Selepas selesai majlis persandingan Aji di Dewan Santubong, Kolej Multimedia TM, Kuching kami berkonvoi 11 kereta ke Serikin. Serikin terletak di antara sempadan Sarawak dan Kalimantan. Ala2 Wang Klian gitu. Sempadan ini dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Perjalanan dari Kuching ke sini lebih kurang 1 jam setengah. oleh kerana kami berkonvoi, ada yg tersesat, ada yg nak isi minyak, saling tunggu menunggu menyebabkan kami mengambil masa hampir 2 jam baru sampai, Kalau nak datang sini eloklah datang awal, sebab gerainya tak berbumbung, panas gila...
Jika di Wang Klian adalah barang2 Siam, di Serikin pula barang2 Indonesia terutama dari Bandung. Macam2 ada.. kebaya sulam, telekung, jeans Levis, langsir, kain batik, tikar, beg tangan dan banyak lagi... pasar ini akan ditutup sekitar 6.00 ptg.
Hari tu, kami sampai agak lewat, jadi agak terhadlah masa nak shopping. w/b/pun banyak jugalah yang diborong. Ada yang beli tikar, baju, of course la telekung dan Ani beli gitar lagi...lepas ni nak tubuh band kut..
Oleh sebab saya baru balik dari Bandung tak banyak barang yang beli kat sini, sbb rasanya harga agak mahal. Contohnya telekung, di Bandung yang cantik jelita berkerawang penuh baru RM50, tapi kat Serikin dah jadi RM80-90, telekung nipis dlm beg kecik2 tu baru RM15, kat sini RM30 dan beg saya beli kat Bandung RM6 tapi kat sini jadi RM20. Lagipun saya dah pokai byk sangat berjalan bulan ni...
Jom tengok apa yang ada kat sini...
otw ke Serikin, tak ingat apa nama pekan ni..jual sayur2 kampung |
RM 18, Insyirah dah pow tokwan dia suruh beli ni...
depa kata kat KL RM45, betul ke?
ikan kering |
aneka beg tangan |
helmet
pilih baju pun tension.. |
kebaya sulam
baju pengantin
gitar
bekas kuih, dah berkenan tapi memikirkan takut pecah tak jadi...
sesi pujuk rayu oleh penjual |
beg manik
1 comment:
mmmm
Post a Comment