Nufnang Ads

Tuesday, April 2, 2013

Trip ke Vietnam - 23-260313

Pada awal cuti sekolah yang lalu, saya berkesempatan mengikuti trip ke Vietnam. Dengan tambang murah Airasia kami bertolak dari airpot kepala batas ke LCCT dan dari LCCT ke Saigon yang memakan masa lebih kurang 2 jam. Lebih kurang 2 petang kami selamat menjejak kaki di bumi Vietnam. Kami menaiki teksi ke hotel An Tham. Hotel An Tham ini sangat strategik kerana berdekatan dengan restoran halal, dekat dengan pasar Ben Tanh dan pasar malam. Di kawasan berdekatan juga terdapat banyak deretan kedai yang boleh shopping. Rasanya inilah pecutian yang paling selesa untuk shopping.

Selesai check in kami terus ke restoran kampung Melayu kerana masing2 kelaparan. macam-macam jenis makanan ada disini seperti tomyam, siakap tiga rasa, aneka kerabu, pelbagai masakan ala carte. Rasanya boleh tahan, tapi harganya agak mahal. Untuk pengetahuan semua makanan di Vietnam agak mahal. Saya minum 1 gelas teh o ais dan kawan saya minum teh ais harganya 80 000 dong. lebih kurang RM 11 1 gelas.

Sejurus selepas makan, kami dah mula shopping di sekitar hotel, pasar ben tanh lebih kurang 100 meter je dari hotel. apa lagi kami pun serbu, tapi suasana dalam pasar sangat panas dan sangat tidak selesa. Mood untuk membeli terus down, ditambah lagi dengan kerenah penjual yang agak agresif. boleh tarik2 tangan kita lagi, Awas dengan peniaga kat sini, kalau anda telah tawar menawar tapi tak jadi beli, mereka akan maki hamun....lagi pun kami masih banyak masa, hari ini sekadar tengok2 je dulu...

Sebelah malam kami shopping pula kat pasar malam. Mak ooii... ramainya orang Malaysia, seolah2 kita berada di pasar malam Jalan TAR. Peniaganya boleh berbahasa Melayu walaupun agak pelat dan mereka juga menerima RM. Barang2 yang dijual di sini seperti baju kurung bermanik2 tu, jubah, tudung, beg, cenderamata dan macam2 lagi la... heran sungguh saya, kebanyakan mereka menjual barangan orang muslim seperti baju kurung, tudung dengan pelbagai gaya sedangkan mereka non muslim. Pasarannya semata2 kepada orang malaysia. Jika anda berminat nak beli tawarlah sehingga 50-70%. 

Keesokan hari, kami ke Sungai Mekong. Lebih kurang 2 jam dari Ho Chi Minh. Kami menaiki bot ke pulau, di pulau tersebut ada macam2 aktiviti seperti minum teh madu, lepas tu dia suruh kita beli le...tapi tak beli pun tak apa, pergi tengok cara buat candy kelapa, lepas tu singgah pula di satu tempat di mana mereka sediakan minuman dan buah2an, dihiburkan pula lagu2 rakyat mereka termasuklah lagu bila rasa gembira versi Vietnam. best jugak...Di pulau ini juga ada jualan barang2 cenderahati seperti t shirt, beg, key chain dan macam2 lagi yang boleh kita beli untuk dibawa pulang. Di sini lebih murah berbanding pasar Ben Tanh.

Selepas itu barulah dibawa menyusuri sungai Mekong. Di kiri kanan sungai tumbuh meliar pokok nipah. Pendayungnya lebih ramai wanita berbanding lelaki. Kuatnya mereka menongkah arus demi sesuap nasi..

Kami disediakan makan tengah hari di sebuah restoran dalam kawasan masjid, nama tempatnya tak pasti pulak. Kebanyakan yang mengikuti pakej ke Mekong akan makan di restoran ini. Selepas itu, kami singgah pula di Pasar Ben Tay. Di sini banyak kain ela, berjenis kain cotton, lycra dan juga sutera vietnam. harganya berpatutan. Cotton sepasang 7 USD.

Hari ketiga, kami ke War Museum dan aktiviti shopping sepanjang hari.

Di sini saya turunkan beberapa tips jika anda ingin ke Vietnam sebagai panduan..

Tips  ke Vietnam:

1. Tak tukar duit pun tak apa, mereka terima RM
2. Jika anda tak berminat hendak membeli, tak payah tanya harga, nanti depa maki kalau tak beli.
3. Kepada sesiapa yang nak ronda2 Ho Chi Minh dengan motor yang banyak dekat2 hotel tu, baik tak payah, mereka kuat penipu, ahli rombongan kami sudah terkena, janji lain tapi dia minta lebih, pastu siap suruh bubuh minyak lagi, dia pusing2 tempat sama aje.
4. Kalau nak naik teksi,naik ramai2, depa ni juga tipu, lebih baik jika ada orang lelaki
5. Jaga beg, handphone dan kamera anda sebaik2nya. kerana keadaan di sini sangat sesak..
6. Awas dengan pengilat kasut, ketika anda asyik mengilat kasut nanti ada rakan mereka akan meragut beg. Perkara ini dipesan seorang peniaga muslim di sini.
7. Sebelum datang belajarlah sedikit cara convert duit ke USD atau Dong kerana mereka akan cuba menipu jika anda lemah matematik..
8. Bawalah bekal makanan kerana makanan di sini mahal...
9. Jangan sesekali memakai barang kemas..
10. Berhati2 ketika melintas, kerana di sini lebih banyak motor berbanding kereta, mereka akan muncul bila2 masa, takut tak sempat elak..

Apa pun pengalaman di sini best, barang2 murah cuma makan je mahal...

bandar Ho Chi Minh
tempat penginapan kami, agak selesa, harga pun murah, yang paling best sebab dekat dengan kawasan membeli belah




tudung layer2 ni banyak sangat, harga sekitar RM20-30


Jubah RM45


handmade alas kaki

popia, sarapan yang disediakan semasa ke Mekong. sedap dan mengenyangkan


restoran ni opposite dengan hotel. Ramainya orang Malaysia makan kat sini


kat Mekong

bunga tu handmade



kuatnya dia...



di sinilah kami makan semasa pulang dari Mekong

teh madu- percuma

kurung cotton manik RM45-50

di Mekong juga

Tempat beli kain ela





pasar Ben tanh






pasar malam



war museum




Setakat sini saja, tak larat nak cerita, kalau nak tahu lebih lanjut silalah tempat tiket ke sana. Murah aje, kami belanja untuk tambang pergi dan balik dari Alor setar dan hotel cuma RM750 je..pakej ke Mekong kami ambil di Vietnam (ni kira lain)...makan minum, shopping dan jalan2 di sini tanggung sendiri...

Monday, April 1, 2013

Birthday Party?

Hari ini birthday saya dengan cikgu Imy Suhaila. Kami berkongsi tarikh yang sama, cumanya perbezaan 10 tahun. Nampak sangat dah tua....Cikgu Imy bersungguh-sungguh nak buat makan2 untuk kawan2. Dia ni pandai masak. Maka, hari ini  terlaksanalah birthday party kecil-kecilan. macam budak2 eh..siap potong kek lagi...

kebetulan, tema pink




guest...


hadiah dari suami tersayang...

hadiah dari BKGK
lolipop tu pemberian Pn Anne


tak tau dari siapa, diletakkan atas meja tanpa nama, nanti siasat esok

Terima kasih semua atas ingatan dan ucapan. doa saya untuk birthday kali ini semoga diberi kesihatan yang baik, dikuatkan iman, diberikan keluarga bahagia, dimurahkan rezeki dan diberikan kejayaan untuk anak2. Hanya padaMu aku berserah... bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan...

Saturday, March 30, 2013

Di penghujung cuti - Swiss Inn Sg. Petani

Cuti sekolah sudah di penghujung. Cepatnya masa berlalu.

Hari ini kami menghantar angah ke rumah kawannya di sungai petani. Mereka ada SBE kat sini.
Di kesempatan ini , kami pun mengambil peluang untuk bercuti. Kami bermalam di swiss inn sungai petani. Dah bberapa kali duduk kat sini. Sebabnya suka dengan poolnya yang luas. Keseronokan anak2 adalah keutamaan ....

Selain itu, ada wifi dalam bilik. Sesetengah hotel tu ada kat lobby je.... Dekat pulak dgn shopping complex spt tesco, village mall dan juga amanjaya mall yang baru buka tu...nak makan pun senang, banyak gerai dekat2 hotel ini. lagi satu, dekat juga dengan carnival theme park, boleh bawa anak2 bersukaria... Tiket pun murah...

Beria2 promote ni, dpt bilik free ke? Tak ada la, cuma nak tolong kawan2 yang mungkn
 nak datang SP. Khidmat masyarakat...




Wednesday, March 20, 2013

Kebun bunga

Hari ini projek membuat kebun bunga. Siapa yang berkebun? bukan saya ya, saya sekadar mengusulkan aje... Saya lebih gemar menanam sayur2 berbanding pokok bunga. Mood menanam bunga ini datang kerana cikgu Jusa memberi 5 batang pokok palm kepada saya. Dek kerana diberi percuma, rasa bersalah juga kalau tak menanamnya.

Jadi, kami pun memulakan projek, langkah pertama ke kedai membeli pasu dan tanah. Mak aiii, mahalnya pasu... Sesampai di rumah suami pun memulakan projek, saya sekadar mandur...Harap2 pokok ini akan hidup subur. Cikgu Jusa siap bertaruh, kita tengok pokok siapa lebih subur nanti, katanya. Mana aci... dia cikgu sains pertanian, saya hanya mandur...









Tuesday, March 19, 2013

Sangat kreatif

 Mulai 2 minggu lepas setiap kelas dibekalkan senaskah suratkhabar. Tujuannya untuk menggalakkan pelajar membaca untuk menambah pengetahuan, disamping itu dapatlah mereka mengetahui hal ehwal semasa. Diharapkan para pelajar dapat mengaplikasikan apa yang dibaca dalam penulisan karangan ataupun subjek2 lain. Sungguh murni tujuan program ini.

Tetapi....

Semasa saya mengajar di sebuah kelas tingkatan 2, kelas kedua paling hujung, mereka membuat origami sedangkan saya mengajar tatabahasa. Pada awalnya mereka memberi tumpuan pada apa yang diajar, sesetengah daripada mereka telah siap latihan yang diberi, jadi saya memberi peluang untuk mereka membuat aktiviti sendiri. Sedang asyik saya menanda latihan pelajar yang telah siap, yang lain2 itu membuat benda di bawah ini menggunakan suratkhabar yang dibekalkan. Keratifkan depa ni...kelas yang hujung2 ini memang tidak minat membaca tetapi mereka mempunyai daya imaginasi yang tinggi.... kadang2 membuat saya pening kepala dengan karenah mereka... sabar ya cikgu!

kononnya pedang + sarung dan 2 batang kayu golf dalam bekasnya...

kayu golf dan bola

ada tak rupa pedang dan kayu golf?


kadang2 kagum juga dengan kebolehan mereka ni...

Saturday, March 16, 2013

Ada orang beli ke?

Hari ini sekali lagi kami ke nat pokok getah. Biasa la, jalan2 sambil beli sedikit barang keperluan.
Semasa jalan2 tu, saya sangat tertarik dengan barang yang dijual di 2 gerai ni. Unik! Tapi ada orang beli ke ? Mesti ada kannn, sebab tu mereka jual...



kelas you... beli kereta kat nat...

banyaknya kereta2 kecil. Ini adalah kereta terpakai ye!
 Macam2 model, warna dan bentuk. Ada ke orang beli kereta2 ni?
mungkin  punya peminat tersendiri...lupa pulak nak tanya berapa harga...



2 gambar di atas adalah gerai menjual barang2 terpakai yang sangat lusuh. dah la lusuh, kotor pulak tu..
ada pinggan, piring, botol2 kaca, kasut, tayar dan sebagainya. Pinggan mangkuk tu penuh dengan tanah, habuk dan kekotoran lain, Sekali tengok macam kat tong sampah. kalau ya pun nak jual, bersihkanlah dulu... Tapi ramai juga yang sedang belek2 tu.. nak beli la kut...macam2 cara mencari rezeki..

first time breakfast kat nat seumur hidup saya. Not bad...