Nufnang Ads

Sunday, January 20, 2013

Mengikis Onak (Dyamim Bahari) - Book review

Mengapa saya buat book review? Sebabnya buku ini adalah karya teman sekerja iaitu Cikgu Dyamim Bahari. Beliau seorang guru tingkatan 6 dan teror dalam penulisan novel. Sebelum ini Novel Angin Kasih telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Novel terbaru ini mengisahkan tentang Azrif yang tidak menunjukkan pencapaian yang baik dalam pelajaran setelah berkawan dengan pelajar nakal, ditatang dengan penuh kasih sayang oleh emak dan ayahnya. Tambahan pula Azrif merupakan anak bongsu daripada 3 beradik. Lama-kelamaan Azrif terpengaruh dengan rakan, mula terlibat dalam kes ponteng sekolah...

Apakah yang berlaku pada Azrif seterusnya? Dapatkan novel ini di kedai2 buku berhampiran. Harus la promote ... Sbb saya dah dapat... terima kasih sahabat..

Harganya: RM14.90






PIBG Sk Oran

Hari ini sekali lagi terpaksa menggantikan ayah  Amir untuk hadir ke mesyuarat PIBG SK ORAN. Amir beberapa kali mengingatkan saya supaya hadir ke mesyuarat ini. Mungkin cikgu dia telah warning supaya ramai ibubapa hadir. Saya faham benar taktik ini, sbb sy pun cikgu....

Kehadiran Yg Berbahagia Datin Seri Normala Shamsudin  (isteri ahli parlimen padang besar) menyuntik semangat ibubapa untuk memenuhi dewan. Sekarang trend telah berubah, kalau dulu2 hanya orang2 kenamaan atau wakil JPN saja dijemput untuk perasmian, tapi kini telah beralih arah. mungkin cara ini lebih berkesan untuk menarik minat ibubapa untuk hadir. Datuk Seri Azmi Khalid pun hadir, tapi sekadar menemani isteri tersayang. Ucapan perasmian oleh Datin Seri juga mantap, siap bagi contoh cara dia mendidik anak2 ketika bergelar ibu tunggal. Hadirin  begitu berminat sekali, ditambah pula dengan wajahnya yang cantik jelita.

Acara dimulakan dengan persembahan pelajar2. Mantap! tahniah kepada pelajar dan guru yeng melatih. bukan senang nak latih pelajar yang comel2 ni..





Datin seri Normala 

Datin Seri menjemput Datuk Seri untuk memberi respon kepada hal yang dibangkitkan oleh GB





penyampaian hadiah untuk pelajar 5A UPSR 2012

harap tahun depan Amir antara pelajar yang akan menerima ganjaran ini. Amin.

Saturday, January 19, 2013

Peria lagi..

Belum habis lagi musim peria. layan je la ye..  berkebun adalah antara hobi saya yang tiada penghujungnya. Jadi, rasa teruja setiap kali melihat hasil tanaman ingin saya kongsi di blog ini. Sangat membahagiakan... Peria ini telah ditanam sejak Ogos 2012, sejak itulah dia sentiasa mengeluarkan hasil hingga kini walaupun tak lebat mana. maklumlah penjagaannya ala kadar aje.... tanam rajin, jaga kureng sikit..







adakah anda di luar sana menanam sendiri daun bawang? bagi saya pantang tengok bawang yang tumbuh terus saya cucuk ke tanah. Maklumlah  bawang yang dibeli kalau tak guna lama, akan tumbuh dalam bekasnya kan! kita kan 'rajin memasak'...   


Friday, January 18, 2013

Berbuah sulong

Belimbing buluh dah berbuah setelah 3 tahun ditanam. lambat sungguh.. itu pun setelah dicantas beberapa kali, barulah dia mula mengeluarkan bunga. Hanya beberapa biji untuk buah sulong ini. Tak apalah, baru saya tahu buahnya warna hijau. ingatkan warna kuning. masa saya beli benih di nat balai baru dulu, penjual tu pun tak tau buah warna apa.. 

Saya memang suka masak lemak udang dengan belimbing buluh, sebab itu saya berusaha menanamnya. Berhasil jugak lah..

Terlanjur mengambil gambar belimbing, saya pun snap juga gambar pokok2 lain yang ada di 'ladang' kami. Tengoklah...





3 tahun aku menunggumu...


sangat subur
limau nipis
beli benih dari anak murid
limau kasturi

asin-asin

atau cekor manis


ubi kayu
amra


kacang panjang




cili padi yang hidup dicelah2 limau nipis

Tuesday, January 15, 2013

Fogging

Semburan anti aedes atau fogging telah diadakan di kawasan kejiranan kami. Agaknya ada kes demam denggi  kut... Tak pasti la pulak...

Apapun terima kasih kepada jabatan kesihatan. Diharapkan dengan semburan ini, kawasan ini bebas dari pembiakan nyamuk aedes dan selamat dari demam denggi.




Monday, January 14, 2013

LDP pertama 2013

Awal tahun dah ada LDP. Hebat kan! Ini adalah gara2 sistem APDM dan SMM yang perlu diupdate segera. Kursus ini adalah untuk penyelaras dan semua guru kelas. Semua tension! sabar ye cikgu2, buat slow2 insyaallah semua akan beres.




tension wehh...

mereka tetap ceria..

4 for rm1 budget ciput...

Friday, January 11, 2013

2013 bermula baik..

SMKDJH telah mendapat penggantian komputer baru. Teruja sangat... sebanyak 42 pc, 2 printer dan 2 lcd projecter. Sepatutnya dah lama dapat tetapi tak tahu di mana silapnya....bayangkan pelajar2 menggunakan pc tahun 2002. lembabnya mengalahkan kura2. Selalu saja hang, dan kekadang shut down sendiri. kesian.. Diharapkan tahun ini tidak timbul lagi masalah, pelajar tentu suka, cikgu lebih-lebih lagi...

yang baru

menanti untuk dilupuskan

Sunday, January 6, 2013

Doa yang baik2

Hujan lebat serta angin kencang dijangka melanda negeri-negeri pantai timur akan bermula esok selama tiga hari. Ini bermakna berkemungkinan banjir gelombang ketiga akan melanda. Risau sangat memikirkan along di sana...

Mama dan ayah doakan yang baik2 untuk along. banyak2 bersabar....