Nufnang Ads

Monday, July 15, 2013

Orang Kampung

Musim buah di Kedah dan Perlis adalah sekitar Jun dan Julai. Tahun ini buah2an begitu menjadi berbanding tahun lepas. Sayangnya buah2an ini masak ranum pada bulan puasa. Banyak mana sangat yang boleh makan dalam masa yang terhad ini..

Durian dah nak habis, langsat dan dokong dah makin ranum, ada yang telah gugur ke tanah, begitu juga manggis yang makin hitam kulitnya. Cempedak baru mula masak. Boleh makan goreng cempedak setiap hari la bulan puasa ni.. 

Sayangnya, anak2 tak dapat balik. Bagi saya pada musim buah ni teringat sangat kat anak2 yang gemar makan buah2 dari dusun sendiri. kalau ikut nak beli berlambak durian, manggis atau rambutan dipasar2 malam... tapi tak sama dengan buah2an yang dipetik sendiri... pengalaman memungut durian yang gugur tak sama dengan yang dibeli. Letih memanjat manggis atau langsat adalah nikmat yang tak terhingga..sakit digigit kerengga tatkala memetik rambutan juga tidak terasa. Pengalaman ini tak mungkin dapat dibeli dengan RM... nikmatnya menjadi orang kampung...


langsat menguning

durian kampung


'geruk' (sarung cempedak) - dibuat dari daun kelapa, untuk memastikan buah cempedak cantik menawan

rambai yang masih hijau

manisnya dokong..


durian dah gugur..cepat kutip!

Saturday, July 13, 2013

Sepanjang Jalan Kenangan...Penang Road

Cewahhhh...macam tajuk lagu pulak... Kesempatan menyusuri Penang Road pada akhir Jun lalu mengembalikan kenangan lebih 25 tahun lalu. Nostalgik gitu.. Dulu2 jalan nilah tempat kami 'bermain2'. Dari Transfer Road kami berjalan beramai2 untuk ke Sekolah Convent Light Street untuk latihan practikal. Masa tu jalan pun tak terasa...masih muda belia... 

Apa yang saya perhatikan, tak banyak yang berubah di kawasan ni, semuanya masih sama...  Bangunan lama masih kekal. Mungkin hanya owner yang bertukar tangan.

Tempat pertama yang saya tuju adalah Pasar Chowrasta. Sebab apa tau... kerana dulu2 di sinilah kami membeli bahan2 mentah untuk memasak. Kat sini juga tempat saya turun bas mini untuk pulang ke rumah sewa. Sekarang ni, kat sini terkenal sebagai tempat  orang beli jeruk sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Selain itu,  boleh shopping kain baju kat bazar di sebelah Chowrasta. Kat sini anda juga boleh cuba cendol Penang yang selalu masuk tv tu..Di Penang Road ada juga pasaraya Mydin, dulunya bangunan ini adalah panggung wayang, agaknya Mydin tak wujud lagi kut masa tu..

Saya juga tak melepaskan peluang menyusuri Campbell Street. Kat sinilah saya beli baju nikah dolu tu2...teringin nak pi balik, puas saya cari kedai tu tapi tak jumpa. Maybe dah tutup kut....Banyak kedai yang menjual pelbagai barangan, termasuklah pakaian,kasut, kedai cenderahati dan juga kedai nasi kandar. Kalau datang sini  cuba lah makan kat kedai Nasi Kandar Hameedia. Walla..kata orang le, tak tahu pulak saya kerana saya tak begitu gemar makanan mamak ni..

Hasrat hati nak jalan terus hingga ke Komtar, tak jauh pun dari sini. Tapi jalan sibuk sangat. Dah tu kena panjat jejantas tinggi untuk lintas. Tak jadi la..Dulu2 takde nyer jejantas, pakai redah je..  

2 hari di Penang Road adalah pengalaman yang sangat awesome!!! sebabnya.. kalau datang bersama suami, tak mungkin saya dapat 'berfoya2' macam ni...shhhhh






anda boleh cuba sup kambing istimewa kat sini...

ada orang buat tunjuk perasaan kat depan balai polis trafik
berdepan pasar chowrasta..







lukisan beca di dinding kedai







I love Penang...







Friday, July 12, 2013

D-Code Camp 7 @ Penang

SMKDJH dan 5 buah sekolah  zon Utara  telah menyertai D-Code Camp atau Coding Camp di Bayview Hotel, Georgtown, Penang bermula 26-30 Jun yang lalu. Sekolah2 tersebut ialah SMK High School, Bukit Mertajam, SMK Convent Alor Star, SMK Sg Layar Sg.Petani, SMK Gunung Rapat, Ipoh, SMK Convent Trancisian, Ipoh dan SMKDH, Perlis. Oii.. gerun tengok sekolah2 lain, semuanya sekolah yang tersohor termasuklah ada yang bergelar sekolah kluster. Kamilah satu2 sekolah yang mewakili negeri Perlis dan 'tidak ada nama' pulak tu...

Semua perbelanjaan ditanggung oleh StartupMalaysia.org termasuk pengangkutan dan makan minum sepanjang perjalanan. Bas datang ambil kami seawal 7.45 pagi untuk ke Penang. Bas besar tu hanya bawa kami 11 orang je... siap boleh main aci ligan dalam bas. Seronok sungguh budak2 tu..Sampai di Penang kami singgah ambil pelajar High School BM.

Semasa pendaftaran, kami diberi beg yang berisi 3 helai Tshirt untuk dipakai sepanjang camp, pendrive 4G, alat tulis dan buku nota. Selesai je pendaftaran para pelajar terus je diberi makan di restoran hotel. Makan 6 kali sehari. Sampai nak muntah tengok makanan hotel ni selama 5 hari. Sedap tapi cepat jemu...dasar orang kampung..

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang 5 hari itu. semuanya best. Pelajar2 diajar coding menggunakan  HTML, Phyton, Ruby, CSS dan Javascript. Mereka kena buat personal website dan membentang idea generation untuk projek selepas camp.

Walaupun pelajar saya bukan aliran IT tetapi mereka telah menunjukkan kesungguhan dan minat yang sangat tinggi, berdisiplin dan mampu bersaing dengan rakan2 yang lain.. sebagai guru pengiring saya sangat berbangga dengan pencapaian mereka. Walaupun kami adalah sekolah luar bandar tetapi Ikmal telah diangkat sebagai potential Coder manakala As sebagai Indipendent Coder. Tidaklah kami pulang dengan tangan kosong...

10 orang je dalam bas besar ni..

pemenang team building

Tahniah Ikmal dan As... kamu membanggakan cikgu..

Show untuk dinner...aci2 buka pintu

explore race

hospital...Irwan terpaksa ke hospital kerana sakit dada. nasib baik tidak ada apa2...
Risau sungguh saya...

tekun..
laptop disediakan sorang satu..

fasi yang sangat friendly

main godek2..


presentation by Ikmal...
bila present dia dah tak tau cakap Melayu... bantai orang putih semua..


view dari level 7

bersungguh2...



aktiviti team building

abang Syah ..camp leader..

SMKDJH boleh!






bersama pengarah projek dan camp leader..

Dinner... tema jersey

terima kasih fasi..
fasi berbaju hitam, kami warna warni..


Happy dah habis..