Ini adalah aktiviti Jumaat lepas. lama dah tak ke Padang Besar. Saja jalan2, Perlis ni kecik aja, tak banyak tempat untuk jalan2. Balik2 Kuala Perlis, Wang Klian, Gua Kelam, Bukit Air, Taman Ular.
Hari Jumaat ramai orang Kedah turun ke Padang Besar sebab depa cuti. Meriah la jugak kat aked padang besar tu..
Tak ada yang dibeli kecuali amir dan ayahnya membeli t shirt T 90 yang tengah popular tu. saya sekadar membeli makanan dan 5 peket perencah makanan Thai. Agak pelik , tak ada perasaan nak beli apa2, mungkin juga sebab selalu sangat ke sini, tiada lagi yang istimewa di mata saya.
semasa balik singgah sat di Dataran Terinai
No comments:
Post a Comment