Nufnang Ads

Monday, September 17, 2012

KURSUS ASAS FOTOGRAFI ALAM 2012

Pada 15 September yang lalu saya bersama cikgu Dee dan seorang pelajar telah menghadiri kursus asas fotografi alam anjuran FRIM Perlis. Bergambar dan mengambil gambar adalah menjadi hobi saya sejak dulu. Pantang nampak kamera je, saya akan berposing dan saya juga suka merakamkan setiap momen indah yang berlaku di sekitar saya, kerana detik yang terlepas tak mungkin kembali kecuali dengan gambar..

Kursus ini bagai orang mengantuk disorongkan bantal, tambahan pula saya baru membeli kamera DSLR dari cikgu NE. Dia baru je beli tapi tak mau pakai. Saya hanya mampu beli yang terpakai je..

Kami didedahkan dengan pelbagai perkara baru tentang kamera, termasuk mengenali fungsi2nya serta teknik2 mengambil gambar yang betul. Selain itu, kami wajib menjalani latihan praktikal di bawah bimbingan En. Asmar dan En Yusni. Selama ini pakai hentam je... susah rupanya..

Terima kasih kepada FRIM Kepong dan FRIM Perlis yang menganjurkan kursus ini secara percuma. Semuanya besttt, penceramah yang hebat, makanan yang sedap dan layanan kakitangan FRIM yang sangat mesra. Lain kali boleh jemput kali lagi ye...

mengambil gambar model

cikgu dee yang dah pro..
(baju biru- cara orang pro ambil gambar)

syafiq bertungkus lumus menyiapkan tugasan

pelbagai gaya wei...

inilah sifu (penceramah), En. Asmar seorang pengarah filem
gaya je lebih...

peragaan kamera

No comments: