Awal2 pagi dah masuk ke dapur hari ini. Semangat nak buat apam mentega yang khabarnya sangat sedap. Cadang nak bawa apam mentega ini sebagai buah tangan kerana pada petang nanti kami nak ke Thailand melawat saudara mara di sana. Resepi ini diambil dari blog Sofea. terima kasih ye.. Tidak rugi mencuba, memang sedap dan cantik sekali. Harap2 orang Thailand akan suka apam ini...
gebu dan sedap |
siap untuk dibawa... |
tambah ayam goreng sebagai bekal.. |
APAM MENTEGA
Bahan-bahan ( +-50 biji )
(A) Bahan2 utk gula hangus:
11/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm mentega
(B)
3/4 cawan gula castor
4 biji telur
3 cawan tepung gandum ayak besama
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
1. Cara membuat gula hangus: masukkan gula dlm
periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan
berwarna perang. Padamkan api (utk mengelakkan air gula
terpercik semasa kita tuang air) dan
masukkan air. Nyalakan semula api dan
kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan
ketepikan.
2. Putar gula, telur dan esen vanila hingga
kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
3. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn
tepung.gaul semua hingga sebati.
4. Perap selama 1/2 jam.
5. Panaskan pengukus dan acuan lompang.
Tuangkan adunan ke dlm acuan. Adunan ni jika dituang penuh
kedlm acuan pun x
mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
Jika guna acuan lompang kukus selama lebih
kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya
wap tidak jatuh ke
bawah.
6. Cuba lah..
No comments:
Post a Comment