Nufnang Ads

Saturday, March 16, 2013

Sedondon

Kesibukan sepanjang minggu lepas amat memenatkan. Bertugas sebagai AJK statistik dalam kejohanan bolajaring MSSPs menuntut kesabaran yang tinggi. Setiap hari habis 7.00 petang. Ditambah pula hari ini adalah hari ganti persekolahan. Nasib baik hari ini pengetua membenarkan pulang lebih awal. Dapat la berehat sikit... rehat ke?

Tak rehat punnn, petang tadi kami berjalan2 ke Alor Setar. Ini addalah rutin biasa apabila ada kelapangan. Jalan2, makan2 dan window shopping, pastu balik.. dalam pada itu, beli la juga 2 pasang baju kat nagoya...

ambil duit dulu...
baru terperasan, anak & ayah sedondon hari ini..

Wednesday, March 13, 2013

Padang Besar, Perlis

Ini adalah aktiviti Jumaat lepas. lama dah tak ke Padang Besar. Saja jalan2, Perlis ni kecik aja, tak banyak tempat untuk jalan2. Balik2 Kuala Perlis, Wang Klian, Gua Kelam, Bukit Air, Taman Ular. 

Hari Jumaat ramai orang Kedah turun ke Padang Besar sebab depa cuti. Meriah la jugak kat aked padang besar tu..

Tak ada yang dibeli kecuali amir dan ayahnya membeli t shirt T 90 yang tengah popular tu. saya sekadar membeli makanan dan 5 peket perencah makanan Thai. Agak pelik , tak ada perasaan nak beli apa2, mungkin juga sebab selalu sangat ke sini, tiada lagi yang istimewa di mata saya.













semasa balik singgah sat di Dataran Terinai


Tuesday, March 12, 2013

Titian Kasih Mega


Program titian kasih mega 2013 di smkdjh telah berjalan dengan lancar. Penat lelah membuat persiapan rasanya berbaloi. Setinggi2 penghargaan kepada DYTM Tuanku berdua kerana sudi mencemar Duli turun ke SMKDJH. Pada tahun 2009 dulu tuanku juga pernah ke sini. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Tuanku suka ke SMKDJH kerana pemandangannya yang cantik, dikelilingi bukit2 ...

Tuanku telah merasmikan gelanggang tenis dan bilik guru baru. SMKDJH ada gelanggang tenis tu...rasanya SMKDJH adalah satu2nya sekolah luar bandar di Perlis yang ada gelanggang tenis. Lepas ni cikgu2 sini boleh main tenis le...Tuanku juga telah melancarkan Tabung Wira Lahad Datu untuk perwira2 kita yang sedang berjuang di Sabah. Semoga sumbangan kecil kami dapat membantu keluarga2 mangsa.

Jom tengok...








Cantik..









rehearsal

menanti..

nampak tak bukit di belakang... cantik kan!





saat yang paling manis

















Perasmian gelanggang tenis






view yang menarik..