Nufnang Ads

Friday, December 6, 2013

Songkla & Hatyai

Sebelum cuti sekolah yang lalu, kami berpeluang ke Songkla dan Hatyai. Cerita lama...ikut team bola sekolah buat friendly kat sana .Kami menyewa van Siam dengan kadar RM100 seorang termasuk hotel selama 2 hari 1 malam. 

Bertolah dari sekolah sekitar 9.00 pagi terus ke sebuah sekolah di Satun untuk friendly bola. Sambutan yang diterima sangat meriah termasuk dikalungkan bunga. Rasa macam vip...kami juga diberi jamuan ringan sebelum dan selepas perlawanan. Sekolah ini majoriti muslim. 

Selepas friendly, kami terus ke Ice Dome, Hatyai tapi sayangnya tutup pulak, tengah buat renovation. Kami dibawa ke pasar terapung. Peniaga2 menjual makanan dan cenderamata dalam sampan you... mereka akan menggunakan bakul khas untuk menyua makanan dan mengambil bayaran. Macam2 dijual, makanan yang paling banyak. Kebanyakan penjual adalah muslim.

Dari situ, kami terus ke bangkok hotel. Tak payah pegi Bangkok dah..Malamnya pusing2 bandar Hatyai. Happening gila.. window shopping atau mengurut... berlambak orang mengurut dengan kadar yang sangat berpatutan..

Keesokannya, kami meneruskan perjalanan ke Songkla. Melawat Pantai Samila, bergambar dengan duyung..selepas itu ke zoo Songkla. Bestnya zoo ini, boleh masuk dengan kereta.. luasnya...bayaran masuk 100 baht = RM10. Macam2 binatang ada...

selepas membuat satu pusingan, kami mandi pula kat theme park yang ada dalam zoo itu. Tak payah bayar dah.. best..murahnya... masuk zoo dan mandi2 hanya RM10.

Setelah puas mandi, kami kembali ke Hatyai untuk makan dan shopping lagi...

Kembali ke Malaysia sekitar 10.00 malam.


pink smkdjh, putih pelajar siam
seri 2-2

zoo Songkla



dessert.. cantik


 pasar terapung









 show binatang


No comments: