| walaupun rupa kurang menarik tapi rasanya sangat sedap... |
* 1500 ml santan (dari 2 biji kelapa)
* 250 gm gula pasir
* 250 gm tepung beras
* 50 gm tpng jagung
* 1/2 st. esen vanila
* 1 sk. garam
- Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
- Masak adunan hingga pekat dan berkilat (hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak berkerak).
- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas daun pisang atau setakat disapu minyak.
- Bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebih kurang 30 minit.
- Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan dihidangkan. Kuih ni agak lembik ketika masih panas dan akan keras sedikit bila telah sejuk tapi memang lembut bila dimakan.