Nufnang Ads

Monday, October 27, 2014

LRK 2014.....go smkdjh go

Pada  16 Okt 2014 yang lalu team editor video smkdjh telah dijemput menghadiri majlis penyampaian hadiah LRK 2014 peringkat zon utara di Sunway Hotel Penang.

Pelajar2 ini telah menyertai  pertandingan membuat video pendek  bertema jalur lebar untuk pendidikan yang dianjurkan oleh SKMM.

Kami hanya dijemput ke majlis ini tetapi tidak dimaklumkan mendapt tempat keberapa. Nama tersenarai sudah cukup bagi saya kerana kami dari sekolah luar bandar. Kami  juga tidak ada peralatan atau gajet canggih untuk menghasilkan video yang bermutu.

Saya pinjamkan Nikon D90 saya untuk shooting. Edit pun pakai notebook 1 Malaysia jer...

Dari gerak hati sudah dapt saya rasakan dan tekaan saya tepat. Kami hanya mampu mendapt tempat ke 5 . Pelajar2 mendapt sijil penyertaan dan wang tunai RM500.

Syukur....
sekurang2nya kami dapt pengalaman yang tidak dapt dibeli dengan wang ringgit.

Walaupun begitu, saya amat berbangga dengan 4 hero smkdjh yang mampu mencatat nama dlm senarai SKMM.

Insyaallah kami akan masuk lagi tahun hadapan. 

Go smkdjh go...










Tahniah Ikmal, Irwan, Badrul Iqmal...
Cikgu sangat berbangga dengan kamu semua...

Terima kasih buat Ikmal yang belanja tengok movie. Dracula Untold...best juga sebab dah berkurun tak masuk panggung...

No comments: