Nufnang Ads

Monday, July 25, 2011

PERTANDINGAN MEMASAK

Amir masuk pertandingan memasak? biar betul...

Amir telah mencipta sejarah dalam keluarga kerana berani masuk pertandingan memasak anjuran unit ko kurikulum sekolahnya.

Menang pulak tu, lihatlah hadiahnya...

Menunya nasi goreng..













Tahniah Amir!

Monday, July 4, 2011

HADIAH DIRAJA

Hari ini aku umpama dipaksa untuk hadir ke Hari Anugerah Cemerlang SMSTSP. Pengetua meminta aku menggantikan dia dengan alasan aku ada anak yang belajar di sini.




Walaupun abang tidak dapat hadiah pada hari ini, tetapi prestasinya sentiasa membanggakan kami semua. Peperiksaan pertengahan tahun, abang mendapat no 8. Hadiah hanya untuk tempat 1, 2 dan 3 sahaja.




Tetamu kehormat pada hari ini adalah YTM Raja Perempuan Perlis dan YTM Raja Perempuan Muda Perlis.




Majlis berjalan dengan lancar sekali. Sayangnya kami tidak dibenarkan mengambil gambar semasa majlis berlangsung.




Kami disediakan makan tengah hari yang sangat istimewa. sambil makan kami dihidangkan pula dengan nyanyian lagu-lagu sentimental. Mengasyikkan...




Diakhir majlis YTM Raja perempuan telah memberi hadiah kepada kami guru-guru perempuan. Guru lelaki tak dapat... Istimewanya aku mendapat sehelai kemeja batik yang sangat cantik... terima kasih Tuanku. Inilah tuah menjadi wakil pengetua.




Hadiah Diraja ini akan kuberikan kepada suami tercinta...









curi2 ambil gambar...



persembahan koir yang terbaik..



YTM Raja Perempuan dari jauh..






Persembahan anakanda Raja Muda







diplastik pembalut tertulis RM180




Hadiah Diraja..


















Sunday, July 3, 2011

Musim buah kembali

berkelah di dusun memang menjadi rutin apabila tibanya musim buah. Durian telah mula gugur. kebiasaannya durian adalah buah yang pertama yang boleh dirasa, diikuti manggis, rambutan, dokong, langsat dan cempedak.





mengimbas nostalgia lalu, aku akan ke dusun sebaik saja pulang dari sekolah. Mengutip durian yang gugur adalah satu nikmat yang tidak boleh dijelaskan dengan perkataan. Lepas itu, kami adik beradik akan memanjatpula pokok manggis dan juga pokok langsat.



Di setiap musim buah juga, kelas kami di SKKN akan mengadakan kenduri buah-buahan. Setiap orang pelajar yang ada dusun akan membawa buah-buahan yang mereka ada untuk dijamu kepada rakan-rakan serta guru-guru. Musim buah umpama pesta di sekolah waktu itu. adakah fenomena ini masih wujud pada masa kini? aku sendiri tidak pasti kerana telah meninggalkan SKKN lebih 30 tahun lalu..









dulu, kami panjat tak pakai tangga ni...


























Saturday, May 21, 2011

LOST WORLD OF TAMBUN

Pelawaan kawan karib, Pn. Jamilaton untuk ke Lost World of Tambun tidak aku persiakan. Lagipun kami belum pernah ke sana. Amir sangat teruja kerana sudah lama dia mengidam untuk ke sana.

Terima kasih Ton!












































Monday, May 9, 2011

TRIP KE PHUKET

Sempena cuti Hari Pekerja baru2 ini saya berpeluang mengikuti trip ke Phuket, Thailand. Sebelum ini saya takut untuk masuk ke Thailand kerana pergolakan politik dan insiden bom di Hadyai dan selatan Thailand.


Tetapi, melihatkan rakan2 yang selalu membeli belah di Hadyai dan makan angin di Phuket menyebabkan saya berminat untuk ke sana juga.


Sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir 7 jam, suasana amat tenang dan kondisi jalan raya yang bagus tanpa tol melenyapkan rasa takut saya. Thailand maju rupanya..

di Padang Besar


selepas cop passport


van yang kami naiki

breakfast.. wallaa, pedasnya udang padang



singgah makan tengah hari.. Krabi




isi gas


kereta pun guna gas 1/2 harga petrol
stesen gas ada di mana2





zuhur - masjidnya cantik, besar dan sangat bersih. Kalah sesetengah majid di Malaysia


depan hotel


lobby Tiger Hotel


hotel yang unik

kemas



makan malam



4000 baht


malam di Phuket



breakfast di hotel


gems factory



infront of chewnuts factory





Phormthep beach




cantiknya...



Patong beach
pantai yang dilanda tsunami teruk pada 2004


tunggu nak naik bot keliling pulau





makan tengah hari di floating village

atas bot, di belakang adalah Pulau James Bond




batu bersandar

urut kaki 200 baht

saya cuba urutan neck & shoulder pun 200 baht = RM 20.00
bersama tukang urut tu... jika ke Phuket wajib cuba
whole body antara 300-350 baht. murah je..

yang ni pun murah2 - bermula 100 baht ke atas