Nufnang Ads

Tuesday, July 30, 2013

Siakap Stim

Siakap stim ini adalah juadah berbuka saya pada Ramadan ke 20. Sebelum ni, kalau beli siakap lazimnya saya akan masak sweet sour atau pun sambal kerana itulah menu kegemaran anak2. Jemu dah aihh... Kali ini cuba buat stim pulak. Hasilnya agak memuaskan. Amir pun suka... tapi sebenarnya dia lebih suka masak sambal ler..

Saya hanya review blog2 masakan, tapi bila masak saya buat ikut suka.. mana yang ada yang masuk je.. lagi satu, saya tak guna pengukus pun, malas nak keluarkan. Saya guna gajet dapur kesayangan saya iaitu pemanggang ajaib. Ajaib le sangattt. Kalau malas tak jadi ajaibnyer...



Resepinya lebih kurang macam ni...

1 ekor siakap
2 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 biji tomato
1 batang karot
garam
daun sup
2 sudu minyak masak
2 cawan air
Limau nipis

Caranya:
Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan serai yang dihiris. Tak tumis pun tak apa. Setelah kuning masukan air, agak2 je..
lepas tu masukkan sos tiram ,sos ikan dan garam. Biarkan mendidih.
Masukkan ikan dan karot. Biarkan mereneh sekejap. Kalau guna pemanggang ajaib sekejap je ikan dah masak. Last sekali masukkan tomato yang didadu. Biarkan 1 minit. Kemudian masukkan jus limau nipis. Adjust rasanya ikut selera anda.
Siap. Taburkan daun sup semasa menghidang..

Ini namanya resepi ikut suka....

Monday, July 29, 2013

Mood raya telah mari...

Seperti kebiasaannya SMKDJH mengeluarkan sampul  raya versi sendiri. Bukan bank atau syarikat korporat je yang boleh buat, sekolah pun boleh tau... Cikgu NEZ yang rajin buat benda ni. Rasanya dah 4 tahun kami mempunyai sampul raya sendiri. Semua guru dan kakitangan akan mendapat 30 sampul secara percuma, kalu nak lebih kena beli la.. 10 sampul RM2, murah kann... Bukan senang nak buat, ada lencana lagi..

Kami juga dapat tambahan 20 sampul lagi sumbangan cikgu NEZ. Sampul pusat tusyen dia. Promo la tu... Tak kisah le asalkan percuma... Sekarang tengah fikir nak cari isi sampul pulak.. sabar menunggu  RM500 masuk, then boleh isi..




kartun raya..

tu dia lencana SMKDJH





sumbangan cikgu NEZ.. terima kasih

Tuesday, July 23, 2013

Nasi Daging

Saya bukan pandai dalam hal buat nasi berperisa ni. Nasi lemak dan ayam aje yang biasa saya  buat, yang lain2 tu rasa macam susah aje. Memandangkan bulan puasa ni tahap kerajinan memasak agak tinggi, teringin lak nak cuba resepi yang tak pernah buat. Tambahan pula bila tengok resepi nasi daging ini, nampak macam mudah. Nak try le. 

Kelmarin saya pun cuba dan hasilnya memuaskan. Saya hanya buat 2 cawan beras aje, sebab yang nak makan hanya bertiga. Resepinya saya ambil dari blog Cahaya Cintaku. Saya suka blog ini kerana dia tunjuk langkah demi langkah. Sesuai sangat bagi orang macam saya.Mudah faham... Izinkan saya copy dan paste kat sini sebagai rujukan..

saya bukan blogger masakan, bab plating bukan perkara utama
terus snap dari dalam periuk je...

saya gandingkan nasi ini dengan air asam yang ambil dari blog ini juga, 
tapi lupa pulak nak snap


Bahan utama ( utk 6-8 org makan ):
~ 5 beras basmathi atau beras biasa/wangi

Bahan utk menumis di hiris nipis :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan2 lain :
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter/marjerin
150 ml susu cair
2 sudu besar sos tomato/tomato puri
sup bunjut adabi
bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
1 sudu besar serbuk kurma 
garam secukup rasa 
 2 kiub pati ayam knorr
air secukupnya..

Langkah pertama :
rebus daging kiub  bersama 7 cawan air , sup bunjut, rempah kurma ... rebus sampai daging empuk

Langkah seterusnya :
 masukkan butter dgn minyak sapi

Tumis bhn hirisan, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.. tumis sampai layu..
Kemudian, masukkan 2 sudu besar tomato puri.. kacau rata.

Masukkan pula susu cair.. kacau lagi..
akhir sekali, masukkan air rebusan daging bersama dagingnya sekali ke dalam periuk tumisan tadi.
 sukat dulu airnya.. guna pot sukatan beras td,  air rebusan dlm 6 pot saja kalau guna beras basmathi.

masukkan 2 kiub pati ayam knorr

Tuang terus ke dalam periuk nasi yg berisi beras td... masak nasi mcm biasa.. utk beras basmathi, level sukatan air bg 5 pot beras adalah di nombor 7
gembur2kan nasi tu sila guna garfu
siap dan boleh dihidangkan.

Sunday, July 21, 2013

Suatu petang di Kangar

Alkisahnya pada petang semalam kami  berbuka sambil berkelah di Pekan Kangar. Orang lain berbuka kat hotel atau restoran tapi kami sekeluarga berbuka di kaki bangunan KWSP berhampiran dengan stesen bas ekspres. Sapa pernah sampai kat situ? Cantik ke tempat tu?.. sampai sanggup pi berkelah  bagai... rasanya tak ada orang lain yang sanggup buat kerja macam kami , kiranya mencipta sejarah tersendiri... Awat jadi lagu tu...

sebabnya...

Along nak balik ke Terengganu. Basnya pukul 8.00 manakala waktu berbuka di Perlis adalah 7.40. Dari rumah nak ke Kangar mau 15 minit juga. Tak sempat nak berbuka di rumah. Jadi, kami pun ambil keputusan bawa semua makanan dan berkelah di sini. Best juga.. memasing makan bertambah. Beralih tempat agaknya.. Ramai juga yang tersengih2 tengok makcik dan pak cik bukan main berselera makan. Apa pun yang penting happy!


ikan bakar, gulai ayam + rebung dan bendi goreng..itu je

Masak cili api ketam dan nenas

Masak lemak ini saya buat 2 hari lepas setelah berpusing2 memikirkan nak masak apa. Kebetulan ada nenas lebihan masak pajeri tempohari. Maka jadilah resepi tak semenggah ni..boleh la dari tak ada kannn...

snap dari dalam periuk..
RESEPI:

Bahan2:

3 ekor ketam 
1/2 biji nenas
10 biji cili api
1 inci kunyit hidup
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar ikan bilis
1/2 sudu kecil garam
sehelai daun kunyit
sebatang serai 


Cara:
1. Blend cili api, kunyit, bawang putih, bawang merah dan ikan bilis.
2. Nenas dikupas,  celur sekejap dengan air panas, kemudian toskan - supaya kuah tidak terlalu masam nanti.
3. Masukkan bahan yang diblend ke dalam periuk dan masak hingga agak kering.
4. Masukkan pula ketam, kacau dan biarkan agak kering. Masukkan serai yang diketuk.
5. Masukkan santan, kacau selalu supaya santan tidak berketul.
6. Setelah mendidih barulah masukkan nenas dan daun kunyit yang dicarik2. Masukkan garam secukupnya.
7. Biarkan sekejap. Siap!

* tujuan masukkan ikan bilis yang diblend adalah sebagai perasa bagi menggantikan aji no moto- petua mak mentua saya.

Friday, July 19, 2013

Kuih Bingka Pemanggang Ajaib

Ini adalah kali pertama post tentang makanan sepanjang Ramadhan ni. Tak masak ke? Masak le... tapi biasa2 je... sebenarnya kuih di bawah ni pun biasa2 juga, tapi sebab mudah dan cepat nak buat jadi saya  nak share kat sini. Rasanya pun sedap, walaupun tak berapa cantik..Orang yang malas macam saya ni nak yang mudah2 je... entah bila la nak rajin ni...

Kuih ni bakar pakai pemanggang ajaib. Kejap je dah siap. kebanyakan surirumah ada benda alah ni kan.. Kalau tak ada pun tak apa, bakar je pakai oven. Resepi ni saya dapat dari facebook. Tak jumpa pula sapa punya link. Saya mohon share kepada empunya resepi ye...


terlebih hangit pulak..

Kuih Bingka Pemanggang Ajaib

Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
3 cawan santan (2 santan kotak + 1 cawan air)
3 biji telur
2 sudu besar mentega
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau/pandan paste
Sedikit bijan

Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Gaulkan hingga sebati.

Sapukan pemanggang dengan sedikit minyak dan masukkan adunan yang telah diadun.

Taburkan bijan. Bakar 15 minit pada suhu sederhana panas dan selepas itu di balikkan dan bakar lagi selama 5 minit.

Untuk dapatkan permukaan sedikit garing bolehlah biarkan lama sedikit.


Wednesday, July 17, 2013

Calon2 nyer ialah.....

Macam2 yg dilakukan oleh pihak sekolah untuk memotivasikan pelajar. Cara SK Oran buat ni sangat menarik. Mereka telah memasang banner yang menunjukkan gambar calon2 yang ditarget untuk mendapat 5A dalam UPSR 2013. Gambar ini terpampang di pintu masuk ke sekolah, sudah tentu ia menjadi tatapan semua pelajar, guru-guru serta ibu bapa yang menghantar dan menjemput anak mereka. Secara tidak langsung ia juga akan menjadi pendorong kepada pelajar2 lain agar suatu hari nanti gambar mereka pula akan terpampang di situ. Ibu bapa yang gambar anak mereka ada dalam banner itu sudah pasti beribu2  kali berbangga  kannn...

Seramai 25 orang pelajar yang disasar dapat 5A dalam UPSR nanti. Sekolah ni pun kecik je. Selaku ibu bapa saya amat kagum dengan GB dan guru2 SK Oran yang berusaha bersungguh2, merancang pelbagai aktiviti agar sasaran mereka tercapai. Semoga usaha mereka dipermudahkan...

Kepada pelajar2 tahun 6 yang tiada dalam gambar, bukan bermakna anda tidak dapat mencapai kecemerlangan kerana semuanya belum pasti. Masih ada masa untuk terus melipatgandakan usaha agar 5A dalam genggaman anda!

Kepada anak2 yang ada dalam gambar, ini bukan bermakna anda sudah selesa atau semakin leka, kerana sebenarnya ia tidak menjanjikan apa2 sebaliknya teruskan usaha untuk membuktikan bahawa anda memang layak mendapat 5A. Jangan sekali-sekali menghampakan harapan guru2 serta ibu bapa anda ... Bersyukurlah kerana guru2 percaya akan kebolehan anak2..

BUKTIKAN!



cuba zoom.. kat mana Amir...

* saya amat bersyukur kerana sibongsu Amir Daniel ada dalam gambar. Semoga Amir betul2 dapat 5A nanti. Mama amat yakin Amir mampu menjadi seperti kakak2 dan abang...Teruskan usaha!