Nufnang Ads

Thursday, April 26, 2012

Anugerah Cemerlang SMSTSP

Seperti tahun lalu sekali lagi aku menjadi wakil pengetua untuk menghadiri Hari Anugerah Cemerlang SMSTSP (agaknya pengetua dah tak terdaya memenuhi undangan ini, lagipun DYTM Raja Perempuan hadir, banyak protokol dan dah tentu lambat habis, banyak lagi kerja nak buat ..itu antara alasan pengetua).

Tahun ini lebih bermakna kerana anakku MUHAMMAD ADAM FAHMI antara 83 orang pelajar cemerlang PMR 2011 yang menerima hadiah. Tambah manis, hari ini adalah harijadi Adam yang ke 16. Happy birthday abang! Mama sentiasa mendoakan abang menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat.

 Buku program

 abang dari kejauhan

 abang lagi

 ayah dan abang..

Mama tidak pernah ragu akan kecemerlangan abang.Namun begitu, usaha perlu berterusan, jangan sesekali alpa kerana SPM menanti penuh cabaran.SPM tahun depan yang akan menentukan arah tuju abang seterusnya..

* sepanjang majlis kami tidak dibenarkan mengambil gambar, mengapa ye? ( ini adalah saat yang begitu bermakna bagi pelajar mahupun ibu bapa)  tapi aku tetap degil...

Monday, April 23, 2012

Kena observe

Permulaan minggu yang sukar. Minggu lepas Cik P memaklumkan dia nak observe aku. Wah, skema betullah Cik P ni... orang lain (GK lain) tu observe buku ringkasan je, tak payah masuk kelas pun.

Tapi sedaya upaya aku mengawal perasaan gementar ini,waima dah 24 tahun mengajar rasa gementar dan kelam kabut tetap wujud bila ada orang nak tengok  (normal la tu).

Aku segera memasang strategi dengan meminta Cik P observe kelas 2 KPG (kelas yng paling baik). Sebelum Cik P masuk aku dah siap berpesan kepada semua pelajar agar memberi kerjasama sepanjang P&P berlangsung (agak2 mcm berlakon).

Aku memilih aktiviti yang paling interesting dan rasa2 semua pelajar suka iaitu membuat brosur menggunakan microsoft publisher.Ternyata strategi ini mengena, semua pelajar sangat berminat sampai tak peduli pun Cik P yang bergerak dari meja ke meja untuk melihat kerja mereka.

 masukkan lencana sekolah

 asyiknya, boleh ke buat...

 tekun.. ini bukan lakonan


Akhirnya selesai, lega.. cukuplah Cik P. Tahun depan tak payah observe lagi. Tak lalu makan saya dibuatnya..Terima kasih pelajar2 2 KPG yang sangat sporting..

Monday, April 16, 2012

Zakat





Hadiah di atas diterima daripada pejabat zakat Negeri Perlis. Setiap tahun pejabat zakat akan memberi cenderahati kepada pembayar zakat yang membuat pembayaran secara potongan gaji. Tahun lepas dapat dulang rotan manakala tahun ini tuala kuning Diraja. Terima kasih.

Sesunggunya membayar zakat adalah kerana tuntutan agama bukannya mengharapkan apa2 balasan.Walaubagaimana pun mungkin juga dengan cara begini akan dapat menarik lebih ramai pembayar zakat menunaikan kewajipan mereka. Wallahualam...

Saturday, April 14, 2012

KEBUNKU

 bendi yang dah boleh dipetik


 rumput sama tinggi dengan pokok bendi

 pokok tomato yang baru ditanam

 capsicum, dah tua sangat pokoknya

 cili


 ni apa? limau purut

 cili lagi..

 kucai

 kunyit

 cekur

 daun bawang yang kurus, tumpang cili

 daun bawang tumpang tomato

hidup segan,mati tak mau... kangkung

Sejak 2 minggu  lepas, sibuk mengalahkan menteri. Minggu lepas sibuk menyiapkan 'headcount' (hanya guru2 yg memahami istilah ini) untuk diberikan kepada ketua panitia. Rasa nak muntah tengok nombor2 ni.

Hujung minggu pulak ke pulau Langkawi bersama-sama koperator sekolah. Bestnya dapat release tension kat sana. Walau berpuluh kali ke sana, rasa teruja tetap ada. Naik cable car, masuk underwaterworld, melawat makam mahsuri tetap meninggalkan kenangan manis. Tambah manis apabila ke Idaman Mahsuri dan Ismail Group. terbang juga seratus dua membeli pinggan mangkuk, walaupun niat awal nak tengok aje..







Sepanjang minggu ini, menghadiri kursus pembangunan laman web. Semua sekolah di negeri Perlis wajib menyertai pertandingan laman web yang dianjurkan oleh JPN. Berpinar mata webmaster sekolah untuk 'menganggunkan' lagi laman web kami.

Hari ini pula, ke Pusat Ko kurikulum, ada perkhemahan kadet polis. Pagi2 lagi dah ke sana  untuk membantu menyediakan makan tengah hari. Tak lah susah pun, ada pelajar yang membantu, tapi kalau tidak ada guru yang memantau takkan jalannye.. Siap memasak, terus pula ke Bukit Air, ex-student buat bbq pulak.Tak sampai hati kalau tak pergi kerana mereka menjemput dan masih mengingati guru lama ni..

Kebetulan pula hari ini jiran sebelah buat kenduri kesyukuran. Walaupun dah lewat sampai rumah, jemputan tetap dipenuhi. harap beliau memahami ...

Petang dah relax sikit, teringat pula kebunku..wah, bendiku dan berbuah dan boleh dipetik. Lepas ni, tiap-tiap hari makan bendilah nampaknya..

Monday, April 2, 2012

HADIAH HARIJADI?







Basikal oren ini sampai pada harijadiku yang 47. Boleh la juga dianggap hadiah harijadi tapi bayar sendiri secara ansuran.Dah benda ini ada, azam harijadi tahun ini adalah untuk menurunkan berat badan, nak kurus..boleh ke?

Sebenarnya, aku adalah orang yang agak tegar bersenam. Since, selepas tamat belajar dan anak2 sudah besar aku rajin beraerobik dan berjogging. Bukan untuk kurus pun, tapi untuk sihat aje.. ada darah tinggi, doktor suruh bersenam.

Sejak aku mula buat bisnes kecil-kecilan ni, tak ada masa untuk ke kelas aerobik mahupun berjogging. Alternatifnya, beli je basikal ni, supaya boleh bersenam dalam rumah pada bila-bila masa aje.. Harap2 menjadi la.