Nufnang Ads

Thursday, November 1, 2012

PERIA mengambil tempat...

Terlalu lama rasanya tak update blog. Sebenarnya banyak yang nak diceritakan tetapi keadaan kurang mengizinkan. selepas pulang dari Sarawak, banyak juga aktiviti jalan2 selepas itu. gambar2 juga masih belum transfer dari kamera. dah la banyak kamera yang guna tak termasuk hp lagi. semua faktor ini menyebabkan rasa nak update blog makin lembap.

Hari ini tiba2 mood nak update berkobar2 walaupun  baru je sampai dari USM jam 5.30 ptg tadi. Saya dan 4 pelajar telah menghadiri Computer Science Community Awareness & Education Week 2012. Letih yang amat. 4 hari penuh dengan aktiviti termasuk shopping...(nanti cerita kemudian).

Lazimnya, bila saya letih dan otak tepu saya sering keluar untuk melihat pokok2 di 'kebun'. dah lama pokok2  ini dibiarkan berdikari tanpa belaian tuannya. Nasib baik pokok2 saya jenis yang sangat sporting. macam faham je kesibukan tuannya. Ingat tak lagi dengan post saya bulan ogos yang lalu? peria menunggu giliran..Apabila melihat hasil di kebun semangat saya berkobar2 untuk masukkan dalam blog...

Pokok peria saya telah mengeluarkan hasil pertama. 2 minggu lepas saya telah membalut peria ini agar tidak diserang serangga. jika tidak balut, peria akan busuk tanpa sempat membesar.


peria ini bukan yang pertama, yang pertama dan busuk diserang serangga apa entah...

 cantik kan! walaupun tanpa baja peria ini masih menjadi...

balut macam ni baru selamat...

nak masak hari minggu ni..

satu lagi...

saje nak tunjuk rosemary yang baru beli dari Cameron Highland...

1 comment:

~~**ExYrA**~~ said...

peria saya bila nak membesar most of them jadi kuning.bila belah tgk ada ulat.tau x cara nak avoid perkara ni berlaku?