Nufnang Ads

Wednesday, August 24, 2011

MINGGU YANG PENUH CERITA DUKA

Cerita suka dan duka silih berganti dalam kehidupan kita, itu normal. Kadang kala kita akan rasa hidup ini penuh keceriaan, semua perancangan berjalan lancar, senang dan mudah, tapi ada ketikanya hidup ini penuh rasa gundah gulana, semua yang dibuat tidak menjadi ada sahaja halangan dan rintangannya...





Begitu juga dengan saudara mara dan teman-teman. Kadang kala hidup kita akan jadi tambah bahagia bila teman-teman gembira dan begitulah sebaliknya. Itulah yang aku rasa..





Walaupun apa yang ingin diceritakan bukan dialami sendiri, tetapi aku turut berduka dengan rasa sedih teman-teman dan juga masyarakat sekeliling.





Pada pagi isnin yang lalu, aku ke sekolah seperti biasa. Pagi agak gelap. Sesampai di simpang kilang simen, tiba-tiba kedengaran dentuman kuat. sebuah kereta melanggar sebuah motor betul2 di depanku, Jika aku tercepat sikit, pasti aku pula yang melanggar kereta itu. Penunggang motor parah. Aku bersyukur kerana tuhan masih memeliharaku tetapi bayangkan perasaan keluarga mangsa... aku amat bersimpati..




Keesokan hari aku berkongsi kesedihan dengan rakan setugas kerana ibunya yang disayangi kembali ke Rahmahtullah sejurus selepas pembedahan. Aku memahami perasaanmu Rhuzaimah. tabahlah menghadapi dugaan ini. Aku pernah rasa begitu 22 tahun yang lalu. Ibuku dijemput Ilahi ketika umat Islam beberapa hari lagi akan menyambut aidil firi. Tragis kerana ibuku kemalangan semasa pulang dari terawih.. tanpa pesanan dia meninggalkan aku dikala baru 3 bulan bergelar ibu.. Peristiwa ini amat perit namun aku redha dengan ketentuan Ilahi. Sedetik pun tidak pernah kulupa saat itu. Alfatihah untuk mak..Ya Allah ampunkan dosa ibuku dan tempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.




Hari ini, aku dikejutkan pula dengan kematian anak kesayangan rakan setugas, Pn Husnizai. Tanpa sakit yang berpanjangan anak kecil berusia 6 tahun dijemput Yang Maha Esa. Jernih wajah sikecil membuat naluri keibuanku sangat tersentuh, bayangkan perasaan Zai dan keluarga..Allah lebih menyayanginya.





Petang ini pula, ketika masak di dapur, mataku terpandang ke jalan raya. berderet kereta berhenti. apa hal ni..Sebelum itu, suami dan anakku baru ke pasar Ramadan. terdetik di hati.. kemalangan ke? Ya Allah selamatlah suami dan anakku..






Sejurus selepas itu, suami dan anak kembali. Syukur... memang benar kemalangan ngeri berlaku di depan rumahku. Lori simen melanggar penunggang motosikal. Penunggang mati di tempat kejadian. Ngeri. Pastinya dugaan maha hebat buat keluarga mangsa, bersabarlah... Semuanya ketentuanMU ya Allah.






Pada Ramadan tahun lepas, di tempat yang sama seorang anggota polis, rakan suamiku meninggal akibat berlanggar sesama motosikal. Allah telah mengatur segalanyanya. Sebagai hamba kita perlu redha dengan segala rencanaNya..












dari kejauhan aku sempat mengambil beberapa keping gambar













Saturday, August 20, 2011

Apabila anak lelaki ke dapur..

Siapa kata anak lelaki malas ke dapur. lihatlah gambar anak2 lelakiku yang rajin membantu. Jika kena gaya dan caranya pasti mereka tidak kekok membantu ibu di dapur.

Aku sama sekali tidak membezakan anak perempuan atau lelaki untuk turun ke dapur. Seawal darjah 2 kesemua anak-anakku telah boleh menanak nasi. sekurang2nya mereka mampu memasak untuk makan sendiri jika ketiadaan ibu bapa.



Adam membuat kuih cara



ayam bakar - kegemaran meraka


Amir sedang menggentel buah Melaka





Amir sangat teruja dengan tugasnya..


inilah hasilnya...




Saturday, August 13, 2011

Kalau dia anak aku...


Muhammad Asyraf Haziq b. Rosli merupakan pelajar yang menjadi mangsa rusuhan di kota London baru2 ini. Beliau mengalami kecederaan di rahang dan patah beberapa batang gigi. Video dia diserang telah dimuat naik dalam laman youtube.

Naluri keibuan aku sangat tersentuh dengan musibah yang menimpa Asyraf. Bayangkan perasaan kedua ibu bapa serta keluarganya. Jika dia anakku, tak dapat dibayangkan perasaan ini...

Aku amat bersimpati dengan keluarga Asyraf, diharap mereka akan tabah menghadapi dugaan ini. Doaku agar Asyraf cepat sembuh dan dapat meneruskan pelajarannya...

Aku amat bersyukur kerana semasa anakku belajar di luar negara Allah sentiasa memeliharanya tanpa ada peristiwa yang menguji kami sekeluarga. Alhamdulillah..


Monday, July 25, 2011

PERTANDINGAN MEMASAK

Amir masuk pertandingan memasak? biar betul...

Amir telah mencipta sejarah dalam keluarga kerana berani masuk pertandingan memasak anjuran unit ko kurikulum sekolahnya.

Menang pulak tu, lihatlah hadiahnya...

Menunya nasi goreng..













Tahniah Amir!

Monday, July 4, 2011

HADIAH DIRAJA

Hari ini aku umpama dipaksa untuk hadir ke Hari Anugerah Cemerlang SMSTSP. Pengetua meminta aku menggantikan dia dengan alasan aku ada anak yang belajar di sini.




Walaupun abang tidak dapat hadiah pada hari ini, tetapi prestasinya sentiasa membanggakan kami semua. Peperiksaan pertengahan tahun, abang mendapat no 8. Hadiah hanya untuk tempat 1, 2 dan 3 sahaja.




Tetamu kehormat pada hari ini adalah YTM Raja Perempuan Perlis dan YTM Raja Perempuan Muda Perlis.




Majlis berjalan dengan lancar sekali. Sayangnya kami tidak dibenarkan mengambil gambar semasa majlis berlangsung.




Kami disediakan makan tengah hari yang sangat istimewa. sambil makan kami dihidangkan pula dengan nyanyian lagu-lagu sentimental. Mengasyikkan...




Diakhir majlis YTM Raja perempuan telah memberi hadiah kepada kami guru-guru perempuan. Guru lelaki tak dapat... Istimewanya aku mendapat sehelai kemeja batik yang sangat cantik... terima kasih Tuanku. Inilah tuah menjadi wakil pengetua.




Hadiah Diraja ini akan kuberikan kepada suami tercinta...









curi2 ambil gambar...



persembahan koir yang terbaik..



YTM Raja Perempuan dari jauh..






Persembahan anakanda Raja Muda







diplastik pembalut tertulis RM180




Hadiah Diraja..


















Sunday, July 3, 2011

Musim buah kembali

berkelah di dusun memang menjadi rutin apabila tibanya musim buah. Durian telah mula gugur. kebiasaannya durian adalah buah yang pertama yang boleh dirasa, diikuti manggis, rambutan, dokong, langsat dan cempedak.





mengimbas nostalgia lalu, aku akan ke dusun sebaik saja pulang dari sekolah. Mengutip durian yang gugur adalah satu nikmat yang tidak boleh dijelaskan dengan perkataan. Lepas itu, kami adik beradik akan memanjatpula pokok manggis dan juga pokok langsat.



Di setiap musim buah juga, kelas kami di SKKN akan mengadakan kenduri buah-buahan. Setiap orang pelajar yang ada dusun akan membawa buah-buahan yang mereka ada untuk dijamu kepada rakan-rakan serta guru-guru. Musim buah umpama pesta di sekolah waktu itu. adakah fenomena ini masih wujud pada masa kini? aku sendiri tidak pasti kerana telah meninggalkan SKKN lebih 30 tahun lalu..









dulu, kami panjat tak pakai tangga ni...


























Saturday, May 21, 2011

LOST WORLD OF TAMBUN

Pelawaan kawan karib, Pn. Jamilaton untuk ke Lost World of Tambun tidak aku persiakan. Lagipun kami belum pernah ke sana. Amir sangat teruja kerana sudah lama dia mengidam untuk ke sana.

Terima kasih Ton!