Kelmarin, aku telah membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Kangar. Sebabnya, dah hampir sebulan aku rasa pening-pening dan tidak selesa.
Minggu lepas dan buat pemeriksaan tekanan darah di farmasi, tinggi! Aku jadi semakin risau...
Aku selalu bersenam, dalam seminggu 3X pasti aku bersenamrobik ataupun berjogging. Mengapakah tekanan darah masih tinggi!
Mungkinkah kerana faktor umur?... makin meningkat usia, maka makin merosot tahap kesihatan seseorang. Rasa tidak..ramai lagi yang segak bergaya walaupun bergelar nenek.
Mungkin juga kerana faktor pemakanan. Sebagai wanita bekerja, aku akan makan di kantin setiap hari. Seleksi makanan amat terhad, apa yang ada itu yang dimakan. Ditambah lagi, pada waktu malam kami akan makan makanan bergoreng kerana rasa tidak ekonomik untuk masak sebab hanya ada tiga orang di rumah..
Tapi.. itu semua hanya alasan.. sikap kita yang menentukan segala-galanya. Jika kita mahu sihat, pasti kita akan berusaha untuk makan makanan berkhasiat dalam apa jua cara dan bersenam secara lebih konsisten...
No comments:
Post a Comment