Minggu ini merupakan minggu peperiksaan di sekolahku. Aku ditugaskan mengawas peperiksaan untuk tingkatan 4.
Semasa mengawas kertas PSV seorang pelajar perempuan minta ke tandas. Memikirkan mungkin dia sudah 'tidak tahan', aku membenarkannya. Hampir 40 minit baru dia kembali ke kelas dengan muka selamba. masa menjawab hanya 1 jam, tapi dia tak kisah pun. cukup masa dia juga menghantar kertas jawapan seperti pelajar lain. Apa yang dia jawab, aku tak pasti...
Selepas rehat, aku masuk pula ke kelas lain. 3/4 pelajar dalam kelas tersebut tidur setelah 10 minit masa peperiksaan berlangsung. Aku termangu2 menemani 3 orang pelajar yang tekun menjawab. Terdetik dalam hatiku, aku mengawas peperiksaan atau menjaga pelajar tidur.
Jauh di sudut hatiku, aku amat kecewa dengan senario ini. Bilakah pelajar luar bandar ini akan sedar bahawa ilmu itu sangat penting untuk masa depan mereka.
Aku berdoa semoga sikap pelajar2 ini akan berubah menjelang SPM mereka tahun hadapan. Harap2 doaku dimakbulkan Yang Maha Esa. Amin.
No comments:
Post a Comment