Nufnang Ads

Sunday, February 24, 2013

Nat pokok getah

Hujan lebat membasahi bumi Perlis pagi minggu ini. Dah lama panas terik, hujan rahmat, tapi sekejap saja.. Selepas itu redup dan tenang sekali. Selepas selesai menghantar sibongsu ke pusat tusyen, kami berdua terus ke pasar tani di Kangar. Sebelum tu sempat breakfast nasi lemak di kedai berhampiran. Tak banyak yang dibeli kerana hanya tiga beranak saja di rumah.

Memandangkan hari masih awal, lagi pun tidak ada plan apa2, suami mengajak ke nat pokok getah. Saya memang suka bab jalan2 ni. Lagi pun dah lama sangat tak sana. Teruslah kami memecut ke Pauh. Saya rasa nat pokok getah ini adalah antara nat yng terbesar di Perlis. Sebelum lupa, nat adalah pekan sehari bagi orang perlis dan kedah. Uniknya nat di sini dalam kebun getah, gerai dibuat di antara pokok getah tu,  jadi suasananya redup, sangat selesa untuk membeli belah. Berhati-hati apabila berjalan nanti tersadung akar pokok getah. Terletak antara Pauh dan Arau. diadakan setiap hari Ahad, jam 7 pagi - 1.00 tengah hari.Di  kiri kanan jalan pun ada gerai, rasanya lebih satu kilometer.

Pelbagai barangan dijual, dari barang basah, ikan, ikan air tawar, sayur, kuih-muih, pakaian, pelbagai tudung, perkakas rumah, barang bundle, buah-buahan, ikan hiasan, pokok bunga, pinggan mangkuk dan macam2 lagi... bak kata orang mak dengan bapak yang tidak ada di sini. kalau ada haru tu..... Di sini juga disediakan tempat parking yang selesa dan dikenakan sedikit bayaran. 

Saya hanya tengok2 je... semua barang keperluan dah beli. Seronoknya berjalan hari ini kerana si bongsu tak ikut, kalau tidak masalah, cepat boring .... last saya beli buah dan 2 bungkus bihun sup...

Sesiapa yang berhajat datang ke Perlis, silalah ke nat pokok getah, lain dari yang lain...



pelbagai ulam-ulaman kampung


amboiii mak cik...








bihun sup utara

Friday, February 22, 2013

Koleksi Fridge Magnet

Mengumpul fridge magnet adalah antara hobi saya. Kebanyakan adalah dari Australia kerana anak saya pernah belajar di sana. Selebihnya beli sendiri ketika melancong di dalam atau luar negara ( eleh..mcm selalu p oversea, bilang  sebelah tangan pun tak habis..) . Ada juga dihadiahkan oleh rakan2 yang selalu melancong. Saya prefer fridge magnet dari keychain. Tapi kalau orang bagi terima je la kan.. Dalam hati nak fridge magnet jugakkk... Demandnya! . Tak bagi langsung baru padan muka...


Sebab apa saya suka hobi ni? Kerna bentuk2 sangat cantik di samping melambangkan identiti sesuatu tempat. Lebih menarik ia akan menjadi nostalgia , juga sebagai tanda kenangan kita pernah sampai di  sana. Tiap satunya ada kisahnya tersendiri...









Wednesday, February 13, 2013

Makan besar di Kuala Perlis

Sempena CNY kami pun beria2 nak makan besar. Pak Teh (abang saya) nak belanja kerana menyambut kepulangan anak cucunya. Kami sekeluarga pun tumpang sekaki. Hati tok dan tokwan gembira tak terkata apabila anak menantu dan cucu balik kampung. Sanggup berhabis semata2 kerana mereka. bukan anak menantu yang belanja tapi mak bapa yang belanja besar. Lagi pun mak bapa orang 'ada-ada', mereka tak perlukan duit anak2, cukup sekadar pulang menjengok mereka dikala cuti. Itu sudah memadai. 

Sebelum tu, pergi Padang Besar dulu. Shopping apa yang patut termasuklah mainan untuk cucu2nya. Pak Teh tak kesah langsung pasal duit, mintalah apa pun semuanya ditunaikan untuk cucunya. Macam tu rupanya orang ada cucu... betullah kata orang Tok dan Tok wan lebih sayang cucu dari anak sendiri..

Sebelah petang barulah ke Kuala Perlis. Mak aihh petang tu punyalah banyak kereta, jammed semua tempat di Kuala Perlis. Ramainya orang nak makan ikan bakar. Kami singgah di KomaLaut ( kompleks makanan laut) saja, tak sanggup untuk ke tepi pantai sebab jammed. Hanya di sini saja yang ada parking, itu pun awal. Kalau lewat alamat balik saja.. 

Pak Teh suruh order apa saja, sayalah tukang order. Kami makan ikan gerut tiga rasa, siakap bakar, kerapu stim . Selain tu, sotong goreng tepung, udang masak halia, tom yam, kailan, telur dadar dan 5 jag fresh oren.

 Tapiii, menunggunya punya la lama, hampir 2 jam baru dapat makanan. bosannnn.. maybe ramai sangat orang hari tu.. 

walau bagaimanapun makanan tetap licin kerana masing2 kelaparan... terima kasih Pak Teh kerana belanja kami. Harap musim padi akan datang kita boleh makan besar lagi ye...

  
hari2 biasa kompleks ni sunyi sepi je....
tapi hari tu penuh sesak..



 gerut RM35 perkilo
siakap RM40 perkilo
kerapu RM45 perkilo
sotong RM30 perkilo
udang RM80 perkilo

 Pak teh & Mak teh

 main game dulu... bosann

 anak dan menantu dari kuantan

 sebahagian yang diorder

 pastikan semua dapat ye...







cucu dari KL

*teka berapa Pak teh belanja untuk makan besar ni..
( hanya saya dan Pak teh yang tahu...)

Sunday, February 10, 2013

Waffle maker

Saya baru beli gajet dapur ini. Beli  dari kawan lama melalui facebook. Sebab dah puas cari di kedai2 elektrik, tapi tak jumpa. Kat mana ye kalau nak beli benda2 macam ni. Kedai elektrik atau kedai barang kuih?

Saya dah pun cuba, hasilnya agak memuaskan. hrp2 mood rajin selalu datang ......jangan jadi 'tukun 'dah le...

Lepas ni bercadang nak beli pie maker pula. Sesiapa yang tahu di mana boleh dapatkannya sila beritahu ye...









Thursday, February 7, 2013

Pengetua Contoh


sedang menunjukkan skil.... (gambar dari facebook cg Azifah)

Cikgu Amin Mustaffa, pengetua DG52 menukar sendiri knob pintu bilik guru. Tak percaya? sedangkan dalam bilik guru itu ramainyer cikgu lelaki yang gagah perkasa. Tetapi beliau tanpa segan silu membuat sendiri kerja ini yang sepatutnya dilakukan oleh tukang kebun ataupun guru lelaki lain. Atau mungkinkah beliau sedang memberi signal kepada orang2 sepatutnya...

Walau apapun alasannya, saya sangat mengkagumi keprihatinan beliau. Rasanya sejak saya menjadi guru 25 tahun dahulu belum pernah berjumpa pengetua atau guru besar yang sanggup melakukan keja sebegini. Kebanyakannya hanya pandai beri arahan, duduk dikerusi empuk, minta itu dan ini tanpa mempedulikan masalah guru2nya.

Sebagai staf, saya rasa segannyer...apatah lagi cikgu lelaki kan. dia yang berpangkat tinggi sanggup buat apalah kita yang bawah2 ni. Ni tidak, asyikkk komplen aje bila diberi tugas. semua tak kena. kalau boleh nak duduk saja goyang kaki, lepas tu minta gaji naik banyak2..banyak cantekkk...

Mampukah  guru2 lain mencontohi beliau, especially cikgu2 SMKDJH...

*maaf, jika ada yang kepedasan..



Friday, February 1, 2013

RM100

Selasa lepas telah berlangsung majlis penyampaian bantuan persekolahan di SMKDJH. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perlis. Gimik penyampaian dibuat di dewan di mana beliau menyerahkan RM100 kepada 50 pelajar sahaja. Penat weh kalau nak bagi kepada hampir 1200 pelajar sekolah ni. Lagi pun beliau sibukk, banyak lagi majlis nak dihadiri..

Jadi, yang selebih, YB guru2 la yang menyerahkan kepada pelajar dalam kelas masing2. Kehadiran baik ibu bapa mahu pun pelajar amat2 memuaskan. kalau selalu macam ni kan bagusss. Ada pelajar dah lama tak nampak muka pun boleh datang balik kerana RM100..

Untungnya jadi pelajar sekarang, dah la yuran percuma dapat bantuan lagi. Dulu yuran peperiksaan pun kena bayar. berdikit2 la mak bapak kumpul duit nak bayar yuran anak2. sekarang, guru2 nak minta duit buku atau yuran PIBG pun takut2, takut disalahertikan..siap masuk surat khabar lagi...lagi sedih, ada yang sanggup tulis surat kat menteri ( *bukan semua ye).. itulah realiti, hanya kaum guru yang mengerti...






makanan pun dapat...