Nufnang Ads

Tuesday, November 23, 2010

Mee Kuah Korban

mee kuah daging korban



Adam, makan dengan berselera....


Monday, November 15, 2010

Hari Raya Aidil Adha

Aidil Adha tahun ini disambut amat sederhana. Hal ini disebabkan Aidil Adha jatuh pada pertengahan minggu. Hari sebelumnya aku masih bekerja. Pulang dari sekolah kira-kira 2.00 petang. berkemas ala kadar, kami bertolak ke Matrikulasi Perlis mengambil anak keduaku, sebelum meneruskan perjalanan ke kampung.

ketika mengisi minyak di pekan Arau, suamiku mengesan sesuatu yang tidak kena dengan kereta kami. Cecair merah mengalir keluar dari bonet depan. banyakkk. "kita kena check". Rupa2nya kipas aircon tidak berfungsi akibat dari meredah banjir tempohari. "mesti tukar", kata mekanik. Nak tak nak, kipas itu perlu ditukar sebelum meneruskan perjalanan. Ingatkan dalam lebih kurang RM200 tapi....(tak perlu dinyatakan). dengan muka kelat suamiku membayarnya.

Kami sampai dikampung kira-kira 5.30 petang. Rumah yang ditinggalkan kosong terpaksa dibersihkan dahulu sebelum menyediakan juadah. Nasib baik aku mempunyai anak2 yang telah dewasa yang mampu membantu mempercepatkan kerja.

Lebih bernasib baik, anak saudara aku, Siti telah membuat ketupat untukku (walaupun aku tidak memintanya, mereka amat memahami...). terima kasih Siti dan kakak iparku, Kak Mah. Aku hanya menyediakan rendang, gulai ayam dan pulut kuning pada malam itu. Itu saja yang mampu disediakan dalam masa yang amat terhad.




hanya ini yang mampu disediakan


siti (tengah)


Siti, Nasuha, angah






anak2 saudara menikmati pulut kuning dan gulai ayam aku



Walau apapun kami tetap menyambut Aidil Adha dengan gembira..

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat islam.

Wednesday, November 10, 2010

Jamuan Akhir Tahun SMKDJH

Jamuan akhir tahun guru dan staf SMKDJH telah diadakan petang tadi di Restoran Rusnani Tom Yam. Tiada cabutan bertuah, tiada acara kareoke, juga tiada sebarang persembahan seperti kebiasaannya. Cuma ada acara penyampaian hadiah kepada guru-guru yang telah bertukar.

Namun begitu, hidangan pada hari ini sangat menyelerakan. Terima kasih kepada AJK BKGK yang bertungkus lumus memastikan jamuan ini dapat diadakan dengan jayanya.










sebahagian daripada menu hari ini



bergambar adalah acara wajib..
cenderamata...












Wednesday, November 3, 2010

Rezeki banjir...

Pak Su (adikku) datang makan tengah hari di rumah. Selepas makan dia ajak kami ronda2 tengok banjir, apa lagi kelam kabut kami bersiap. Inilah pertama kali kami berpeluang ronda tengok banjir, kerana suamiku selalunya sangat sibuk menolong mangsa2 banjir waktu ini. Hari ini masih banyak jalan ditutup termasuklah di simpang SMK Syed Sirajuddin. Jadi kami terpaksa keluar ikut Padang Siding, Pauh dan ke Arau kemudian terus masuk highway Kuala Perlis.


sempat singgah di pejabat Pak Su di UNIMAP



pejabat Pak Su


Arau


Petronas Arau

Shell Arau
Jalan ke Kangar, pandangan dari highway Kuala Perlis




Kuala Perlis



Highway Kuala Perlis



sepanjang highway

Kami tidak dapat memasuki bandar Kangar kerana air masih tinggi di sana. Menurut kata suamiku sekitar hospital air paras pinggang.




Setelah ronda2 Pak Su belanja laksa beras Kak Su di Kuala Perlis. Sedap...



minuman dan pulut udang





laksa beras special dimakan dengan pulut udang.
sepinggan RM3.00


sempat memancing di belakang rumah selepas ronda2. dapat ikan puyu 18 ekor. bestnya...

Inilah yang dikatakankan rezeki banjir...

Monday, November 1, 2010

Sikit je lagi....

pukul 17:15 petangpukul 19:25 malam

Kami dah mula gelabah, sikit je lagi air akan mula memasuki pintu utama ini. di luar tiada tanda-tanda hujan akan reda, rentak dan iramanya juga sama seperti siang tadi. Kami mula mengemas apa yang patut. Barang yang patut diangkat kami telah angkat dan letak di tempat yang tinggi. 2 buah kereta telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Tinggal sebuah lagi yang bodynya agak tinggi.
Walaupun begitu kami terus berdoa dan berharap air tidak akan naik lagi. bertahan...
Sehingga jam 9.20 malam, nampak air dah mula surut walaupun hujan masih turun. kini rentaknya lebih perlahan...
Apabila banjir melanda, masalah lain pula yang timbul. bekalan air terputus pulak. Ditambah pula dari semalam TV tak boleh tengok. Siaran asyik terganggu... bosan. Nasib baik internet ok . Sebab tu la blog ini diupdate selang sejam..
Nak tidur, risau air akan naik semula kerana hujan masih turun... rentak dan iramanya seperti dondang sayang dan canggung. kadangkala perlahan, kadangkala lebih rancak..

Rumahku banjir, sekolahku pun banjir..

Hujan lebat 2 hari berturut2 dengan rentak yang sama menyebabkan negeri Perlis di landa banjir. Dari malam tadi kami sekeluarga dah mula risau kerana dibelakang rumah kami ada parit yang telah dipenuhi air. Ditambah lagi pembinaan rel keretapi berkembar di kawasan ini menyebabkan segala parit dan longkang tersumbat. Bila-bila masa boleh banjir.

Lebih kurang pukul 9 pg rumah jiranku telah pun dimasuki air, tetapi kami masih bernasib baik kerana rumah kami agak tinggi berbanding 2 orang jiran kami . Sehingga jam 4 petang hujan masih turun, air telah pun memenuhi porch kereta depan rumah. Tinggal lebih kurang 2" lagi, air akan memasuki rumah kami. Harap2 hujan akan berhenti...





porch kereta
belakang

di tepi rumah

tepi rumah juga..

di belakang


Depan




tindakan segera membersih parit ini, menyelamatkan rumah kami dri dimasuki air sehingga jam 4.25 ptg, tak tau selepas ini..





Sekolahku banjir...


Gambar-gambar di bawah pula adalah gambar sekolahku, SMK Datuk Jaafar Hassan, Perlis. Juga dilanda banjir menyebabkan peperiksaan akhir tahun telah ditangguhkan.

padang sekolah bagai lautan..


surau



dari tingkat 3 ...




depan sekolah



berhampiran padang, bas kebajikan masyarakat menghantar mangsa2 banjir. Sekolah kami dijadikan pusat penempatan walaupun sekolah kami pun banjir....





Pelajar2 1 Kpg bermain air..



masih boleh bergurau....