Nufnang Ads

Monday, November 15, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat islam.

Wednesday, November 10, 2010

Jamuan Akhir Tahun SMKDJH

Jamuan akhir tahun guru dan staf SMKDJH telah diadakan petang tadi di Restoran Rusnani Tom Yam. Tiada cabutan bertuah, tiada acara kareoke, juga tiada sebarang persembahan seperti kebiasaannya. Cuma ada acara penyampaian hadiah kepada guru-guru yang telah bertukar.

Namun begitu, hidangan pada hari ini sangat menyelerakan. Terima kasih kepada AJK BKGK yang bertungkus lumus memastikan jamuan ini dapat diadakan dengan jayanya.










sebahagian daripada menu hari ini



bergambar adalah acara wajib..
cenderamata...












Wednesday, November 3, 2010

Rezeki banjir...

Pak Su (adikku) datang makan tengah hari di rumah. Selepas makan dia ajak kami ronda2 tengok banjir, apa lagi kelam kabut kami bersiap. Inilah pertama kali kami berpeluang ronda tengok banjir, kerana suamiku selalunya sangat sibuk menolong mangsa2 banjir waktu ini. Hari ini masih banyak jalan ditutup termasuklah di simpang SMK Syed Sirajuddin. Jadi kami terpaksa keluar ikut Padang Siding, Pauh dan ke Arau kemudian terus masuk highway Kuala Perlis.


sempat singgah di pejabat Pak Su di UNIMAP



pejabat Pak Su


Arau


Petronas Arau

Shell Arau
Jalan ke Kangar, pandangan dari highway Kuala Perlis




Kuala Perlis



Highway Kuala Perlis



sepanjang highway

Kami tidak dapat memasuki bandar Kangar kerana air masih tinggi di sana. Menurut kata suamiku sekitar hospital air paras pinggang.




Setelah ronda2 Pak Su belanja laksa beras Kak Su di Kuala Perlis. Sedap...



minuman dan pulut udang





laksa beras special dimakan dengan pulut udang.
sepinggan RM3.00


sempat memancing di belakang rumah selepas ronda2. dapat ikan puyu 18 ekor. bestnya...

Inilah yang dikatakankan rezeki banjir...

Monday, November 1, 2010

Sikit je lagi....

pukul 17:15 petangpukul 19:25 malam

Kami dah mula gelabah, sikit je lagi air akan mula memasuki pintu utama ini. di luar tiada tanda-tanda hujan akan reda, rentak dan iramanya juga sama seperti siang tadi. Kami mula mengemas apa yang patut. Barang yang patut diangkat kami telah angkat dan letak di tempat yang tinggi. 2 buah kereta telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Tinggal sebuah lagi yang bodynya agak tinggi.
Walaupun begitu kami terus berdoa dan berharap air tidak akan naik lagi. bertahan...
Sehingga jam 9.20 malam, nampak air dah mula surut walaupun hujan masih turun. kini rentaknya lebih perlahan...
Apabila banjir melanda, masalah lain pula yang timbul. bekalan air terputus pulak. Ditambah pula dari semalam TV tak boleh tengok. Siaran asyik terganggu... bosan. Nasib baik internet ok . Sebab tu la blog ini diupdate selang sejam..
Nak tidur, risau air akan naik semula kerana hujan masih turun... rentak dan iramanya seperti dondang sayang dan canggung. kadangkala perlahan, kadangkala lebih rancak..

Rumahku banjir, sekolahku pun banjir..

Hujan lebat 2 hari berturut2 dengan rentak yang sama menyebabkan negeri Perlis di landa banjir. Dari malam tadi kami sekeluarga dah mula risau kerana dibelakang rumah kami ada parit yang telah dipenuhi air. Ditambah lagi pembinaan rel keretapi berkembar di kawasan ini menyebabkan segala parit dan longkang tersumbat. Bila-bila masa boleh banjir.

Lebih kurang pukul 9 pg rumah jiranku telah pun dimasuki air, tetapi kami masih bernasib baik kerana rumah kami agak tinggi berbanding 2 orang jiran kami . Sehingga jam 4 petang hujan masih turun, air telah pun memenuhi porch kereta depan rumah. Tinggal lebih kurang 2" lagi, air akan memasuki rumah kami. Harap2 hujan akan berhenti...





porch kereta
belakang

di tepi rumah

tepi rumah juga..

di belakang


Depan




tindakan segera membersih parit ini, menyelamatkan rumah kami dri dimasuki air sehingga jam 4.25 ptg, tak tau selepas ini..





Sekolahku banjir...


Gambar-gambar di bawah pula adalah gambar sekolahku, SMK Datuk Jaafar Hassan, Perlis. Juga dilanda banjir menyebabkan peperiksaan akhir tahun telah ditangguhkan.

padang sekolah bagai lautan..


surau



dari tingkat 3 ...




depan sekolah



berhampiran padang, bas kebajikan masyarakat menghantar mangsa2 banjir. Sekolah kami dijadikan pusat penempatan walaupun sekolah kami pun banjir....





Pelajar2 1 Kpg bermain air..



masih boleh bergurau....

Friday, October 29, 2010

Pergi Tak Kembali

Jam 3.30 pg,29 Okt 2010, kakak keduaku, Zainab bt Awang Ahmad telah kembali ke Rahmahtullah. Beliau mengidap kencing manis dan darah tinggi sejak dua tahun yang lalu. Perginya takkan kembali lagi... Hanya kenangan bersamanya menjadi memori untuk kami kenangi..


Istimewanya, dia seorang yang pandai memasak. Sebutlah apa saja jenis makanan pasti dia mampu menyediakan tanpa gagal. Setiap kali Hari Raya, rumahnya pasti menjadi tumpuan kerana dia akan menyediakan kami makanan tengah hari yang sangat istimewa, gulai ikan kering campur nangka, siakap masak tiga rasa, kerabu mangga, ayam goreng yang ditabur bawang goreng rangup, sambal belacan dan ulam-ulaman. Menunya akan berubah mengikut permintaan kami adik-beradik.







Dia juga pakar menyediakan acar limau, andai kami adik beradik mengadakan kenduri, pasti dia akan memasak acar limau istimewa ini untuk kami. Kini, tiada lagi...pasti.


Semuanya kini tinggal kenangan, semoga rohNya dicucuri rahmat. Kami redha dengan ketentuanMU, Ya Allah. Sudah menjadi resam dunia, yang hidup pasti akan mati, bila dan di mana, tidak mampu ditelah dengan akal manusia...Al fatihah untuk aruah Kak Nab...


Terima kasih kepada abang iparku yang menjaga Kak Nab dengan penuh sabar..


* gambar dari handphone, kurang jelas

Sunday, October 24, 2010

Istilah ICT B Inggeris - B Melayu

Berikut beberapa istilah ICT yang sering digunakan oleh para pelajar. Lazimnya kita lebih selesa menggunakan istilah ini dalam B. Inggeris. Namun begitu, kamu juga perlu tahu istilah-istilah tersebut dalam B. Melayu. Kekadang bunyinya agak kelakar dan janggal pada pendengaran kita, jika ada dalam soalan nanti, harap kamu semua faham apa yang dikehendaki oleh soalan tersebut .

mouse - tetikus
keyboard - papan kekunci
save - simpan
printer - pencetak
input devices - peranti input
output devices - peranti output
scanner - pengimbas
software - perisian
hardware - perkakasan
delete - padam
hard disk - pemacu cakera keras
memory - ingatan
joy stick - kayu ria
storage - storan
Central processing Unit ( CPU) - Unit Pemprosesan Pusat
Electronic Mail - Mel Elektonik
Motherboard - Papan induk
Microfon - Pembesar suara
Random access memory - Ingatan capaian rawak
Read only memory - Ingatan baca saja
Graphic card - Kad grafik
Sound Card -Kad bunyi
Track ball - Bebola jejak