Nufnang Ads

Monday, October 19, 2009

Sunday, October 4, 2009

Result Periksa Anak-anakku

Amir telah dapat keputusan peperiksaan pertengahan tahunnya. Dia dapat nombor 9/31. Bagiku pencapaiannya agak baik kerana sifatnya yang sangat manja. Aku tahu dia juga cerdik seperti kakak2 dan abangnya tetapi kerana dia anak bongsu, mama dan ayah selalu cair dengan setiap alasannya.... kami selalu bersikap 'tak apa' jika dia agak liat untuk mengulangkaji pelajarannya. Tapi, aku akan pastikan dia juga mendapat keputusan cemerlang seperti anak-anakku yang lain dalam peperiksaan seterusnya.... Amir pandai kan!!!!

Adam, anakku yang ketiga bersekolah di SMSTSP juga telah mendapat keputusan peperiksaannya. Dia mendapat nmbor 3 di dalam kelasnya dan mendapat nombor 5 dalam tingkatan. Adam sentiasa mengekalkan kecemerlangan dalam setiap peperiksaan sejak di tahun 1 lagi. Tahniah abang! abang memang pandai. Mama bangga dengan pencapaian abang. Keep it up! Abang pun nak study kat oversea kan!!

Afiqah, anakku yang kedua bersekolah di MRSM, Beseri Perlis. Dia kini sedang bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi SPM hujung tahun ini. Dia hanya mendapat 1A dlam 'trial' nya. Keputusan penuh belum kami terima. Mama yakin, angah pasti boleh buat dan akan mendapat keputusan cemerlang nanti. Dengan usaha yang telah angah buat, pasti kejayaan menanti angah. Mama sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak mama. Jangan sesekali berputus asa kerana Tuhan akan memakbulkan doa orang yang telah berusaha tanpa jemu. Mama sayang angah!

Sheha, anak sulungku kini di Australia melanjutkan pelajarannya. Katanya, dia tengah sibuk menyiapkan assignmentnya. You can do it, my dear! Mama, ayah dan adik-adik sentiasa merindui along. Mama doakan kejayaan along. Missed u...

*x p sekolah hari ni, sbb nak melawat pusat pep PMR di SMKDSA, Arau, kul 9.00 nnti.

Tasik Maninjau



Khabarnya tebing tasik ini juga runtuh akibat gempa tempoh hari.

Thursday, October 1, 2009

Tragedi Padang, Sumatera Barat

Bulan Jun yang lalu, ketika cuti sekolah kami guru-guru SMKDJH telah pergi ke Padang dan Bukit Tinggi di Sumatera Barat. Ketika itu kami begitu teruja kerana inilah kali pertama menjejak kaki ke Indonesia. Pemandangannya tidah jauh berbeza dengan Malaysia, cuma rasanya kita 10 kali lebih maju berbanding mereka. Bersyukurnya menjadi rakyat Malaysia. Malam pertama dan kedua kami menginap di Hotel Pusako, Bukit Tinggi. cantik dan agak selesa. Malam ketiga kami ke Padang dan menginap di Hotel Ambacang. 'Welcome drink'nya sungguh menyegarkan....masih segar dalam ingatan.


Tapi, semalam bumi Padang telah dilanda gempa bumi kuat berskala 7.6 Richter melanda Padang dan menyebabkan ramai terkorban dan kemusnahan yang teruk. Hotel Ambacang juga turut ranap.Terfikir... apa akan jadi jika kami masih di sana... syukur Tuhan masih memelihara kami..


Hotel Ambacang di belakang kami.. tinggal kenangan