Nufnang Ads

Friday, March 8, 2013

My beautiful school

Hari ini seluruh sekolah negeri Perlis diwajibkan buat program gotong royong my beautiful school. Jadi, cikgu2 bekerja 6 hari la minggu ni. Tujuannya untuk membersih dan mencantikkan sekolah. Program ini seolah2 serampang 2 mata untuk warga SMKDJH. Kami semua boleh menyambung membuat persiapan menyambut Raja nanti.

 Lagi satu, SMKDJH juga akan menjadi tuan rumah kejohanan bola jaring MSSPs 2013 bermula hari Isnin ini berlarutan hingga Jumaat. Sibuk2... pagi sambut Raja, petang kejohanan bola jaring pula... Sapa kata cikgu kerja sekerat hari?

Tak apa lah, kami semua menurut perintah...kalau tak mau buat, tak payah jadi cikgu...

bersedia nak kutip sampah

cikgu yang beria2

pelajar juga rajin...

ada yang jadi mandur je...


sapu jangan tak sapu


berat la cikgu.... 



 hampir sempurna

lap pasu bunga pun kerja cikgu..

persiapan kejohanan bola jaring MSSPs



baru nak gantung carta organisasi

sempat juga buat latihan terakhir

banner apa ntah

cikgu trim pokok

cikgu menyapu



tak siap2 lagi



dewan makan Diraja

laluan DiRaja

Persiapan menyambut DYTM Raja Muda Perlis

SMKDJH akan dikunjungi oleh DYTM Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis pada hari Isnin nanti 11 Mac 2013 sempena program Titian Kasih Mega. Warga SMKDJH amat berbesar hati atas keberangkatan Tuanku berdua. So, kami semua bertungkus lumus membuat persiapan sejak seminggu yang lalu. suasana di sini seolah-olah hendak menyambut menantu sulung. Guru2 dan pelajar sibuk membuat pelbagai persiapan menjelang Isnin ini.

Pagi tadi telah diadakan raptai penuh majlis ini dengan kehadiran pegawai dari unit protokol istana dan pegawai2 JPN. Jenuh la kami berlakon. Mari kita tengok apa yang kami buat... 

Tuanku dijangka merasmi bilik guru baru, guru2 sedang berbincang untuk menghias pintu utama

pelajar banyak menolong

touch up stesen pembelajaran geografi


Tuan Pengetua memantau persiapan

langsir bilik pengantin... caya la ustazah

pegawai istana 

tunggu pengantin...

wayar mana satu ni,,, pening2




Bilik air Diraja



bersih  ye acik...

Ini hanya sebahagian, banyak tempat lagi tak dapat cover, insyaallah akan diupdate dengan gambar2 yang lebih menarik pada hari kejadian Isnin ini. Doakan semua akan berjalan lancar..

Thursday, March 7, 2013

Samsung 12V5

Hari ini kami terpaksa beli mesin basuh baru. Yang lama sudah tidak dapat berkhidmat lagi. dah lebih 12 tahun , dah uzur. Kos membaikinya hampir sama dengan beli baru. Jadi lebih baik beli baru kan. Saya memang suka kalau benda baru ni.. Maka terbang la RM10xx.. Kali ini beli yang 10 kg, sedangkan bertiga je kat rumah. 

Herannya sejak akhir2 ini semua nak besar2, rumah besar, kereta besar, peti sejuk besar, mesin basuh besar, bla bla besar.. tapi badan tak mahu besar la.. sedang sedang sudah la...dulu2 nak yang cute2 je.. mungkin faktor usia kut atau mungkin juga dolu2 tu sengkek ,mana mampu nak beli yang besar2. Alhamdulillah sekarang senang sikit tapi belum KAYA. Bila nak KAYA ye? Syukur dengan rezeki yang ada..


 free gift - ceramic soup mug

cantik tak?

Tuesday, March 5, 2013

Celik IT bersama MMU @ SMKDJH

Minggu ini SMKDJH jadi tuan rumah program celik IT bersama MMU selama 3 hari dari 1-3 Mac 2013. Program ini bertujuan membantu pelajar menguasai kemahiran komputer selaras dengan saranan kerajaan melahirkan generasi celik IT. Seramai 40 orang pelajar dari SMKDJH serta 60 orang pelajar dari sekolah2 berhampiran.Semua perbelanjaan makan minum peserta, kos operasi  serta peralatan ditanggung oleh MMU.Kami pula menyediakan penginapan dan makmal komputer. 

Nampaknya para pelajar begitu berminat dengan aktiviti2 yang telah dijalankan oleh students MMU ini. Saya rasa slot yang paling diminati pelajar ialah pendedahan kepada perisian photoshop. Mereka dapat mencuba dan explore sendiri dan berjaya menghasilkan projek yang menarik pada akhir program.

Sekalung tahniah kepada mereka dan ribuan terima kasih kerana memilih sekolah kami sebagai tuan rumah. Diharap dengan kehadiran students MMU ini akan dapat menyuntik semangat pelajar luar bandar ini supaya lebih mencintai ilmu.













Anik (SMKDJH) - peserta terbaik keseluruhan
tahniah!





  • gambar2 dari student mmu


Friday, March 1, 2013

Ole2 dari Korea

Mak aihh tajuk, sangat gempakk. Macam dapat hadiah kereta buatan korea bunyiknya. Sebenar, saya hanya dapat  benda yang sangkut kat hp tu je... Tapi saya sangat berbesar hati kerana diberi oleh bekas pelajar saya, Syafiq. Dia dah habis sekolah ,  tunggu result spm.

Syafiq baru balik dari melawat cousinnya kat Korea. Dia sanggup datang ke sekolah semata2 nak beri benda ni. Maknanya dia masih mengingati gurunya ini, itu yg membuat saya sangat tersentuh... Terima kasih syafiq!

* ( Dalam hati, awat la syafiq tak beli fridge magnet kat cikgu...bajet budak2 kannn.)