Nufnang Ads

Thursday, April 7, 2011

SMKDJH masuk surat khabar...

Tiba-tiba SMKDJH jadi terkenal. masuk surat khabar...Tanpa diduga, disebabkan satu insiden, SMKDJH menjadi berita hangat di akhbar2 arus perdana. juga di kaca-kaca TV. Buletin Utama pun ada...


Aku amat bersimpati atas musibah yang menimpa rakan sekerja, Cikgu M. beliau merupakan warden asrama juga guru disiplin. Dedikasi beliau tidak perlu dipertikai. tetapi peristiwa kelmarin menjadi sejarah hitam kepada Cikgu M, malah seluruh warga Tok Paq.



kelmarin kami didatangi pegawai polis dan hari ini pula pegawai2 JPN. Semuanya kerana anak murid kesayangan kami yang bertindak di luar batasan...



Kesempatan ini diambil sepenuhnya oleh para wartawan, mensensasikan berita. Aku yang berada di sekolah ini pun kurang arif dengan insiden tersebut tetapi orang luar lebih hebat bercerita...sampaikan risau nak ke kelas arobik, takut2 orang bertanyakan hal ini.



Peristiwa ini menjadi satu pengajaran kepada para guru terutama guru wanita. Anda tidak dapat menjangka tindakan yang pelajar anda akan ambil... berhati-hatilah!




Tetapi, saya pasti para guru tidak akan serik, jauh sekali berputus asa untuk mengajar mereka supaya menjadi 'insan'.



Harap2 peristiwa seperti ini tidak akan berlaku padaku kerana aku tidak mampu untuk menghadapinya...




Doaku, lain masa jika SMKDJH masuk surat khabar kerana kecemerlangan pelajarnya bukannya perkara lain ...

No comments: