Nufnang Ads

Tuesday, August 17, 2010

Uniknya Nama AHMAD TARMEZE

Mungkin kerana salah dieja oleh pegawai pendaftar kelahiran dulu, menyebabkan nama suamiku dieja begitu. Dek kerana keunikan nama ini menyebabkan kawan2 kelas Amir telah membawa keratan akhbar 16 Ogos 2010 (salam perantauan) ke sekolah. Kawan2nya mahu memastikan bahawa gadis yang berbintikan AHMAD TARMEZE yang terdapat dalam akhbar hari itu mempunyai pertalian darah dengan Amir.
Apabila Amir mengiyakan, bahawa gadis itu adalah kakaknya, kecoh satu kelas (menurut cerita Amir la..). Aku terfikir, mungkin Amir merasa sangat bangga kerana kakaknya yang belajar di luar negara menjadi perhatian kawan-kawannya. Oleh kerana keunikan nama ayahnya, menyebabkan orang lain mudah mengenalinya tanpa perlu memberitahu mereka.

No comments: