Kek yang sedap dan sangat mudah dibuat. Semua anak2 suka kek ini. Modalnya lebih sikit le sebab guna cheese tapi berbaloi. Rasanya lebih sedap berbanding tiramisu dari secret recipe. Tak percaya? cuba lah sendiri. Resepi ada di sini. Dah banyak kali buat. terima kasih kepada penyumbang resepi ini.
Sunday, August 26, 2012
Amir is 11
budget cake |
buat sendiri lagi sedap... lain kali tak payah order.. |
abang punye.. sedap |
favourite amir |
terima kasih along ... |
Saturday, August 25, 2012
PUDING PULAK...
Tak habis lagi cerita buah naga, maklum la banyak.. kali ini buat puding pulak. Dah puas google cari resepi, tapi tiada yang berkenan, bukan apa banyak sangat bahan2 yang nak guna. Saya nak cari yang simple dan mudah. Akhirnya anak dara saya mengubahsuai puding cocktail yang selalu kami buat. Inilah hasilnya, sangat memuaskan. sedap, manis dan menghasilkan tekstur yang sangat cantik..
setelah percubaan pertama berjaya, buat pulak untuk open house. semua orang suka...kami lagi sukaaa..
first time buat ... untuk berbuka |
sebahagian dari bahan2 (agar2, susu cair , buah naga yang didadukan) |
dadukan |
separuhnya diblend |
campurkan 2 biji telur |
masukkan buah yang diblend |
tuang dalam acuan yang cantik2 tau.. |
taburkan buah yang didadu |
Friday, August 24, 2012
JUS DRAGON FRUIT
agaknya bulan puasa lepas adalah musim buah naga atau dragon fruit. banyak pulak buahnya walaupun hanya beberapa batang pokok aje yang ditanam oleh abang . dek kerana puasa, tak sempat nak makan. oleh kerana cuaca yang sangat panas , jadi dapatlah idea untuk membuat jus buah naga.
segar dari pokok |
dah boleh dipetik |
nyaman
sedap... resepi: (hanya rekaan semata-mata) 1 biji buah naga 1 cawan susu pekat air secukup cara: blend semua bahan masukkan air batu siap dan boleh dihidang! sedap, manis dan nyaman sekali... |
GILA BUKAN SEBARANG GILA...
ruang tamu |
kabinet dapur |
atas kabinet... hanya ini yang digunakan |
ruang makan |
tepi bilik air |
ruang tamu |
ruang tamu lagi.... ada banyak lagi yang saya tak sempat shoot... masih dalam plastik pun ada |
Thursday, August 16, 2012
SELAMAT HARI RAYA
Salam aidil fitri terutama untuk sanak saudara di Melaka, Negeri Sembilan, KL, PP, Kedah dan Perlis. Tidak dilupakan kwn2 yang mengenali kami sekeluarga. dengan rendah hati kami memhon ampun dan maaf andai ada tersilap kata tersalah bicara.
Jemputlah ke rumah kepada kwn2 di perantauan yang berkesempatan pulang ke kampung..
Jemputlah ke rumah kepada kwn2 di perantauan yang berkesempatan pulang ke kampung..
Wednesday, August 8, 2012
Ayam goreng berempah
Minggu lepas kami sekeluarga berpeluang berbuka puasa di rumah kakak kat Jitra. Kakak ni memang pakar memasak. Antara hidangan hari itu ialah ayam goreng berempah yang garing dan sangat sedap. Teruja saya..jadi minta la resepinya. Biasalah resepi yang diberi tak ikut sukatan, main campak2 je..
semalam saya pun try. Inilah hasilnya..
Tuesday, August 7, 2012
Giliran kacang panjang pula..
Musim bendi dah berakhir, tiba pula giliran kacang panjang. Semua menu guna kacang panjang dari ulam sampailah ke gulai. Sayangnya kacang ini tak ada junjung, cuma melata di pagar ( kacang moden la katakan..). yang pasti ianya tetap subur dan berbuah lebat. Puas rasanya dapat memetik kacang segar sambil terhendap2 dicelahan daun untuk mencari buah yang matang. Selepas ini insyaallah peria pula...
kacang panjang dah berbuah.. |
kacang yang melata.. |
peria pula menunggu giliran