Kelmarin, 10 Mei 2010 aku dan suami menghantar anak keduaku ke Matrikulasi Perlis. Setelah lima bulan berada di rumah, akhirnya telah sampai masanya angah menyambung pelajarannya. Sayu rasanya, kerana dia anak yang ceria, sangat menyayangi kakak serta adik-adiknya dan istimewanya dia pandai memasak. Dia suka mencuba pelbagai resepi yang diperoleh dari internet. Pendek kata, dia seorang anak yang disenangi saudara mara..
Seorang demi seorang anak-anakku pergi meninggalkan aku untuk menyambung pelajaran mereka. Apapun, aku sangat berbangga dengan pencapaian anak-anakku dalam pelajaran. Harapanku, agar mereka sentiasa mengekalkan pencapaian cemerlang mereka. Mama dan ayah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak mama...
Angah, belajar rajin-rajin, buktikan kemampuan angah...
No comments:
Post a Comment