Nufnang Ads

Sunday, August 26, 2012

Kek Lapis Pesona

Kek yang sedap dan sangat mudah dibuat. Semua anak2 suka kek ini. Modalnya lebih sikit le sebab guna cheese tapi berbaloi. Rasanya lebih sedap berbanding tiramisu dari secret recipe. Tak percaya? cuba lah sendiri. Resepi ada di sini. Dah banyak kali buat. terima kasih kepada penyumbang resepi ini.




Amir is 11

25 ogos adalah harijadi si bongsu, Amir Daniel. Cepatnya masa berlalu, Amir dah 11 tahun. Selamat hari lahir amir! Mama harapkan amir akan membesar menjadi anak yang bijak, hebat di dunia dan akhirat. kali ini hari lahir amir diraikan di secret recipe. Along belanja..

dah besar anak mama

budget cake


buat sendiri lagi sedap... lain kali tak payah order..

abang punye.. sedap

favourite amir

terima kasih along ...






Saturday, August 25, 2012

PUDING PULAK...

Tak habis lagi cerita buah naga, maklum la banyak.. kali ini buat puding pulak. Dah puas google cari resepi, tapi tiada yang berkenan, bukan apa banyak sangat bahan2 yang nak guna. Saya nak cari yang simple dan mudah. Akhirnya anak dara saya mengubahsuai puding cocktail yang selalu kami buat. Inilah hasilnya, sangat memuaskan. sedap, manis dan menghasilkan tekstur yang sangat cantik..

setelah percubaan pertama berjaya, buat pulak untuk open house. semua orang suka...kami lagi sukaaa..

first time buat ... untuk berbuka

sebahagian dari bahan2
(agar2, susu cair , buah naga yang didadukan)
dadukan


separuhnya diblend

campurkan 2 biji telur

masukkan buah yang diblend

tuang dalam acuan yang cantik2 tau..

taburkan buah yang didadu

masukkan dalam peti sejuk

Resepi:
(ubahsuai dari puding cocktail, resepi cikgu dalila skc)

Bahan:

1/2 biji buah naga diblend
1/2 lagi buah naga didadu
20 g agar2 tali
2 cawan gula
4 cawan air
2 biji telur
1 tin susu cair

Cara:

masak agar2 + air + gula hingga larut
angkat dan tapis
masukkan semula dalam periuk dan masak lagi
masukkan susu cair
masukkan 2 biji telur yang dipukul sedikit.
 ( semasa masukkan telur pastikan sentiasa dikacau supaya tidak bergentel)
akhir sekali masukkan buah naga yang diblend.
kacau sebentar
angkat dan tuangkan ke dalam bekas
taburkan buah naga yang didadu tu.. taburkan rata2 tau
sejukkan dalam peti sejuk..
siap!

Friday, August 24, 2012

JUS DRAGON FRUIT

agaknya bulan puasa lepas adalah musim buah naga atau dragon fruit.  banyak pulak buahnya walaupun hanya beberapa batang pokok aje yang ditanam oleh abang . dek kerana puasa, tak sempat nak makan. oleh kerana cuaca yang sangat panas , jadi dapatlah idea untuk membuat jus buah naga.


segar dari pokok

dah boleh dipetik

nyaman
sedap...

resepi: (hanya rekaan semata-mata)

1 biji buah naga
1 cawan susu pekat
air secukup

cara:

blend semua bahan
masukkan air batu
siap dan boleh dihidang!

sedap, manis dan nyaman sekali...


GILA BUKAN SEBARANG GILA...

Lihatlah gambar2 di bawah. Ini adalah hobi salah seorang anak sedara saya iaitu mengumpul koleksi tupperware yang terdiri dari pelbagai bentuk dan warna sejak bertahun lalu. katanya dia suka melihat tupperware yang berwarna-warni. Dia tidak akan ketinggalan untuk mendapatkan semua koleksi terbaru. tentu harganya juga ribu riban. 

Hanya orang yang mempunyai  minat sama aje yang tahu akan nilainya. ada ke orang yang mempunyai hobi serupa?  tentu ada, entah2 lebih teruk lagi kan...Yang anehnya, dia bukan ahli pun sehingga kini...ini bukan sebarangan gila, tanjung rambutan pun tak terima ni. buatlah apapun asal bahagia...

kebanyakan koleksinya just for display only

atas peti ais

ruang tamu

kabinet dapur

atas kabinet... hanya ini yang digunakan

ruang makan

tepi bilik air

ruang tamu
ruang tamu lagi....

ada banyak lagi yang saya tak sempat shoot... masih dalam plastik pun ada

Thursday, August 16, 2012

SELAMAT HARI RAYA

Salam aidil fitri terutama untuk sanak saudara  di Melaka,  Negeri Sembilan, KL, PP, Kedah dan Perlis. Tidak dilupakan kwn2 yang mengenali kami sekeluarga. dengan rendah hati kami memhon ampun dan maaf andai ada tersilap kata tersalah bicara.

Jemputlah ke rumah kepada kwn2 di perantauan yang berkesempatan pulang ke kampung..

Wednesday, August 8, 2012

Ayam goreng berempah

Minggu lepas kami sekeluarga berpeluang berbuka puasa di rumah kakak kat Jitra. Kakak ni memang pakar memasak. Antara hidangan hari itu ialah ayam goreng berempah yang garing dan sangat sedap. Teruja saya..jadi minta la resepinya. Biasalah resepi yang diberi tak ikut sukatan, main campak2 je..

semalam saya pun try. Inilah hasilnya..



serdaknya kurang, kena lebihkan rempah ratusnya...

Berikut adalah resepinya sebagai rujukan di masa akan datang. kalau tulis dalam buku sahih cari tak jumpa nyer...
* sukatannya agak2 je.., kalau terkurang atau terlebih sila adjust sendiri..

Bahan2:
1/2 ekor ayam
1 senduk cili kering kisar
2 sudu besar rempah kari daging
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
serbuk kunyit
garam
gula
daun kari
minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Ayam diperap bersama garam dan kunyit sekejap.
2. Kisar bawang besar , bawang putih, serai dan halia.
3. Campurkan cili kering, bahan kisar dan rempah kari ke dalam ayam.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Perap beberapa jam, kemudian goreng dengan minyak yang banyak.
6. Angkat ayam bersama serdak dan toskan. siap!



Tuesday, August 7, 2012

Giliran kacang panjang pula..

Musim bendi dah berakhir, tiba pula giliran kacang panjang. Semua menu guna kacang panjang dari ulam sampailah ke gulai. Sayangnya kacang ini tak ada junjung, cuma melata di pagar ( kacang moden la katakan..). yang pasti ianya tetap subur dan berbuah lebat. Puas rasanya dapat memetik kacang segar sambil terhendap2 dicelahan daun untuk mencari buah yang matang. Selepas ini insyaallah peria pula...
kacang panjang dah berbuah..

kacang yang melata..





peria pula menunggu giliran