Nufnang Ads

Wednesday, October 10, 2012

Makan Temuan

N3 ini adalah sambungan N3 lepas.
Selepas bersiar2 dan bershopping sakan di bandaraya Kuching, kami pulang ke Nadin homes di Siol kandis, dekat je dgn Kuching. homestay ini ada 3 buah rumah yang besar yang dikenali sebagai rumah putih, pink dan merah. Rumah putih keluarga abang long dan sedara dari Terengganu, rumah pink, anak menantu dan besan abang long manakala rumah merah keluarga sebelah melaka, perlis dan penang. Berehat dan berborak2 dengan sedara mara. seramai 80 orang yang terbang dari KL, Johor dan Penang secara berperingkat ke sini.8 malam bersiap2 untuk majlis pernikahan.

Majlis pernikahan dilakukan dirumah pengantin perempuan. pada malam ini semua orang lelaki diwajibkan memakai baju melayu lengkap sesuai adat istiadat Sarawak. Orang perempuan tidak ada masalah, semuanya berbaju kurung cantik...

Majlis pernikahan dimulakan dengan ucapan wakil pengantin perempuan, diikuti oleh Pak Itam sebagai wakil pengantin lelaki. Khutbah nikah sangatlah panjang... lambatnya nak mula. dengan sekali lafaz Shafinaz sah menjadi milik Aji.

Selepas tu, makan time .kami semua kelaparan, semua makanan yang dihidang sedap aje.. habiss

mak2 sedara dari Melaka
h

bergambar dulu...

pengantin bersama ibubapa serta 7 daripada 12 orang adik beradiknya

ni la rumah pengantin perempuan

berdebar...

Pak Itam memulakan bicara

bilik pengantin

hantaran

acara dimulakan..

mak pengantin perempuan, cantik kan!

depa kata macam neelofa

Keesokan hari, seawal 10 pagi kami sudah bersiap sedia untuk ke Dewan santubong untuk majlis persandingan. Kenduri di Sarawak tak sama dengan semenanjung. semua jemputan hadir bermula 10.30 pagi dan mengambil tempat duduk masing2. ala2 di hotel gitu... hanya tetamu yang ada tempat duduk saja yang boleh masuk dewan. Selepas semua tempat duduk dipenuhi, adalah acara nyanyi2 sementara menunggu ketibaan pengantin.

Tepat jam 11.30 pagi pengantin tiba dan terus ke pelamin,diikuti acara merenjis. Dimulakan dengan mak sedara pengantin perempuan, mak bapak pengantin lelaki dan pengantin perempuan dan hanya beberapa saudara rapat yang lain.

Selesai sanding, diadakan adat makan nasi temuan.menurut pengacara majlis adat ini  sering diamalkan oleh orang sarawak, sepatutnya disebut nasi pertemuan tetapi dengan slanga sarawak dipanggil nasi temuan. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan duduk secara berhadapan, dengan kiraan 1 2 3  pembantu  akan membuka tutup nasi, kedua2 pengantin mesti cepat2 mengambil nasi dan menyuap ke mulut, sapa cepat dikira menang. round pertama, suap kemulut sendiri dulu, round kedua suap pula kemulut pasangan. dibuat beberapa kali, sapa yang menang dikira dia lebih dominan. betul ke? untuk maklumat yang lebih detail sila google...

Selepas semua tu, barulah kami boleh makan.. ada masak lemak umbut nyok. sedap woo..

sebelum ke majlis persandingan

lagi...

80 orang semuanya rombongan dari semenanjung..

nadin homes

inilah kereta kami di sana, semuanya 11 buah kereta sewa..

sanding kat sini


pelamin yang cantik

sedap suara pakcik ni..

menunggu pengantin tiba

halwa telinga

pengantin dah sampai

mcm neelofa tak?


kedua2 pegawai JKM, sorang di penang sorang lagi di sri aman

dah mula tension..

Pak Long & Mak Long merenjis
interframe Pak Teh

makan nasi temuan, sapa cepat dia menang

lauk kenduri
ayam masak merah, daging hitam, nenas masak apa entah dan masak lemak umbut nyok..

jeolus betul dengan mak pengantin ni, masih bergetah walau dah terima menantu
she said, I'm 43
muder nye...

kak long dan abang long dengan anak dan menantu baru..

sesi bergambar

merge antara Melaka dan Terengganu


anak, menantu dan cucu2

kereta pengantin

Selesai je acara kat dewan ini kami semua pecut ke Serikin. apa yang istimewa di Serikin? tunggu N3 seterusnya...