Nufnang Ads

Sunday, November 2, 2014

Rumah Transit Putrajaya

Assalamualaikum

Hari ini saya nak cerita mengenai salah satu kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi kakitangan awam iaitu rumah penginapan persekutuan atau RPP. Sesuai untuk kakitangan awam yang gaji tak berapa tinggi tetapi sangat suka melancong, macam kami.
Kami ke sini pada cuti maal hijrah yang lalu kerana ada kenduri anak sedara di Bangi.

Salah satu tempat yang ada kemudahan ini ialah di Putrajaya yang dipanggil rumah transit. Ada apartmen dan juga bilik. Sewanya sangat berbaloi, rasanya semua orang mampu..

Walaupun begitu, aparmentnya tip top, ada tiga bilik fully furnish, tv, peti ais dan seterika serta kettle. Cukup le kan untuk orang bermusafir..

2 bilik air yang bersih, sofa dan meja makan yang selesa serta ruang dapur yang luas. Boleh main masak2 kalau mahu..

Kadar sewanya hanya RM70 semalam. Berbaloi kannn.. Mana ada harga macam ni kalau tempat lain. Homestay paling lekeh pun RM150, itupun belum tentu tahap kebersihannya.

Ramai kakitangan awam tidak tahu akan kewujudan kemudahan penginapan sebegini. Sebenarnya, banyak lagi tempat yang ada RPP ini. Untuk mengetahui lebih lanjut RPP atau RP boleh ke website 

atau untuk rumah transit Putrajaya boleh ke sini

Alamat tel rumah transit Putrajaya
Zon 6B,
Jalan P11j,
Presint 11,
62000 Putrajaya

Tel: 03-8880015









bilik ketiga, 
bilik kedua tidak sempat ambil gambar 
kerana anak2 dah kecah barang2 mereka

meja makan


bilik utama




bili air yang bersih
Jenis Unit dan Kadar sewa tertakluk kepada gred kakitangan awam tersebut, tetapi semua peringkat layak menggunakan kemudahan ini. Boleh check kat bawah untuk mengetahui kelayakan anda untuk menyewa rumah transit putrajaya.

Jenis Unit
Kelayakan
Jumlah Unit
Kadar (Semalam)
Semua
21
RM 70.00
Gred 48 Ke Atas
1
RM 150.00
Semua
2
RM 30.00
Semua
2
RM 30.00
Semua
4
RM 20.00
Semua
4
RM 20.00


Anda boleh menempah secara online di website seperti dinyatakan di atas.

Selamat melancong..




1 comment:

Peminat Tanaman said...

kunci dia bagi satu set je ke?