Nufnang Ads

Thursday, April 2, 2015

Baron Hotel Langkawi

Seiapa yang hendak ke Langkawi bolehlah menginap di hotel ini. Lokasinya berdekatan dengan jeti dan Pekan Kuah.

Pemandangannya cantik, boleh nampak laut terbentang luas dan berdekatan pula dengan Taman Lagenda.

Biliknya ok dan bersih, cuma breakfast agak terhad variasi makanan. 
Pada sebelah malam, banyak gerai2 makanan di sekitarnya. Ada nasi kukus dan ayam berempah terbaik...

Kepada kaum wanita, beberapa meter dari hotel ini ada gedung pinggan mangkuk Ram's. Mudah, selepas shopping boleh hantar terus ke bilik.











Wednesday, April 1, 2015

Berjogging di Taman Lagenda Langkawi

Kisah ni berlaku lebih sebulan yang lalu. Saya bersama suami ke Pulau Lagenda hanya untuk suka2... makan angin. Kebetulan penginapan kami Baron Resort berdekatan dengan taman Lagenda ini. Jadi, kami mengambil kesempatan untuk morning walk di sini memandang ramai warga Langkawi berjogging di sini.

Best jugak, sambil berjalan2 kita boleh melihat arca dan tugu2 yang menceritakan sejarah Langkawi.