Nufnang Ads

Tuesday, February 9, 2010

Setahun Sudah...

Hari ini genap setahun anak sulungku meninggalkan kami sekeluarga untuk melanjutkan pelajarannya di Australia. Rasanya masa begitu cepat berlalu, terasa bagai semalam baru kami menghantar dia ke lapangan terbang...
Namun begitu, kadang kala perasaan rindu begitu menebal seolah-olah sudah bertahun-tahun dia meninggalkan kami. Syukur, kecanggihan teknologi kini membolehkan kami sentiasa dapat berhubung sekaligus menatap wajahnya melalui skrin komputer. Kami dapat bersembang serta bergurau senda bagaikan dia berada bersama-sama kami....
Along, belajar rajin-rajin. Mama dan ayah sentiasa merindui along. Kami semua tidak sabar menunggu kepulangan along akhir tahun ini. Mama mendoakan along sentiasa dilindungiNya serta tabah menghadapi setiap dugaan di rantau orang. I love you so much!!!

1 comment:

ijad said...

cantik blog..