Nufnang Ads

Thursday, May 31, 2012

PRU 13

Bila agaknya PRU 13? ramai dah pak nujum buat ramalan tentang PRU 13 , ada yang kata cuti sekolah ni, tapi hingga sekarang PM belum bubar parlimen, confirm la bukan cuti ni. cuti pasukan polis dah lama beku.. kononnya pilihanraya akan diadakan pada bila2 masa aje  Kemudian, ada pula yang kata bulan Sept, lepas raya, kononnya Najib takut...pandai lah hampa... mengapa pula aku tetiba tulis pasal PRU13? nak masuk calon ke? tak la... aku kena jadi kerani pilihanraya, terpaksa... ramai cikgu2 yang kena bertugas untuk PRU13 ni. biasa la cikgu kan serba boleh. Berkhidmat untuk negara! khabarnya elaun naik 100%. itu yang penting sebenarnya, yang lain2 itu sila abaikan...

Actually, tiada siapa yang tahu bila PRU akan diadakan, hanya PM yang boleh buat keputusan. yang pastinya ia tidak boleh melangkaui April 2013, expired...

Sebagai persediaan, kami petugas2 PRU13 bagi P01 Padang Besar telah menghadiri taklimat pada 29 Mei yang lalu di Kompleks KDN Perlis. Bangunan baru yang tersergam indah tu..sehari suntuk kami di situ. First time saya ke sini, Mula dengan taklimat oleh pegawai SPRM, tayangan filem dan diakhiri dengan mock election.Makan minum disediakan. Rasanya, kalau esok pilihanraya pun kami dah bersedia tapi kalau lambat lagi, alamatnya lupa la semuanya..

 cantik kan!



Guru2 yang sedia berkhidmat..

Nak cerita sikit pasal kompleks KDN Perlis yang baru ini, besar dan cantik.  Sayangnya tiada surau! pelikkan..lucu pun ya jugak. bangunan yang baru dibina tiada surau.Bak kata cikgu Jamie, orang yang bekerja di sini pakai niat je kut . Kalau belum siap sepenuhnya, sekurang2nya sediakan surau sementara untuk memudahkan orang ramai yang berurusan di sini untuk menunaikan kewajipan. (sila jawab pihak pengurusan kompleks KDN), Satu lagi kelemahan yang sangat ketara ialah hanya ada satu lif je.. bayangkan kami ada 500 orang yang nak guna tak termasuk pekerja di sini (sapa lah arkitek bangunan ni).

Diharapkan semua komen dan teguran  dapat diperbaiki supaya bangunan ini boleh dijadikan mercu tanda dan kebanggaan rakyat negeri Perlis.

Graduation Ceremony

Alhamdulillah, along dah tamat belajar dengan jayanya.Usaha dan kerja keras along selama ini telah berbayar.  Dah bekerja pun. Sepanjang dia belajar di dalam dan di luar negara tiada sebarang masalah yang mengganggu, Semuanya berjalan dengan sempurna ( program berkembar dengan Queenlands University of Technology, Australia) Syukur semuanya adalah dengan keizinanNYA

Mungkin selepas ini, along boleh memikirkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya.... Jodoh? biar ALLAH yang tentukan...









Friday, May 18, 2012

BENDIKU


 suburnyer..

 unik..

 hampir tua..

 ni pun dah tua..

hasilnya, selang 2 hari dapat banyak ni...

menjadi betul bendi ni sejak hujan kerap turun. Tak sempat nak masak.. bendi ni pula cepat keras jika tidak dipetik. Bila dah keras, tak sedap untuk dimasak. kalau disimpan lama dalam peti sejuk pun boleh tua dengan sendiri. Seronok dan teruja masa memetik, tapi tak ada orang nak makan la pula...

macam-macam resepi dah cuba, gulai ikan dengan bendi, asam pedas, bendi goreng, bendi celur cicah sambal (itu saja yg tau...). Ada ke sesiapa boleh cadangkan resepi paling sedap guna bendi ni...sepanjang bulan ni makan bendi wei... menurut petua orang India makan bendi menajamkan ingatan, sebab itulah dia orang selalu bagi anak2 makan bendi supaya boleh jadi doktor ( saya  dengar dari seorang kawan India, Parimala).

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Selamat hari guru buat semua guru seluruh Malaysia, terutama 2 anak gadisku yang baru bergelar guru dan yg tengah training tu. Harap2 kita semua dapat mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna dan berjasa di dunia dan akhirat. kata orang, jasa guru bagai air sungai yang mengalir, tidak pernah putus-putus...

Sambutan hari guru disambut berbeza cara setiap tahun, semuanya meninggalkan kenangan terindah buat guru, walaupun kadang2 kita syok sendiri aje.. Paling tidak dilupakan ketika mengajar di sekolah rendah dahulu, dapat banyak hadiah walaupun hanya sebuku sabun atau sekotak tisu, semua itu sangat bermakna. Anak-anak kecil ini lebih menghargai jasa guru gamaknya, berbanding di sekolah menengah, hari guru bagai tiada makna bagi mereka ( bukan semua sekolah dan bukan semua pelajar bersikap begini).

kelebihannya, di sekolah menengah guru2 tidak perlu kalut untuk membuat persiapan sambutan, semua diurus pelajar berbanding di sekolah rendah dari A to Z cikgu yang kena buat.


SMKDJH menyambut hari guru guru tahun ini agak meriah, pelajar2 membuat gimik dengan menunggang vespa masuk ke dewan, konon2 guru 60an pakai vespa dan berkaca mata hitam. kreatif la, tapi secara peribadi saya suka gimik tahun lepas yang menunggang basikal tua dengan memakai songkok senget di kepala. Rasanya tahun depan kena pandu vios atau honda city pula bagi menunjukkan kemajuan dan inovasi yang berlaku. boleh ke form 6?

Paling membanggakan guru2 SMKDJH yang sanggup berlatih berhari2 untuk buat persembahan coral speaking. Tabik kepada pengetua, Cikgu Amin dan PK Koku yang sangat sporting. (aku? tarik diri... tak sanggup, lekeh betui...)



 kat mana budak2 ni dapat vespa antik ni...

 guru dulu macam ni ke?


 sukaneka

 badminton

 coral speaking girls

 pengetua yang sporting... bersajak you...

 Exchange gift

 jamuan mesti ada..

dapat hadiah ni... terima kasih najwa

Tahniah kepada AJK sambutan hari guru dan pelajar form 6 kerana berjaya mengadakan majlis ini dengan meriah..

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI NEGARA
SELAMAT HARI GURU..

Thursday, May 10, 2012

merajuk..

2 hari lepas adalah wedd anniversary seorang kawan ni (maaf ye akak cerita kat sini).. Mulanya dia sangat happy kerana sisuami berjanji nak bawa makan2 lepas sekolah. Tiba2 suami dia call, cancel pulak sebab ada kerja yang sangat penting, urgent! monyoklah la kawan ni, sedih, seolah2 suaminya tidak menghargai atau mahu merai hari penting mereka... kerja lebih penting dari segalanya..

Dik, akak nak cerita, true story ni... akak tak pernah sekalipun meraikan anniversary sejak kami berkahwin 24 tahun yang lalu. Adik kira oklah, suami masih ingat tarikh kawin.. suami akak tak ingat pun bila kami kawin, kalau nak isi apa2 borang dia akan bertanya, bila kita kawin ye? boleh ke tanya macam tu...  nasib baik dia masih ingat harijadi akak ... kalau ikut hati dah 'masak' akak merajuk, tapi untuk apa?

walau bagaimana pun kami tetap bahagia, hidup macam suami isteri yang lain, ada kalanya dilanda ombak dan badai, sekali-sekala tsunami pun ada.. biasa la tu..

bukan bermakna, dia tak ingat tarikh2 penting ini, dia tak sayang kita...fahamilah mereka yang kurang berminat dengan perkara2 remeh ini (remeh ke?) 

beruntunglah siisteri yang suaminya sentiasa mengingati tarikh penting mereka, dapat pulak hadiah yang mahal2..akak tak merasalah dik oi...