Nufnang Ads

Friday, March 11, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG SK ORAN KALI KE 34

Setelah dipaksa oleh Amir, aku akur untuk menghadiri mesyuarat agung PIBG SK Oran. Lazimnya tugas ini dipikul oleh ayahnya, tapi hari ini ayahnya mempunyai urusan lain yang lebih penting.



Perasmian oleh YB Khairi ADUN Mata Ayer


penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang UPSR 2010


jamuan ringan diedarkan


Setelah mengikuti mesyuarat ini hingga ke akhirnya, sepatutnya semua ibubapa wajib hadir ke mesyuarat PIBG sekolah anak mereka. Pelbagai input yang kita dapat daripada para guru dan juga PIBG.
SK Oran antara sekolah yang mempunyai kecemerlangan akademik yang hebat di negeri Perlis. Mereka telah menerima anugerah 'new deals' daripada YAB Menteri Pelajaran pada 26 Februari yang lalu menewaskan 3 buah sekolah lagi. Tahniah kepada guru besar, guru-guru serta semua warga SK Oran atas kejayaan ini. Tanpa usaha dan kerja keras anda, kejayaan ini tidak mungkin dapat dicapai.

Sebenarnya, sekolah ini jugalah yang mencipta kecemerlangan kepada anak ketigaku, Muhd Adam Fahmi. Beliau memperoleh 5A dalam UPSR. Selain itu, dia juga menjadi ketua pengawas dan dinobatkan sebagai tokoh murid pada tahun 2008.

Diharapkan Muhd Amir Daniel juga akan mencipta kecemerlangan seperti abangnya dengan bimbingan guru-guru SK Oran.




Terima kasih cikgu!

No comments: