Dengan tambang murah airasia RM250 pergi dan balik saya berpeluang menjejak kaki ke Bandung. Terima kasih cikgu Ton dan Niza yang bertungkus lumus memastikan trip ini sukses. Kami bertolak dari airport penang jam 9.35 malam.
Kami selamat menjejak kaki di lapangan terbang Bandung sekitar 12 malam waktu Bandung yang awal sejam daripada waktu Malaysia. proses cop paspot untuk melepasi imegresen Bandung sangat lembab, letih...Sebaik keluar dari airpot dah siap sedia van untuk membawa kami ke Hotel Orange Homes. Dalam perjalanan kami singgah untuk makan dan beli prepaid. Sesiapa ke Indonesia patut beli prepaid kerana panggilan ke Malaysia amat murah dan lebih jimat... tak payahlah nak pakai line kita...
Keesokan hari kami bersarapan di hotel, not bad...destinasi pertama hari ini adalah Tangkuban Perahu untuk melihat kawah gunung berapi. Sepanjang perjalanan jalannya bengkang bengkok macam kita nak ke Cameron Highland. di kiri kanan terdapat pokok pine (saya agak je) yang tegak dan lurus ke atas. Cantik sekali. Sebaik turun dari van terbau belerang yang sangat kuat menusuk hidung. suhunya pula agak sejuk dan nyaman sekali. kelihatan laharnya memutih dan masih berasap...
Selain melihat pemandangn yang cantik, di sini juga banyak dijual cenderamata seperti t shirt, pasu, strawberry, baju sejuk, key chain dan banyak lagilah... yang tak tahannya ialah karenah para penjual yang mengekori kita sepanjang masa, naik rimas dengan pujuk rayu mereka..
|
wajib bergambar di sini... |
|
kawah gunung berapi yang masih berasap.. |
|
tayang serkop kepala baru beli... |
|
makan tengah hari
Turun dari Tangkuban Perahu, singgah makan di restoran Rumah Ikan. makanannya best, lebih kurang macam tempat kita. Harus cuba adalah deretan jus depa yang pekat dan sedap Selesai makan dan solat kami terus ke pasar baru, syurga membeli belah bagi kaum wanita. Pelbagai jenis kain sulam dan jahitan manik ada di sini. harganya sekitar 100 ribu-150 ribu duit Indon. itu pun dah cukup cantik. gila woi... kami shopping sampai kedai tutup. Selepas itu bergerak pula oulet2 berdekatan. beli jeans Lois kat toko tiga harganya 189 000 . cubalah convert duit kita dapat berapa? bahagi je 3..
Seterusnya ke terminal tas tangan. kat sini harganya agak mahal. window shopping je.. lagipun dah terlalu letih...nak rehat
|
|
jus yang pekat... |
Hari kedua, seawal jam 4.30 pagi kami bertolak ke Jakarta untuk mengelak 'macet' (jem). Jakarta adalah kota raya yang paling teruk kesesakan lalu lintas. sepatutnya Bandung - Jakarta hanya 2 jam saja, tapi kalau macet teruk sampai 4 jam. Lampu merah pun depa jalan je. tak kena saman pulak tu...
kami terus ke tanah abang, tempat shopping lagi, macam bazar gitu... di sini baju sulam lagi cantik.macam2 ada. handbag juga lebih cantik berbanding di Bandung, tapi saya dah rambang mata dan langsung tak beli..
Selepas tu, sempat singgah di hard rock Jakarta. Ada ahli rombongan merupakan peminat tegar barangan hard rock. Sepatutnya kami pulang semula ke Bandung melalui Puncak, tanah tinggi yang menawarkan pemandangan yang cantik tetapi ada demontrasi di jalan nak ke sana, jadi cancel je..
|
hard rock jakarta |
|
ahli rombongan |
Hari terakhir kami sekali lagi ke pasar baru, shopping lagi mana2 yang tak cukup .lagi pun pasar baru ini banyak lantai (tingkat), hari pertama tak sempat nak pergi semua. dari seorang jutawan sampai jatuh muflis lah kami shopping. dari pasar baru kami terus ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia tanah airku. flight jam 5.15 petang. sampai di penang jam 9.00 malam. Alhamdulillah..
|
di depan sebuah sekolah |
|
cantiknya... |
|
soto malang.. |
|
beli handbag kat Jakarta |
|
kebaya sulam.. murah sangat |
|
kat depan hotel pun ada jualan |
|
nasi timbel dan ayam penyet |
|
harus bergambar dlam kapal terbang.. |
|
breakfast kat hotel |
|
bismillah |
|
pasu daripada batang pokok, corak yang cantik |
strawberi Tangkuban Perahu
Percutian yang mengasyikkan kepada ibu2, bagi bapak2 rasanya mungkin boring sikit kut...
No comments:
Post a Comment