Nufnang Ads

Saturday, February 7, 2015

Berbudi pada tanah..

Pada masa kini, negeri2 di utara mengalami musim panas dan kering. 


Angin kering pula bertiup kencang pada sebelah petang manakala pagi pula sejuk menikam hingga tulang som som.

Orang utara menggelar musim ini adalam musim timuq atau winter wind. 
Pada musim nilah mempelam harum akan mula berbunga dan akan mengeluarkan hasil sekitar April..

Berbalik kepada entri saya hari ini, byk tanaman dan bunga2 mati dek kekeringan melampau...

Namun begitu, masih ada yg terus mengeluarkan hasil...
hati saya akan berbunga riang tatkala melihat semua ini..


Tak rugi berbudi pada tanah

l
lemon yang boleh dipetik...




ada yang sanggup landing kat tanah....




belimbing buluh yang tak pernah jemu
berbuah lebat..

sesiapa yang nak sila pm saya....
percuma jer...
kita kongsi rezeki dari yang Maha Esa

rezeki dikongsi bersama dgn makhluk  Allah yg lain....
Alhamdulillah

Wednesday, February 4, 2015

CH lagi...

Ini pun cerita December 2014...

Kali ke 2 ke CH bagi tahun 2014. Ini adalah kerana kehendak suami untuk membawa sibongsu kerana kali pertama pergi Amir di asrama... Kali ini Adam pulak tak boleh join kerana study..

Susahnya nak kumpulkan semua... begitulah bila anak-anak dan besar...

Walaupun berulang kali ke sini, ia tetap meninggalkan memori indah..



















Monday, February 2, 2015

Pulau Lagenda

Percutian Disember 2014 baru nak publish... just sebagai kenang-kenangan. Berblog hanya untuk suka2, tiada apa yang hendak dikejarkan. Ada mood dan punya kelapangan barulah update..

Island hoping di Pulau Lagenda. Dengan kos RM260 kami sekeluarga menaiki bot untuk menikmati panorama indah destinasi pelancongan tersohor ini 

Menyusuri Sungai Kilim yang kini di kenali sebagai Kilim Geoforest . Melihat hutan paya bakau , sambil melihat monyet2 bersantai dan meronda ke dalam Gua Kelawar . Begitu banyak sekali kelawar bergantungan di dalam gua ini . Eagle feeding di tengah-tengah sungai Kilim. Memberi makan sendiri burung tersebut .

Akhir sekali memberi makan ikan dalam sangkar yang besar2 serta jinak sekali. Membasah tekak di restoran terapong dengan kos yang boleh tahan.. 

Perjalanan ini mengambil masa sekitar 3-4 jam.

Sebenarnya, saya lebih suka island hopping pakej ke Pulau Dayang bunting tu, bestt...Kilim ni sedang2 jer..