Nufnang Ads

Saturday, April 27, 2013

Saya sudah, anda bagaimana?

Saya sudah pun menunaikan tanggungjawab saya sebagai pengundi berdaftar. hari ini saya telah pangkah calon pilihan saya. Siapa? Parti mana? rahsia la... mengapa saya mengundi awal? Jawapanya, kerana saya adalah petugas SPR untuk PRU 13 nanti. Jadi saya mengundi secara pos supaya tugas2 pada hari tersebut tidak akan terjejas.

Bagaimana untuk menjadi pengundi pos? Kita kena isi borang memohon undi pos, lepas itu kertas undi akan dihantar ke alamat kita melalui surat berdaftar. malangnya masa posmen datang saya bekerja, posmen tidak akan menyerahkan kertas undi selain kepada penerimanya. Jadi, saya terpaksa memungut sendiri surat saya di pejabat pos.

Dalam surat itu, ada dua sampul surat kecil yang mengandungi kertas undi DUN dan PARLIMEN. Lepas itu, bolehlah pangkah ikut pilihan anda. Di samping itu ada dua borang pengesahan mengatakan kita adalah pengundi sah , kita kena isi dan minta tandatangan seorang saksi (sapa2 boleh). Dah siap, isi balik dalam sampul dan poslah ke alamat yang telah siap ditulis disampul.

Harap2 undi saya selamat sampai dan boleh membantu calon saya untuk MENANG.

Pengalaman ini sungguh bererti, kerana saya pasti tidak semua orang dapat  pengalaman ini...

beza pengundi pos dengan pengundi biasa - pengundi pos tidak perlu dicalit jari dengan dakwat tetapi pengundi biasa tidak akan dibenarkan mengundi selagi jari telunjuk kiri tidak dicalit dakwat...

SELAMAT MENGUNDI








pink untuk negeri, putih untuk parlimen


kertas undi

Dam ular special...

Pernahkah  anda main dam ular? best kan... teringat zaman kanak2. kalau yang tak teror main dam biasa tu, selalunya dam ularlah jadi pilihan. Dah lama tinggalkan zaman tu...

Tapi, baru2 ni kami suami isteri terpaksa main semula dam ini, dek paksaan si bongsu. Amir dapat dam ular ini semasa menghadiri Minggu Saham Malaysia di dewan 2020. Dah dia tak ada kawan, kami terpaksa melayan... Ini gelagat siayah dan anak bongsunya. Nampaknya ayah yang terlebih excited...

Dam ini special, kerana dibuat berdasarkan 10 rahsia pelabur bijak. Sambil bermain dapatlah juga pengetahuan tentang pelaburan..






 o som dulu...

ayah  mula dulu 

Thursday, April 18, 2013

Bahang PRU 13

Nak kempen ke? @ nak jadi calon... Masih ada peluang ye, hari penamaan calon belum lagi kan!
Itu semua bukan agenda ya . Hari Isnin lepas, semua petugas PRU 13 melawat pusat mengundi, termasuklah saya. Tanpa kami PRU 13 jalan wooo..orang penting gitu.. Datuk Seri Najib pun tak boleh mengundi kalau tak ada kami...


Sebelum ni, semua petugas PRU telah menghadiri kursus, rasanya bulan Mei thn lepas. Tunggu punya tunggu tak juga pilihanraya. Lama sungguh Datuk Seri nak dapat ilham, kursus pun expired... Kursus pun boleh expired rupanya, ingatkan makanan aje.. Maka bln Nov terpaksa hadir kursus ulangan. Nasib baik kali ini tak expired...


Skrg kami bersedia 100 persen untuk bertugas pada 5 Mei nanti. Kebanyakan petugas adalah guru2 dan ada juga dari jabatan2 lain.


Hari ini, kami sekali lagi diberi penerangan tentang tatacara proses mengundi, takut lupa.. Memang dah lupa pun...memori  dah lemah... Lepas tu dibawa melawat tempat nak bertugas. Bincang susun atur kerusi meja dan pembahagian tugas dalam bilik mengundi. Nasib baik bertugas di sekolah sendiri, tak la kelam kabut sangat..
Diakhiri dengan sikit jamuan ringan...


MARILAH MARI
MARI MENGUNDI


Tunaikan tanggungjawab anda dengan bijak!

Kami sedia berkhidmat untuk kesejahteraan semua..



bincang pembahagian tugas...


pakai tie tu KTM ( ketua tempat mengundi), cikgu Mohshin

KM ( kerani mengundi)

makan time...

Wednesday, April 17, 2013

Tasik Melati

Tasik Melati kini merupakan salah satu destinasi pelancongan terkenal di negeri Perlis yang sentiasa menjadi tumpuan bagi aktiviti riadah dan rekreasi keluarga. Tasik ini terletak di Jalan Santan, 10 KM dari Bandar Kangar. Dulu2 kami selalu berjogging kat sini, ada trek jogging yang mengelilingi tasik Cantik!

 Asalnya adalah tasik semulajadi yang terbiar, tapi telah bangunkan oleh JPS Perlis sebagai taman rekreasi. Kini kawasan ini dikenali sebagai Taman Rekreasi Tasik Melati dengan  pelbagai kemudahan seperti wakaf rehat, taman permainan kanak-kanak, tandas, surau, tempat letak kereta, dan gerai makanan. Kami juga selalu makan mee kuah kat sini, sedap...

Minggu lepas, kami ke sini sekali lagi untuk makan mee kuah tapi agak kecewa kerana kuantitinya sangat ciput tapi harganya pula mahal, tapi rasanya masih sama. Dah lama jugak tak ke sini. banyak dah berubah. lanskapnya lebih menarik, bersih dan sangat sesuai untuk beriadah..


nampak macam kat China la pulak..

tandas pun cantik..

MPK, awat buat lagu ni...




jambatan yang cantik

surau yang selesa


anda boleh bersiar2 kat atas jambatan tu... atau boleh juga memancing

lanskap yang cantik



mee kuah di gerai no. 1

Tuesday, April 16, 2013

Gajet dapur

Tak perlu kata apa2..

Saturday, April 13, 2013

Rhino Walk MSAM 2013

Hari ini kami menyertai Rhino Walk MSAM bermula di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis. Rhino Walk ini diadakan sempena minggu saham Malaysia di Dewan 2020. Seawal 6.30 pagi kaunter pendaftaran telah dibuka. Sebanyak 5,000 helai Tshirt percuma disediakan kepada yang mendaftar awal . Kami antara orang terawal sampai di lokasi. Semangat gitu! Di samping itu ada juga topi, kipas dan goodie bags yang berisi cupcake, roti dan air kotak juga diberi kepada setiap peserta. Tshirt pun cantik..yang  penting free.

 Meriah! Ramai rakyat Perlis yang hadir memberi sokongan. Peserta hanya berjalan sejauh 4.4 km yang mengambil masa kira2 60 minit sahaja. Suka2 jalan beramai2, sambil berexercise...

Ada juga 50 cabutan bertuah, antaranya maountain bike, laptop, tablet, hp, unit saham, hamper dan sebagainya. Saya tak faham mengapa dinamakan rhino walk, tak nampak rhino kat mana2 pun, sila google ye.. Apapun terima kasih kepada semua penaja..


Tshirt kuning, merah, topi, kipas dan makanan

keluarga cikgu Suziah.. tengok tu.. yang comel2 pun rhino walk jugak..




excited..



keluarga bahagia cikgu Surina tidak ketinggalan memberi sokongan dalam rhino walk


memperaga baju baru..



Friday, April 5, 2013

Wafer lagi...

Hari ini angin rajin telah kembali. Itupun sebab ada angah yang memang rajin memasak. Ini kira kali kedua buat wafer ni. Kali ini lagi bagus dan lagi sedap. Saya guna tepung segera yang dibeli dari kedai barang2 kuih. Senang dan mudah, yang pasti hasilnya memuaskan hati. Buat apa nak pening2 kepala nak adun segala bagai bahan... Dan belum tentu jadi. Harga tepung ini RM15.50. Beli kat kedai Yon Hin di pekan Kangar. Kalau orang Perlis tentu sedia maklum akan kedai ini kan!

Resepinya ada kat paket tu, sila patuhi arahan. Tepung ini banyak, kalau nak buat sikit sila bahagi dengan betul ye... Saya hanya buat 1/4 sahaja. Dapat lebih kurang 12 keping..

Kalau ikut resepi kat paket tu:
1750g tepung
1750 ml air
180 ml minyak masak
10 biji telur

Cara:
Campur semua bahan, pukul hingga sebati.
Sedia untuk dibakar.
lepas tu letak la topping kegemaran anda!

* ada kawan pesan, gunakan air ais supaya hasil lebih memuaskan.
tapi saya lupa...

inilah tepungnya..






Tuesday, April 2, 2013

Trip ke Vietnam - 23-260313

Pada awal cuti sekolah yang lalu, saya berkesempatan mengikuti trip ke Vietnam. Dengan tambang murah Airasia kami bertolak dari airpot kepala batas ke LCCT dan dari LCCT ke Saigon yang memakan masa lebih kurang 2 jam. Lebih kurang 2 petang kami selamat menjejak kaki di bumi Vietnam. Kami menaiki teksi ke hotel An Tham. Hotel An Tham ini sangat strategik kerana berdekatan dengan restoran halal, dekat dengan pasar Ben Tanh dan pasar malam. Di kawasan berdekatan juga terdapat banyak deretan kedai yang boleh shopping. Rasanya inilah pecutian yang paling selesa untuk shopping.

Selesai check in kami terus ke restoran kampung Melayu kerana masing2 kelaparan. macam-macam jenis makanan ada disini seperti tomyam, siakap tiga rasa, aneka kerabu, pelbagai masakan ala carte. Rasanya boleh tahan, tapi harganya agak mahal. Untuk pengetahuan semua makanan di Vietnam agak mahal. Saya minum 1 gelas teh o ais dan kawan saya minum teh ais harganya 80 000 dong. lebih kurang RM 11 1 gelas.

Sejurus selepas makan, kami dah mula shopping di sekitar hotel, pasar ben tanh lebih kurang 100 meter je dari hotel. apa lagi kami pun serbu, tapi suasana dalam pasar sangat panas dan sangat tidak selesa. Mood untuk membeli terus down, ditambah lagi dengan kerenah penjual yang agak agresif. boleh tarik2 tangan kita lagi, Awas dengan peniaga kat sini, kalau anda telah tawar menawar tapi tak jadi beli, mereka akan maki hamun....lagi pun kami masih banyak masa, hari ini sekadar tengok2 je dulu...

Sebelah malam kami shopping pula kat pasar malam. Mak ooii... ramainya orang Malaysia, seolah2 kita berada di pasar malam Jalan TAR. Peniaganya boleh berbahasa Melayu walaupun agak pelat dan mereka juga menerima RM. Barang2 yang dijual di sini seperti baju kurung bermanik2 tu, jubah, tudung, beg, cenderamata dan macam2 lagi la... heran sungguh saya, kebanyakan mereka menjual barangan orang muslim seperti baju kurung, tudung dengan pelbagai gaya sedangkan mereka non muslim. Pasarannya semata2 kepada orang malaysia. Jika anda berminat nak beli tawarlah sehingga 50-70%. 

Keesokan hari, kami ke Sungai Mekong. Lebih kurang 2 jam dari Ho Chi Minh. Kami menaiki bot ke pulau, di pulau tersebut ada macam2 aktiviti seperti minum teh madu, lepas tu dia suruh kita beli le...tapi tak beli pun tak apa, pergi tengok cara buat candy kelapa, lepas tu singgah pula di satu tempat di mana mereka sediakan minuman dan buah2an, dihiburkan pula lagu2 rakyat mereka termasuklah lagu bila rasa gembira versi Vietnam. best jugak...Di pulau ini juga ada jualan barang2 cenderahati seperti t shirt, beg, key chain dan macam2 lagi yang boleh kita beli untuk dibawa pulang. Di sini lebih murah berbanding pasar Ben Tanh.

Selepas itu barulah dibawa menyusuri sungai Mekong. Di kiri kanan sungai tumbuh meliar pokok nipah. Pendayungnya lebih ramai wanita berbanding lelaki. Kuatnya mereka menongkah arus demi sesuap nasi..

Kami disediakan makan tengah hari di sebuah restoran dalam kawasan masjid, nama tempatnya tak pasti pulak. Kebanyakan yang mengikuti pakej ke Mekong akan makan di restoran ini. Selepas itu, kami singgah pula di Pasar Ben Tay. Di sini banyak kain ela, berjenis kain cotton, lycra dan juga sutera vietnam. harganya berpatutan. Cotton sepasang 7 USD.

Hari ketiga, kami ke War Museum dan aktiviti shopping sepanjang hari.

Di sini saya turunkan beberapa tips jika anda ingin ke Vietnam sebagai panduan..

Tips  ke Vietnam:

1. Tak tukar duit pun tak apa, mereka terima RM
2. Jika anda tak berminat hendak membeli, tak payah tanya harga, nanti depa maki kalau tak beli.
3. Kepada sesiapa yang nak ronda2 Ho Chi Minh dengan motor yang banyak dekat2 hotel tu, baik tak payah, mereka kuat penipu, ahli rombongan kami sudah terkena, janji lain tapi dia minta lebih, pastu siap suruh bubuh minyak lagi, dia pusing2 tempat sama aje.
4. Kalau nak naik teksi,naik ramai2, depa ni juga tipu, lebih baik jika ada orang lelaki
5. Jaga beg, handphone dan kamera anda sebaik2nya. kerana keadaan di sini sangat sesak..
6. Awas dengan pengilat kasut, ketika anda asyik mengilat kasut nanti ada rakan mereka akan meragut beg. Perkara ini dipesan seorang peniaga muslim di sini.
7. Sebelum datang belajarlah sedikit cara convert duit ke USD atau Dong kerana mereka akan cuba menipu jika anda lemah matematik..
8. Bawalah bekal makanan kerana makanan di sini mahal...
9. Jangan sesekali memakai barang kemas..
10. Berhati2 ketika melintas, kerana di sini lebih banyak motor berbanding kereta, mereka akan muncul bila2 masa, takut tak sempat elak..

Apa pun pengalaman di sini best, barang2 murah cuma makan je mahal...

bandar Ho Chi Minh
tempat penginapan kami, agak selesa, harga pun murah, yang paling best sebab dekat dengan kawasan membeli belah




tudung layer2 ni banyak sangat, harga sekitar RM20-30


Jubah RM45


handmade alas kaki

popia, sarapan yang disediakan semasa ke Mekong. sedap dan mengenyangkan


restoran ni opposite dengan hotel. Ramainya orang Malaysia makan kat sini


kat Mekong

bunga tu handmade



kuatnya dia...



di sinilah kami makan semasa pulang dari Mekong

teh madu- percuma

kurung cotton manik RM45-50

di Mekong juga

Tempat beli kain ela





pasar Ben tanh






pasar malam



war museum




Setakat sini saja, tak larat nak cerita, kalau nak tahu lebih lanjut silalah tempat tiket ke sana. Murah aje, kami belanja untuk tambang pergi dan balik dari Alor setar dan hotel cuma RM750 je..pakej ke Mekong kami ambil di Vietnam (ni kira lain)...makan minum, shopping dan jalan2 di sini tanggung sendiri...