Nufnang Ads

Wednesday, May 12, 2010

KITCHEN GARDEN

Aku memang minat berkebun, terutamanya menanam sayur-sayuran untuk kegunaan harian. Mungkin minatku ini diwarisi dari arwah bapaku, Awang Ahmad b. Lebai Teh. Pada masa aku masih kecil, kulihat bapa menanam pelbagai jenis sayuran di sekeliling rumah seperti betik, cili, pisang dan pelbagai jenis sayuran. Mungkin keadaan pada masa itu, menyebabkan bapaku terpaksa menanam pelbagai tanaman untuk menampung kami sekeluarga yang serba daif. Semua tanamannya menjadi dan hidup dengan subur, tetapi aku berkebun sekadar hobi.
Malangnya, bapa telah tiada untuk menitipkan petua kepadaku bagaimana berkebun dengan cara yang betul, tapi ingatanku pada bapa tidak pernah padam. Alfatihah untuk arwah bapa, semoga Allah menempatkan bapaku dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin
Labu dan kacang panjang

Cabai Melaka

Limau purut

Pandan


Daun kesom

Kacang Kelisa

Pegaga

Monday, May 10, 2010

Sayu..






Kelmarin, 10 Mei 2010 aku dan suami menghantar anak keduaku ke Matrikulasi Perlis. Setelah lima bulan berada di rumah, akhirnya telah sampai masanya angah menyambung pelajarannya. Sayu rasanya, kerana dia anak yang ceria, sangat menyayangi kakak serta adik-adiknya dan istimewanya dia pandai memasak. Dia suka mencuba pelbagai resepi yang diperoleh dari internet. Pendek kata, dia seorang anak yang disenangi saudara mara..




Seorang demi seorang anak-anakku pergi meninggalkan aku untuk menyambung pelajaran mereka. Apapun, aku sangat berbangga dengan pencapaian anak-anakku dalam pelajaran. Harapanku, agar mereka sentiasa mengekalkan pencapaian cemerlang mereka. Mama dan ayah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak mama...


Angah, belajar rajin-rajin, buktikan kemampuan angah...


Sunday, April 18, 2010

Selamat Belajar Angah...

Tahniah! angah kerana dapat offer matrikulasi Perlis. Mama harap angah akan belajar bersungguh-sungguh sebagai persediaan ke universiti kelak. Tiada jalan pintas untuk berjaya.. Apa yang dilakukan hari ini akan menentukan kejayaan kita pada hari esok...

Amir Sayang...


Pencapaian terbaik Amir
Anakku yang bongsu. Mama harap Amir akan terus berusaha untuk mendapat keputusan yang lebih baik. Terima kasih juga kepada angah... kerana sedikit sebanyak keputusan ini dapat dicapai kerana usaha gigih angah yang tidak cair dengan setiap alasan Amir yang seringkali mengelak untuk mengulangkaji pelajarannya.

Sunday, March 7, 2010

Khamis yang penuh tanda tanya....

Khamis yang mendebarkan.... tentu sekali anakku angah. Keputusan SPM akan diumumkan. Yang pastinya bukan angah saja, mama, ayah dan adik beradik yang lain berkongsi debaran ini. Bahkan seluruh calon SPM, ibu bapa mereka serta guru-guru yang bertungkus-lumus mengajar...

Mama dan ayah mendoakan yang tebaik untuk angah... Kami yakin dengan usaha yang telah angah buat serta bantuan daripada guru=guru MRSM Beseri, Khamis ini akan memberi sinar bahagia untuk kita semua... Sabarlah menanti detik itu... aminn

Tuesday, February 23, 2010

Monday, February 22, 2010

BTN dah berlalu

Alhamdulillah, kursus BTN telah berakhir dengan jayanya. Pelbagai pengetahuan dan kenangan dikutip sepanjang kursus. Semangat cintakan negara dan bangsa semakin membara.
Selain itu, kenangan yang paling berharga ialah dapat berkongsi pengalaman dengan penjawat awam dari pelbagai jabatan. Lazimnya, kursus hanya dihadiri oleh guru-guru sahaja dan topik bicara berkisar tentang pendidikan semata. Tetapi, BTN telah memberi peluang mengenali lebih rapat dengan doktor, jurutera, juruukur bahan dan juga peguam.
Terima kasih Dr. Sahari, Sya dan Hisham jurutera JKR, Azura jurutera pengairan dan saliran, Saifullah peguam Syarie kerana dapat berkongsi pengalaman. anda semua adalah kawan-kawan yang hebat! tidak dilupakan kawan-kawan sebidang, Wan dan Yana pensyarah matrikulasi, guru-guru, Jo, Ustaz, Azlina dan Norma. Kekadang saya rasa begitu kerdil berada dalam kalangan mereka. Namun, anda semua sangat sporting...
Tidak dilupakan, fasilitator yang penuh dedikasi, Tuan Abu Yazid, Pengurus PPK. Terima kasih semua!!