang hambek kau, tak habis makan, puas hati. Rezeki juga untuk rakan tetangga. Alhamdulillah..


inilah hasilnya...

pokok rendah, mudah nak petik hasil



lebat...


buahnya besar2 dan segar..

Saturday, January 19, 2013

Peria lagi..

Belum habis lagi musim peria. layan je la ye..  berkebun adalah antara hobi saya yang tiada penghujungnya. Jadi, rasa teruja setiap kali melihat hasil tanaman ingin saya kongsi di blog ini. Sangat membahagiakan... Peria ini telah ditanam sejak Ogos 2012, sejak itulah dia sentiasa mengeluarkan hasil hingga kini walaupun tak lebat mana. maklumlah penjagaannya ala kadar aje.... tanam rajin, jaga kureng sikit..







adakah anda di luar sana menanam sendiri daun bawang? bagi saya pantang tengok bawang yang tumbuh terus saya cucuk ke tanah. Maklumlah  bawang yang dibeli kalau tak guna lama, akan tumbuh dalam bekasnya kan! kita kan 'rajin memasak'...   


Friday, January 18, 2013

Berbuah sulong

Belimbing buluh dah berbuah setelah 3 tahun ditanam. lambat sungguh.. itu pun setelah dicantas beberapa kali, barulah dia mula mengeluarkan bunga. Hanya beberapa biji untuk buah sulong ini. Tak apalah, baru saya tahu buahnya warna hijau. ingatkan warna kuning. masa saya beli benih di nat balai baru dulu, penjual tu pun tak tau buah warna apa.. 

Saya memang suka masak lemak udang dengan belimbing buluh, sebab itu saya berusaha menanamnya. Berhasil jugak lah..

Terlanjur mengambil gambar belimbing, saya pun snap juga gambar pokok2 lain yang ada di 'ladang' kami. Tengoklah...





3 tahun aku menunggumu...


sangat subur
limau nipis
beli benih dari anak murid
limau kasturi

asin-asin

atau cekor manis


ubi kayu
amra


kacang panjang




cili padi yang hidup dicelah2 limau nipis