Bulan Jun yang lalu, ketika cuti sekolah kami guru-guru SMKDJH telah pergi ke Padang dan Bukit Tinggi di Sumatera Barat. Ketika itu kami begitu teruja kerana inilah kali pertama menjejak kaki ke Indonesia. Pemandangannya tidah jauh berbeza dengan Malaysia, cuma rasanya kita 10 kali lebih maju berbanding mereka. Bersyukurnya menjadi rakyat Malaysia. Malam pertama dan kedua kami menginap di Hotel Pusako, Bukit Tinggi. cantik dan agak selesa. Malam ketiga kami ke Padang dan menginap di Hotel Ambacang.
'Welcome drink'nya sungguh menyegarkan....masih segar dalam ingatan.
Tapi, semalam bumi Padang telah dilanda gempa bumi kuat berskala 7.6 Richter melanda Padang dan menyebabkan ramai terkorban dan kemusnahan yang teruk. Hotel Ambacang juga turut ranap.Terfikir... apa akan jadi jika kami masih di sana... syukur Tuhan masih memelihara kami..
Hotel Ambacang di belakang kami.. tinggal kenangan
No comments:
Post a Comment