Nufnang Ads

Friday, January 24, 2014

Setelah 32 tahun


Cerita ini adalah cerita lama, kejadian ini berlaku pada 24 Decemberr 2013 yang lalu. Reunion alumni SMDSA tahun 78-82. Hampir 32 tahun kami tidak bertemu setelah tamat SPM pada tahun 1982. Masing2 membawa haluan sendiri. Atas inisiatif Puan presiden alumni, sekarang ni adalah Pensyarah kanan UTM yang begitu bersungguh2 untuk mengumpul semua kawan2, akhirnya terlaksana dengan jaya di Dusun Resort Kuala Nerang Kedah. Hampir 80 orang alumni dan 20 orang bekas guru hadir pada majlis ini. Terima kasih kepada FB dan watsapp yang menjadi wadah utama menghubung kami semua.

Wajah masing2 begitu ceria dan gembira apabila dapat bertemu kembali. Mata sudah rabun, rambut dah makin memutih, gigi ada yang sudah luruh, body dah makin mengembang menyebabkan kawan baik sendiri hampir tidak dikenali.. Untuk mengelak kekeliruan masing2 disediakan nametag. Mengimbau kenangan indah  zaman persekolahan menjadi topik utama perbualan. Tak puas rasanya, sekejap saja masa berlalu.

Pelbagai makanan kampung disediakan termasuk pekasam, jeruk maman, gulai kambing sebagai memenuhi keinginan kawan2 yang sudah lama merantau. Terima kasih kepada pengerusi alumni wilayah utara iaitu Cikgu Tat dan Cikgu Leh yang berusaha bersungguh2 menjayakan reunion wilayah utara. 

Terima kasih juga kepada bekas guru2 kami yang sudi hadir, ada yang sudah pencen namun ramai lagi yang masih bertugas.

Harap2 lepas ni, ada lagi reunion 7882 yang berskala lebih besar. 



Cikgu Shuib yang masih sihat, bekas pengetua kami

cikgu Lah, cikgu BM kami

Cikgu Noor Muhammad, ajar Kimia

Cikgu Bukhori, ajar Geo

Cikgu Hadi (guru kelas semasa tingkatan 1) dan Cikgu Noor Muhammad

Cikgu Tony, Seni Perusahaan

Salina (JKR KL), Zamri ( manager hotel kat Brunei) 


Husna dan Sabariah

Sharifah dan Yati, dua2 cikgu

dua2 businessman, Pazen (kiri, khabarnya dia ada kilang getah di Kemboja) penaja utama majlis alumni

Cik Zun dan Salina,masih cantik jelita walaupun dah lewat 40an..

Cikgu Ishak, ajar Sains paduan semasa tingkatan 3

keesokan, berkumpul di rumah Tat
makan nasi dagang

Mizah (kiri, Presiden alumni 7882) dan sharifah


Semua alumni 7882 telah berjaya dalam bidang masing2, alhamdulillah, ramai yang dah kaya raya dan sudi menaja majlis alumni kita kali ini. Terima kasih..
Semoga jumpa lagi.. 

No comments: