Nufnang Ads

Friday, October 12, 2012

Makanan SARAWAK

Last N3 pasal Sarawak. Kali ini nak cerita mengenai makanan yang sempat kami cuba di sini. Tak banyak pun, sebab lebih banyak makan angin daripada makan betul2..

Di bawah ini adalah kuih tongkol yang kami cuba di Kubah Ria. Kuih ini dibungkus cantik dalam daun pisang, rasanya lemak manis macam kuih pelita. Di Perlis saya tak pernah nampak tapi ditempat lain tak tahu la.. kata penjual tu, ini kuih Sarawak ya  la kut...



Kuih Tongkol
10 ketul RM3.00

lebih kurang macm tepung pelita

mee hong kong
Ada juga yang order mee hong kong, issh mai Sarawak order mee hong kong pulak.. kat tempat lain pun ada kut... rasa manis.. tak sesuai dengan tekak. 1 mangkuk share 3 orang pun tak habis
matang jaya

makan kat Kubah Ria



kenyang perut suka hati


mee kolok

mee kolok bersama sup
Saya order mee kolok, semangat berkobar2 nak cuba makanan Sarawak. Mee ni baru betul makanan Sarawak. Ada yang goreng dan ada juga sup. Saya suka, sedap la dengan tekak saya..

laksa Sarawak
Ini pula saya order semasa makan malam kat tempat beli kek lapis. Laksa Sarawak guna bihun bukan  macam laksa utara. Kuahnya agak pekat berwarna kemerah-merahan. Baunya seakan majnun.. boh majnun ke depa ni.. ada udang, ayam dan telur. sedap juga...kalau datang sini, wajib cuba..  

nasi putih dengan sotong bakar
Yang ini Amir order, nasi putih bersama sotong bakar, tak berapa sedap sebab tak pedas. tapi licin jugak...

terubok masin


Ini adalah barangan wajib beli jika ke Sarawak. Terubok masin. Rupanya terubok fresh, dibelah belakang dan ditaruk garam kasar bebanyak, kemudian dijual. Jika kita beli penjual akan pek cantik2 dalam kotak dan dibalut plastik bagai, sesuai nak bawa naik flight.. harganya macam2, agak murah le..

Sebelum ini, saya ingat terubok masin tu, ikan kering... salah rupanya.. ada la juga terubok kering, tapi tidak ada di sini..
telur terubok
RM40
Menurut penjual tu, telur ini sangat sedap sebab tu harganya mahal. Selalunya orang mengandung akan mengidam telur ni..orang Sarawak je kut, kami sini tak tau pun..

pelbagai rasa, semuanya sedap2

rasa sampai kenyang

Dr Awa dah confius

Dr. Awa, Aju, Ipah & Ateh

Hooray, akhirnya sampai juga tempat jual kek lapis. Kalau datang siang kita boleh pergi kilang, tapi malam pun masih banyak yang jual. sepanjang jalan ni, semua jual kek lapis. Kami direkomenkan beli kat Mira cake house, depa kata sedap.. nak jimat masa kami terus je ke gerai ni, ada juga kedai besar di seberang jalan. Macam2 perasa ada, cheese, asam manis, coklat, rampai payung, ombak rindu dan macam2 lagi ... berwarna-warni dengan pelbagai corak. Kita juga boleh rasa tanpa had.. makan sampai kenyang. 1=RM10, tapi kalau beli 10 dapat percuma 1, promosi le tu..Di sini juga depa akan pek dalam kotak cecantik  supaya mudah bawa naik flight...

Habis dah cerita Sarawak. Seolah2 family gathering . Kat Semanjung pun tak pernah kami berkumpul ramai cam ni. Apa pun terima kasih kepada keluaga abang long dan anak2 atas layanan yang superb.. next trip kat mana dan sapa pula? ramai lagi yang menunggu giliran kan... Mak Uda & Pak Uda sekeluarga mendoakan kebahgian milik Aji dan isteri. Selamat melayari rumah tangga dengan aman damai. Semoga kekal abadi selamanya... amin

terima kasih..

No comments: