Nufnang Ads

Monday, August 18, 2014

Reu SMDSA 7882

Tak habis lagi cerita raya..

Pada 4 Syawal yang lalu, ex-SMDSA 7882 telah set reu raya kata rumah saya. Kebanyakannya tidak pernah jumpa sejak lepas SPM tahun 1982. Kami dipertemukan  kembali dengan bantuan kecanggihan media sosial pada hari ini.  Pelbagai tajuk dibualkan termasuklah kenangan indah zaman persekolahan. Kebanyakan alumni telah berjaya dalam kerjaya masing2 dan bekerja di serata Malaysia termasuk di luar negara. 

Terima kasih alumni SMDSA 7882 dan famili yang sudi bertandang. Tak sangka ramai sangat yang datang. Rasa sangat terharu kerana ramai juga yang memandu dari JB, Muazam, Rembau dan KL semata2 untuk memeriahkan lagi reu kali ini. Maaflah andai ada kekurangan. Semoga ukhwah kita sentiasa berkekalan.

Terima kasih tidak terhingga buat anak2 dan suami yang menolong menyiapkan juadah dan melayan tetamu . Juga terima kasih kepada alumni yang membawa juadah istimewa terutama Sofiah dan suami yang membawa yee mee terbaikk untuk dijamu kepada kawan2.

Semoga jumpa lagi...



cerita apa tu?

baju merah, pegawai JPJ, 2 lagi guru, baju hitam kat Singapore

Tajul, Amiludin, Hanafi, Dr Mizah, paling kiri anak Tajul

dari Muazam , terima kasih Yati

33 tahun tak jumpa, Hanafi  isteri


Alumni & Famili

Alumni SMDSA 7882
actually ramai lagi, depa sampai lewat cameraman dah balik
paling kanan Midon (cameraman TV3)






Pn. Presiden, Dr. Mizah & Pn Sofiah

sumber gambar: 
Lensa kamera Hamidon Samsu Cameraman TV3
terima kasih Midon

No comments: