Nufnang Ads

Wednesday, July 2, 2014

UK pulak??

Wahhh UK pulak??? Adam baru menerima emel dari JPA yang menawarkan biasiswa dalam bidang kejuruteraan di UK. Sebelum ni US (TNB) dan German (MARA). Pening juga ya Adam, kalau diberi pilihan. Susah nak decide mana yang terbaik. Walaupun kini dia sudah menerima tawaran TNB dan sedang belajar di UNITEN, sedikit sebanyak tawaran ini mengganggu emosinya...mengapa tawaran ini datang begitu lewat. Second intake agaknya kerana keputusan semakan sebelum ini dia gagal...

Lagi sekali mama harap abang fikirlah semasak2nya, tanya pendapat rakan2 atau pensyarah...syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan.. berdoalah padaNya semoga ditunjukkan mana yang terbaik untuk abang..Mama dan ayah menerima apa saja keputusan abang kerana mama tahu kemampuan anak mama..


* Ada dakwaan sesetengah pihak mengatakan jika dapat tawaran dari MARA, JPA tak akan panggil lagi . Tapi ia berlaku sebaliknya.. Adam dapat kedua2 tawaran MARA & JPA. Jadi kepada calon2 SPM akan datang jangan ragu dan risau untuk memohon biasiswa dari kedua2 badan ini. Anda berpeluang mendapat kedua2nya jika anda cemerlang.

No comments: